Thursday, August 18, 2011

kerana aku menghargai

long time oredi, puasa pun dah hari yang ke 18 dah...tgl 11 hari lagi nak raya :) mesti semua orang pun tak sabar nak raya kan? baju raya pun aku tak beli lagi...selipar raya lagi. ermmm..kuih raya mak aku dah beli hehehe so senang sikit la keje aku, just tinggal ak pk menu apa nak masak untuk raya nanti.

ermm, bulan ni memang mencabar keimanan aku. aku ditimpa penyakit hati yang serius. kadang2, aku bertanya kepada Allah kenapa orang buat macam ni dekat aku? kenapa aku ditimpa masalah sedemikian rupa? aku menangis sendiri...sepatutnya makin nak dekat raya, kita semua makin happy, bz dengan persiapan raya masing2, tapi tidak aku. disebabkan terlalu memikirkan masalah itu, now aku sakit. apa yang aku makan, aku muntah balik. perut tak nak terima apa2 dah. it's getting worst day by day. aku gastrik balik ke nih? ari tu dah lelah dah, now gastrik plak? :(

apa perasaan korang bila orang yang kita percaya selama ni betray korang, n depan mata korang sendiri? buleh aku tau apa korang rasa? paling teruk, masalah tu melibatkan parents aku :( macam mana aku nak explain kat diorang? aku tengok mata mak aku merah n lelah, ayah aku senyap seribu bahasa. mama abah, kyg minta maaf, bukan ni yang kyg pinta. kyg tak tahu pun keadaan akan jadi teruk macam nih. rupanya selama ni aku dipermainkan. hati parents mana tak sedih tengok anak dipermainkan. hati parents mana tak sedih tengok anak asyik muntah2? 

lepas peristiwa tuh, mama tak pernah tinggalkan kyg keseorangan. kalau kyg kat ruang tamu, mama teman. if kyg kat dapur, mama teman. if kyg bersendirian dalam bilik, mama teman. kalau mama tak de kat umah sebab bz di sekolah, abah ada. abah selalu masuk bilik tengok kyg. abah selalu ajak kyg keluar untuk amik angin supaya kyg makin tenang. abah selalu buat lawak supaya kyg ceria. kyg nampak tu semua... :( kyg tahu hati abah as a father lagi perit...i am sorry abah...kyg tak berdaya nak baiki keadaan. kyg pernah bertanya kat mama, nape orang selalu buat dekat kyg macam nih? tapi mama tak mampu nak jawab... :(

'kyg, mama tengok kyg tak happy macam selalu dah. abah mama kan ada...so kyg jangan macam ni ok?'..disebabkan tak lalu makan nasi, mama masak mee kuah untuk kyg as makanan untuk berbuka puasa. kyg tahu mama buat semua ni untuk kyg. sbb kyg tahu masa kyg kat malaysia dah tak lama. tinggal beberapa minggu je lagi sebelum fly ke france. tapi mama buat semua tu supaya kyg lupakan kesedihan kyg, n supaya kyg dapat teruskan hidup di sana nanti. kyg tahu mama tak nak kyg pergi france dalam keadaan sedih...

abah, jangan bimbang pasal diri kyg ok? insyaallah, time will heal almost everything...abah just doakan kyg dapat hadapi situasi hari dengan lebih baik. aku tahu ayah aku resah even dia tak tunjuk. igt lagi, tarikh 16 ogos ari tuh, ayah aku ajak aku basuh longkang, depan umah n kereta bersama2. bila tiba part basuh kereta, aku kata, 'abah, kyg nak basuh kereta kelisa jah, tok se basuh unser sebab besar sangat.' then abah ok jer. abah terus amik baldi di tangan aku n basuh unser...aku tergamam... :( then ayah aku kata, 'kyg, ni first time tau abah basuh unser sejah beli kereta ni 8 tahun yang lalu'. tiba2 aku rasa nak nangis, ayah aku sanggup buat semua tu semata2 tak nak bagi aku sedih, tapi aku tak leh nangis depan abah...aku kena tunjuk yang aku kuat depan abah. 



abah mama nak kyg macam ni kan? 


sebab tu abah mama jaga kyg sebaik mungkin, try not to hurt my feelings as well :)


abah mama, insyaallah bila kyg di perancis nanti, kyg akan pandai jaga diri. lagipun ni final year kyg. so kyg akan buat yang terbaik untuk abah mama!!! i love u both tooo much!!!! :(

ps : doakan supaya aku tabah dalam menjalani ujian kali ini...amin...jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama dengan hambaNya.

