finally, a vacation after a very long time :p . thanks to my friend yang organise this trip until finally, ianya menjadi realiti. sudah semestinya setelah penat bekerja and membanting tulang, seorang manusia itu memerlukan SOMETHING untuk release stress or tension ketika bekerja. as for me, a vacation is more than enough ^_^
beberapa minggu sebelum terjadinya percutian ini, my friend texted me untuk tanya disponibility pada tarikh 7 - 9 nov. then, tanpa berfikir panjang aku reply YES. semestinyala jawapannya Yes sebab aku rasa aku worth untuk pergi bercuti setelah bekerja selama hampir 2 bulan di sekolah sebagai guru ganti ( erk....agak² bila dah jadi guru permanent macam mana la ye ).
percutian kali ni as follow :
- aku bertolak from Kelantan ke Bandar Al Muktafil Billah Shah pada 6 Nov.
- sebaik sahaja sampai di sana, kami ( aku n kawan aku yang bernama Sykin, satu sekolah menengah dulu iaitu SMAPK ) bertolak ke Shah Alam kerana pada keesokkan harinya, akan bertolak terus ke Penang dari Shah Alam.
- on 7 Nov, kami bertiga ke PENANG.
hah? bertiga? eh, tetiba jadi 3 orang plak kan? hehehe ini sebabnya kami pergi jemput kawan yang sorang lagi yang berda di KL. walaupun nampak cam jauh je trip ni, ye la, aku dari Kelantan, then ke Terengganu, then Shah Alam baru la Penang, tapi ini semua terjadi sebab just nak guna 1 kereta je. so fine la.
kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. sebaik sahaja tiba di Penang, destinasi kami yang pertama untuk merasa mee udang yang femes amos tuh yang terletak di sungai 2. udang laut beb, udang laut tapi malangnya, aku alergik udang nih, so wateba. aku minta mee biasa jer ;'( .
then, kami naik jambatan menuju ke Pulau Mutiara. hehs, last aku pi Penang ni masa umur 13 tahun kot, time ayah aku grad kat USM. so almost 12 years la kan hehehehe. sampai sahaja di pulau tersebut, kami terus ke Batu Feringgi. Tujuan utama cari chalet dulu. survey punya survey, aku rasa the best harga n ok la kan ialah RM120 per night. view memang mantap sebab bukak je pintu terus ngadap laut beb. memang kalau tsunami melanda, innalillah. Apa lagi, check in, campak beg dan kami terus bertukar pakaian untuk berparasailing. wiheeewwww, cuak n gelabah sebab this is the first time parasailing. RM150 untuk 2 orang. tak tau la ni harga murah ke mahal, tapi kalau mahal pun bedal je la kan? berada nun di atas laut membuatkan mulut aku non stop berkumat kamit. ye la, buatnye bot tu mati enjin n kitorg pun menjunam ke dasar laut macam mana? hehs. but worth to try :p . selain itu, mandi² di pantai, p nasi kandar beratur kat kedai nama Line Clear, n pasar kat batu feringgi tu. nasi kandar LIne Clear tu memang SEDAP. lain dari yang lain.
second day ialah misi mencari Penang strees art. hehehehe. Penang kan femes dengan street art nih. kami menghabiskan masa hampir 2 jam berjalan kaki di bawah sinaran mentari yang terik ( owhhh Penang sangat panas ). fort cornwalis juga tidak dilupakan selain menjejakkan kaki ke padang kota lama. alamak, lupa nak inform, aku rasa berat aku naik sepanjang 3 hari ni sebab asyik makan non stop jer. kami juga ke Chowrasta yang terletak dekat dengan Line Clear tuh. pi sana sebab nak beli segala mak nenek jeruk nih. sekilo dapar harga RM10. petang tu plak, lepak je depan fort cornwalis sebab memang mengadap laut kan. lepak sampai sunset n ke malamnye. tapi, time kitorg gi fort tuh, aku rasa macam rugi je masuk sebab die sort of tak terjaga sikit, and macam kecik. sayang la tempat sejarah macam tu tak dijaga. hope makin ok la in the future.
third day, kami dah nak bertolak balik. so kami bersarapan di kedai mamak tepi jalan jer. makan roti canai. tapi roti canai kat sini pelik sikit la sebab roti tersebut dilimpahi kuah ( bukan my feveret makan roti canai dengan kuah melimpah² ni ). sp finally aku tak habis pun makan roti canai tuh ;( rasa sedap tapi still aku tak leh makan roti canai yang banjir dengan kuah. eh lupa nak gtau, kami naik feri on the way balik tuh. jeti tuh terletak sebelah fort cornwalis tu jer. hehehehe.
di sini, aku nak share sedikit, , bila kita nak kenal dengan seseorang tuh, travel lah dengan orang tersebut. maka anda memang akan mengenali dengan lebih mendalam lagi. and this is sooooo TRUE! no doubt at all.
maka, aku nak share la sedikit mikit gambar time kat Penang.
ps : boleh tak aku malas nak rotate gambar? hehehe







.jpg)
.jpg)





