Friday, March 15, 2013

common sense atau sixth sense

situasi A ( di stesen minyak )
aminah : alamak, duit aku ada RM2 je nih!!!! cm ne nk isi minyak nih?
ali : oh ye ke?

Situasi B ( di klinik )
aminah : beb, duit aku x cukup nih nk byr ubt
ali : nah ( dengan cepat menghulurkan duit )

Situasi C
Aminah : aku demam nih......aku x larat gile
Ali : kesian ko ( smbil berlalu pergi ) 

Situasi D ( hari² tumpang kereta )
Aminah : alamak, minyak kereta dah nak abis dah.
Ali : pergi lah buh minyak.

Situasi E
Aminah : kita nak ke mana ari nih?
Ali : aku x kisah jer, nnt duit minyak aku byr sikit kat ko. ye la, tumpang kereta nih, bukan minyak je yang kena kira, letih driver lagi, then kilometer lgi. 

Situasi F 
Aminah : beb, aku ada beli makanan nih. kalau ko nak, ambil la.
Ali : ( tanpa segan silu menghabiskan semua makanan yang dibeli oleh Aminah )

Situasi G
Aminah : Alamak, makanan aku dah abis. dah la lapar.
Ali : Aku ada maggi dalam almari. ambillah.

dalam banyak² situasi di atas, yang mana satu memang orang tu ada common sense? aku rasa kesian yang amat bagi sape² yang idup dengan orang yang kurang common sense nih. ye la, bab ni bukan kena belajar kat sekolah pun. ni kira pandai² la fikir sendiri. umur dah boleh kawen, tak kan lah kita nak ajar satu² kan? betul tak? 



kesian nanti dekat anak² kalau kita sendiri bersikap kurang common sense. sekian

ps : diharap bersabar. 

Tuesday, March 12, 2013

tetiba saya tertidur

Bonjour classe! yes, saya nak ambil mood seorang guru yang mengajar di sekolah. kepada sesiapa yang ingin beristerikan seorang guru disebabkan membayangkan bahawa profesion guru ini hanyalah bermula dari 7.30 pagi sehingga pukul 1.30 petang, maka ANDA TELAH MEMBUAT KESILAPAN BESAR!!! ya, anda telah membuat kesilapan besar dengan memikirkan sebegitu rupa. kerana kerjaya guru pada hari ini bermula dari pagi sehinggalah sebelum mata dilelapkan. 

                                                           
cikgu pada hari ini, setiap ari balik kerja kol 4.30 minimum. owhh minimum...hehehe minimum kol 4.30 beb. maksimum sesuka hati anda. 

first week aku datang sekolah nih, aktiviti petang aku ialah tidur sebab tak tahan dengan bebanan kerja yang banyak. ingatkan life student tu dah hectic dah, rupanya ada yang lagi worst! tidur petang, bangun tengah malam. wow, best kan life cam nih? marilah kita berjumpa di dalam mimpi. marilah kita bershopping di dalam mimpi. ingat lagi perbualan dengan abah :

me : kakye tengah demam nih...
abah : ermmm tu la, sebab kakye letih dengan load kerja yang banyak nih
me : tak tau la

sejak datang ke sekolah nih, tetiba jer antibodi aku jadi lemah, dah sebulan lebih kat sini, dah 2 kali aku demam. poor me right? how to survive kalau kejap hujan kejap panas dengan otak penat fikirkan lesson plan yang tak sudah²?

cikgu praktikal memang penat hari² sebab lesson plan. saya setuju n saya ambil semua tu as cabaran hidup saya. every teacher pun ada experience macam tu. so jangan complaint banyak². once in a lifetime jer. yes, marilah cool down kan pemikiran anda, anda jadi cikgu praktikal once in a lifetime je. 

                                             

nasib lah n sangat² bersyukur my parents both are guru. so every time aku letih, i called them and diorang menenangkan jiwa raga aku yang tak tahu dah nak describe cam ne. keadaan ni telah menguatkan azam aku untuk terus sambung belajar. sebabnya i don't like to be in stress situation. who does right? dah la aku ni jenis tak leh tahan sangat dengan stress² nih. kalau stress, ada la kerja yang aku buat nanti ( hahahaha, aku pernah post pasal aktiviti yang akan aku buat bila aku stress ). 

kesimpulannya, semua profesion dan kerja letih. dan paling penting, guru sekarang bukan lagi seperti guru zaman dulu. owhhhhh, sangat heaven if guru boleh balik pukul 1.30 like before. mebi boleh macam tu tapi dalam mimpilah beb! hahahaha jadi, jejaka² di luar sana, sila hentikan mimpi anda yer jika anda ingin berkahwin dengan seorang guru hanya kerana dia dapat melayan kerenah serta menyediakan minum petang sebaik anda balik dari kerja. entah², your futur wife nanti balik kerja lagi lambat dari anda.

ps : jangan terasa di luar sana ye. post ni tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah xde. just pendapat aku jer sejak menjadi guru praktikal di Sekolah Seri Puteri. sekian. 

Saturday, March 2, 2013

rumah anak muridku

Satu hari, aku mengajar macam mana nk describe rumah masing². alkisahnye....

cikgu : ok pelajar, sekrang describe rumah kamu berdasarkan apa yang madame ajar.

pelajar : baik.

seketika kemudian....

pelajar A : madame, rumah saya 3 tingkat, macam mana nak describe?

cikgu : sepeciles

pelajar B : madame, rumah saya byk pièces nih. tak terdescribe plak..

cikgu : sepicilesss lagi

pelajar C : madame, macam mana nak cakap rumah saya sangat wow?

cikgu : besar sangat ke rumah kamu nih? 

pelajar D : madame, banyak sangat nak kena tulis ayat sebab saya pun tak ingat dah susunan rumah saya

cikgu : ( dalam hati, KAYA²nya student aku nih!!!! )

maka, si cikgu telah memikirkan cara untuk mengatasi permasalahan ini iaitu dengan memberi gambar rumah yang telah disiap dilukis!!!! SEKIAN

ps : terasa rendah diri berada di sekolah nih :(