Monday, August 15, 2011

part 2

ok. this time aku sambung balik crita pasal kenakalan kitorang time kecik dolu2.

3. menjual sambil lipat kain

hahahaha...tengok tajuk pun aku rasa pelik dah, tapi tu la aktiviti kami. kitorang telah diajar untuk melipat kain sejak kecik. time kecik2 nih, aku tak suka lipat kain sebab kita kan budak2, so for sure la baju budak2 tu banyak kan, sebab dah la kecik2, pahtu dalam sehari, mandi banyak kali plak tuh. jadi berlonggok la kain tuh...untuk atasi masalah tu, kitorang fikirkan solution. jadinya kitorang buat duit guna kertas ( siap kaler2 u know n duit tu memang ikut duit betul. i means kaler die la, duit RM10 kaler merah n so on ). so masing2 akan diberi nilai, n if nak lagi banyak duit, kitorang kena lipat baju n akan ada pembeli. selalu aku jadi penjual je, sebab pembeli akan susun baju tu once die dah beli baju. hehehe ok tak idea nih? syok gile time tuh dapat banyak duit. ye la, penjual tak payah buat duit baru dah, pembeli yang kena buat duit baru. kadang2 dengar la kata eh jap2, duit dah abis, nk buat duit baru plak. :) lastly, kain tu abis dilipat n disusun, n aku bangga dapat banyak duit, semua orang pun macam tuh.

4. main rumah bantal

game kali nih selalu main after abis jualan langsung kain seperti yang diceritakan di atas. selalu main game ni atas katil. so satu katil untuk 1 rumah. rumah ni dibina dari bantal. means that ada jamban, dapur, ruang tamu etc2... :) lucu kan? mesti korang tak dapat bayang macam mana kan? ringkasnye, dinding rumah tu dibina just dengan meletakkan bantal di setiap penjuru. n konpem la badan kitorang lagi besar dari dinding rumah tuh...hahaha. tak nak dah la cite, aku pun nak gelak bila ingat balik.

ermmmm...setiap orang ada pengalaman masing2 kan time kecik. ada yang time kecik2 dah mengurat orang, ada yang mencuri, ada yang nerd n so on. if ingat balik zaman tu, sure akan senyum n gelak sorang2. sebenarnye, aku ni sejak kecik lagi memang suke bertanya, sampaikan sanak saudara panggil aku inspector! kalu ada orang yang aku tak kenal datang umah, aku akan tanya habis-habisan tanya orang tu la sampai hati aku puas...sampaikan orang pun takut nak datang umah aku :)

time kecik la paling best sebab tak de masalah like now...sekarang tak habis2 dengan masalah, masalah datang dan pergi...time kecik, happy2 jer...bersuka ria...jarang la nak nangis, if nangis pun, sebab kena rotan dengan parents..

but for now, aku kena sabar walaupun masalah tu besar tara mana pun. sesungguhnya Allah itu bersama kita. aku believe that!

ps : jauh lagi perjalanan hidup nih. apa yang terjadi sekarang, hanyala untuk dijadikan teladan untuk masa depan. ingat tu malin

Wednesday, August 3, 2011

kenakalan kami tidak terlawan oleh kamoo

hai semua. dan salam untuk kawan2 muslim :) so, puasa ok? ni baru hari ke 3. raya lambat lagi lorh. tak sabar nak feel raya kat malaysia ni setelah dua tahun raya di perantauan :)

well2, kali ni, teringat masa kecik2 dolu...aku ada 7 beradik. yang sulong dan bongsu je lelaki, the rest is perempuan! so kami diapit oleh pahlawan2 negara hahaha. tak nak la cite panjang perihal adik2 nih, sebab lagi suka nk share apa yang kami adik beradik buat time kecik2 dulu. sure tak de pun antara korang yang berani mencuba aksi ganas nih hehehe. so if nak tau, scroll ke bawah je la :p

