Salam semua dan salam sejahtera. apa khabar puasa anda? gemuk lagi ke or dah kurus dah? alahai, sayangnya kalau puasa kita dah kurus kan...Ye la, setahun skali je puasa nih, tu pun hanya sebulan jer. Memang puasa ni merupakan latihan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang umat itu. Contohnya, di sekolah aku nih, ada banyak kaum. melayu, cina, india dan orang asli. bila tiba bulan rahmat cam nih, yang bukan Islam memang tak puasa la kan for sure. phewwww, dugaannya bila lalu di kantin melihatkan juadah aneka rasa dihidangkan....bau menusuk perut betul hahahaha. Tak pe la, sabar je la....dugaan. anggap je ini dugaan yang datang dari Allah untuk menguji hambaNya.
kali ini, aku teringin nak cakap pasal jodoh. orang kata once kalau itu dah jodoh ko, haaaa, sekejap saja ko akan kawen. walaupun ko kapel dengan orang tu berpuluh tahun pun, tapi belum tentu ko akan kawen dengan dia. fakta ni dah banyak kali terjadi di orang sekeliling aku. kapel hampir 10 tahun, tup² si lelaki kawen dengan orang len. tak pun, si perempuan dijodohkan dengan pilihan keluarga. ni la dilema kita kan? yang si perempuan nak kawen cepat, yang si lelaki nak kawen lambat sebab tak habis enjoy life lagi katanya. perempuan ni better kawen awal la kan sebab faktor kesuburan. kalau lelaki, tak pe la. makin lambat kawen, makin matang sikit perangainya.
macam sekarang, aku yakin sape² yang senasib dengan aku, akan mengalami masalah yang sama dimana orang asyik bertanyakan bila nak kawen nih bila nak kawen nih n bila nak kawen nih...soalan yang tiada berkesudahan. to me, soalan² macam ni memang tak akan stop sebab mulut memang diciptakan untuk bertanya, bukan untuk membisu. cumanya, cara kita nak handle dengan situasi cam ni yang membezakan better or worst kesannya.
contoh, ada seorang kawan ni bercerita dengan aku, dia kawen awal sebab husband dia memang suka kat dia lama dah, and bila dia pergi U, memang husband dia cop dulu. ok senang la kan jodohnya? ada orang ni plak, umur dah 3 series dah baru bertemu jodoh. lagi, ada yang tak kawen² lagi walaupun muka cantik perangai baik? bila kes cam nih, selalunya perempuan akan disalahkan sebab dikatakan terlalu memilih. kesiannya nasib kaum hawa macam nih. sebenarnya, orang yang cantik cam ni orang selalu takut nak masuk line dengan beranggapan bahawa mesti dah berpunya. padahal, jelas lagi terang lagi bahawa si perempuan ini masih belum berkahwin. so why not instead of buat assumption, go ask direct to tuan empunya badan. settle kan? masalah nye sekarang ialah, si lelaki sudah kurang keberanian berbanding kaum lelaki zaman dulu. kenapa ye? apa yang terjadi sebenanrnya? kalau dah suka kepada seseorang tu, tanya terus. ini kan tidak, jalannya bersimpang siur. ko tak rasa rugi ke ko akan terlepas seseorang yang betul² memahami diri ko tu? kita ni cakap senang kan, arghhh, akan ada yang lebih baik lepas nih. tapi cuba fikir, if dia la yang terbaik and there is no more girl yang datang approch ko. banyak benda nak kena fikir kan? betul x?
berkawan ni jangan lama sangat, akan sampai satu tahap, bosan itu datang dan rasa meluat menerjah akal fikiran. time tu, haaaa lu pikiaq sendiri apa jadi. nak berkawan sampai bila? nak tunggu sampai bila? umur ni bukan makin menurun, makin dekat dengan liang lahad adalah. so, guys, grab the chance la. look around you, see the opportunity, take it. do not let it go. once u let go, hard to recover back. trust me.
hidup ni hanya sekali, kenapa nak complicated kan life yang hanya sekali je nih? kenapa? memilih sangat pun tak boleh you know. jangan terlalu mengharapkan yang sempurna sedangkan nama insan tu sendiri bermaksud pelupa. perempuan plak, memang sanggup tunggu bertahun² demi si dia, tapi akhirnya sampah pun tak dak. jadi, ambillah langkah berterus terang. kalau korang dare enough untuk admit love korang, keep going. kalau tak, tunggu je la si lelaki ambil tindakan dulu yang mana aku rasa tak tahu bila.
orang datang dan pergi. benda yang lepas jangan dikenang. kita hidup hanya sekali. yang x baik tu buang-buangkan. haaaaa, word baru ko. hamekkkkk heehehe
ps : 2015. Will it will be the year I get married? Cross the finger right now. Amin.

