Wednesday, May 14, 2014

please be aware

kisahnya, anak-anak murid aku semangat sangat untuk praktis for this coming sambutan hari guru. aku ni dah kemain letihnye. baru pi sekolah ari nih sebab baru abis kursus dan segala games rugby (owhh..lupa nak habaq, kat skola ni aku jadi SU ragbi since ayah aku jadi coach ragbi kan. so everywhere he goes, I'll follow him). 

kalau kira ngan jari ni kan, about a week la untuk praktis....adeiiiiii can u do this my students? I hope WE CAN DO THIS TOGETHER! 

Melihatkan kan semangat anak murid aku menyebabkan aku pun jadi berkobar2. ye la, ni tahun pertama perancis diperkenalkan di sekolah nih. for sure, everyone is eager to know at least a little bit about french language kan. voilaaa....haaaa, kali nih, meh le dengar puas2 time persembahan tu nanti. sure semua nganga mulut loas2 kan. amek kau hehehehehe


oiitttt tolong jangan gelak. hahahaha lagu nih aku ajar ke mana sahaja kaki aku jejak. SSP, Sains Jeli....sekarang tempat aku posting plak. next in line tak tau la kan. hahahaha....ok la, lagu bebudak. kasi lagu panjang2, kang sekali dengan aku fenin pale nih.....kuat sangat botol budu goncang bile student aku sebut french.....alah, normal la kan untuk beginner. aku dulu lagi teruk kot. hahahaha...first experience.

skola aku akan sambut hari guru pada 26 Mei nih. hermmm tema lak Back To School. maksudnya, cikgu cikgi kena pakai pakaian sekolah. and akan ada winner yang akan dapat award bersempena dengan penampilan paling menyerupai pelajar. eh, cikgu perempuan is not allow to put any make up on their face. kihkihkihkih 

ps : esok sambung lagi latih budak untuk koir. sekian

Monday, May 12, 2014

aihhh entah ke mana la kan

selamat petans semua. sure la petang kan sebab sekarang dah pukul 4.49 petang bersamaan dengan hari Isnin, 12 mei 2014. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan pada hari ini untuk menghembus nafas di atas bumi yang dipinjam dari Allah ini. cam ne jehidupan kekawan sekalian? baik? sihat? sakit? masalah kewangan? maka, istighfarlah untuk mencari ketenangan. bukan mencaci maki hamun bagai ye hehehehe. ok no offense. 

hajat di hati konon nak update blog paling kurang 5 post in a month, tapi haram jadah, sign in blog pun tak. kemanakah hilang kesemua semangat dan janji manis itu???! Don't ask me. ehhh, kan ke ko tuan punya badan? Cippodah. 

disaat aku sedang menulis ini, aku baru abis attend kursus. yes, Kursus. kursus PPGB. haaaa....cikgu baru, apa itu kursus PPGB? jeng jeng jeng. ekceli, I am not in the mood untuk attend kursus ni sebab aku tengah asyik menonton game yang ganas manas iaitu ragbi sempena dengan MSSK 2014 bertempat di Maktab Sultan Ismail pada 10-12 Mei 2014. what to do, petang 11 hb tu, got a phone call from opis kata aku kena p seminar guru baru di JPN. walawehhh....kena ah beb. final match ragby xleh tengok. gua sakit ati. gua sakit ati. gua sakit ati. berpanas selama 2 ari di padang, last2, cannot watch the final? sakit hati kan? plis r sokong aku nih. 

makanya, dengan berat hati, aku pun pi la JPN (yang sebenarnya kena bawa laptop and pendrive)! yes, cam ne aku nak tau semua benda tu????? pi sekolah pun tak kan. dalam hati, Ya Allah, semoga laptop2 nih tak digunakan semasa kursus. and yes, Allah makbulkan doa aku!!! Alhamdulillah. tak guna pun laptop time kursus tuh. ( dalam hati, kesian cikgu cikgi len yang bawa beg laptop berat2 )

haaaa....meh la aku explain sikit sementara malas lagi nak siapkan keje skolah kan. PPGB ini ialah satu program baru untuk cikgu2 yang baru dipostingkan. Full name dia ialah Program Pembangunan Guru Baru...haaa, kalau anda guru baru and masih tak dipanggil untuk PPGB ini, don't worry, JPN masing2 kan settle down kan. macam aku nih, baru posting 1 April 2014, hari ni dah 12 Mei 2014, dah attend satu kursus under PPGB. ok la, aku kire efficient la kan kerja dia. ok, tak nak elaborate pasal benda len. aku nk pokus ke PPGB.

cikgu baru sekali, meh la baca lagi apa aku nak tulis nih. dalam PPGB nih, kita sekalian makhluk baru di sekolah dikehendaki membuat satu folio (agak tebal folio ni) yang diletakkan di dalam fail tebal ring. untuk buat folio nih, kena rujuk Modul yang siri ke 3. modul latest siri nih, kalau ikut En. Zairul Anuar (timbalan pengarah unit latih dan pembangunan staf JPN), masih tak boleh didapati secara online sebab diorang tak finalise lagi. so, tunggu la ye. tapi tadi time kursus tuh, aku dah tengok apa benda yang perlu diisi. 


haaaa....ni yang aku snap contoh folio yang sempat dibelek2 tadi. hope akan membantu kepada sesape yang tengah buat folio tu ye.

dalam PPGB ni gak, kita kena buat kajian tindakan dan PROJEK. kajian tindakan tu tak sesusah yang disangka. insyaallah simple jer. kan dah biasa buat masa kat IPG dulu kan? yang susah sekarang ni ialah kita kena jadi pengarah untuk satu projek, buat kertas kerja, cari bajet, dan melaksanakannya. yang paling penting, kena ada pelaporan....walawehhh guys, macam best je kan jadi pengarah nih hahahahah.

Folio dan segala bagai nih, kita kena siapkan dalam tempoh setahun perkhidmatan. contohnya aku start posting 1 April 2014, maka by 1 April 2015, aku dah kena submit everything termasuk folio, kajian tindakan and projek. kajian tindakan and projek ni masukkan sekali dalam folio yang tebal tuh. ehhh, paham ke apa aku explen? aishh, rujuk je la isi kandungan fail yang aku snap tu :) 

harapnya kerja kerja sebegini tak membebankan kita para guru baru untuk terus membentuk lapisan masyarakat yang baik sahsiah. 

lupa nak habaq, ada soft copy gak, tapi sebab aku tak bawa benda alah usb tuh, makanya tunggu je la kawan aku emelkan dekat aku hehehe. hope info ni membantu la korang semua tambah2 sape yang blur pasal PPGB nih. 


ps : nasib aku simpan segala kerja2 n surat lantikan di sekolah . phewww