1. melompat dari tempat tinggi

ehem2...ni bukan melompat from gunung o bukit terjun ke bawah tau. maksud di sini ialah melompat dari tempat tinggi iaitu, tempat yang paling tinggi dalam umah. buleh teka apa? hahaha...bila aku teringat balik cite nih, for sure aku gelak sakan :). well, tempat tinggi dalam umah aku ialah almari. kitorg melompat dalam bilik. tak ingat dah idea nak main lompat macam ni datang dari sape tapi semua orang stuju nak main. dalam bilik aku time tu ade katil double decker n katil king saiz. disebabkan kedudukan almari tu strategik sangat duk sebelah katil double decker tuh, so kitorang panjat from situ la. bila berada di atas almari tuh, terasa dunia ni aku yang punya hahahaha haaaa, apa lagi, tiru aksi tarzan la, terus melompat menghala ke katil king size tuh.debummmmmmmm!!!! jatuh sebiji buah kelapa. apa lagi, yang lain gelak je la. lupa nak cakap, just adik beradik perempuan je yang main nih, yang laki no peduli. best bila melompat tuh. sampai kayu yang bawah tilam tu patah hahaha :) 

tapi kan, ada satu part nih, aku kantoi dengan ayah aku. sebenarnye, kitorang main game ni bila parents tak de kat umah o bila diorang tido. time tuh, turn aku untuk lompat. memang nak lompat sangat2 dah, tiba2 pintu bilik dibuka oleh ayah aku...., "kakye!!!!! wat gapo tuh"....alamak, dah alang2 nak lompat tuh, aku lompat je terus. terkejut beruk ayah aku. memang bab kantoi2 nih, memang ngam dengan aku nih. reaksi muka ayah aku memang tak leh nak cakap la, ye la sebab panjat almari tu satu hal dah, lompat plak atas katil, kalu lompatan tu terbabas macam mana? :)

2. main tolak2 dari tempat tinggi

erm, game ni kitorg main kat katil double decker tu je, xleh main atas almari sebab almari xleh support 5 orang sekali gus, so main atas tilam je. nak main game nih, duk katil atas tuh, susun bantal bertingkat2 di birai katil, then askar2 beratur memanjang di belakang. orang yang paling terbelakang akan guna kaki untuk tolak orang depan jatuh debummm ke bawah, iaitu atas lantai yang tilam disusun cantik menggunakan bantal dan segala jenis toto. game ni sebenarnye aku paling takut nak main. paling best bila jadi orang belakang, paling takut bila jadi orang depan, sebab bila jatuh, orang belakang semua yang berjumlah 4 orang tadi akan himpap kita satu demi satu, jd penyek sudaaaa. mencabar tak? so please don't try this at home.

tapi, ada satu time nih, tengah main game ni la, time tuh kakak aku duk depan, ntah silap macam mana, die tersekat nafas. tercungap, agak2nye adik2 die semua berat2 dah kot, sebab semua dalam proses membesar kan. so this time, aku cuak, sebab aku second kakak kan, apa yang aku kena buat? teringat CPR yang selalu orang buat dalam cite tuh, erm...kalu dipikir2, macam aku la yang kena buat CPR kan sebab adik2 kecik lagi, tapi aku geli!!!!adessss...bibir bertemu bibir la plak....ntah macam mana adik perempuan yang paling bongsu dengan beraninye gi wat CPR tuh! salute her la. lepas tu baru kakak aku buleh bernafas dengan baik. lepas tu, kitorang gelak kow2 nye, n kalu tak silap, tu kot last time main game nih....

alamak, nak gi bazar la plak...masak pun dah siap. chao cin cau la dulu ye, nnt aku sambung.

ps : adik aku dapat first payment die keje. apa lagi haha