Friday, December 30, 2011

tak payah tukar la.

hai everibodi...wah wah wah wah...new year bakal menjelma...azam lama dah tercapai belum? untuk yang belum terlaksana tuh, jadikanlah sebagai azam untuk tahun 2012 :) biasa la tuh, tak sedar kan yang masa ni cepat je meninggalkan kita semua...we are growing older n older, not younger. bak kata orang tua, usia tua tapi muka muda...aisehhhhh...( terasa kot sebab tahun depan dah 24 kot ) 

untuk semua orang, if malin selaku pemegang nama Nurul Amalina Mahmad Kamel or as known as penulis blog nih ada terbuat kesilapan o terguriskan hati korang semua or pape je la, do forgive me ok? kita amalkan give and take. orang bagi kite terima, kita kasi orang terima plak. baru la faire and square :)

tapi tahun 2011 ni personally bagi aku la kan, banyak meninggalkan pengalaman yang memang tak dapat dilupakan dalam hidup aku. semua pengalaman ni mengajar aku erti hidup yang sebenar. memang bukan niat aku untuk mengguris hati sape2, jauh sekali untuk mendoakan perkara2 yang tak baik berlaku. but still, we are human being ringht? so sometimes kata2 aku ni kadang2 tak dapat dikawal. aku berharap sangat yang 2012 ni akan bagi kenangan manis kat aku. bukan bermaksud 2011 tak de langsung kenangan manis, ada je :) tapi hope nya 2012 ni akan tambah lagi kenangan manis aku. 

kepada sesape yang aku cari pasal tuh, 10 jari dihulur tanda minta maaf. hope kita stay as friend till jannah. to those yang menyakitkan hati aku, entah la, susah untuk aku maafkan certain orang, coz u hurt me muchhhh222...tapi, i'll try my best untuk let go semua kesedihan2 tuh. semoga sape2 yang berjaya menyakitkan hati aku akan bahagia sampai akhirat. semoga korang dapat capai impian masing2. semoga korang dikurniakan hidayah, and tak ulang kesilapan yang sama. semoga dikurniakan kejayaan dunia akhirat. amin.



semoga pertambahan tahun nih seiring dengan amalan kita untuk mengejar cita - cita di 'sana' kelak. amin





MISS YOU!!! :( Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini.

PS : masa tak akan dapat diulang, tapi manusia dapat berubah. perubahan itu tak dapat bertahan lama if tak istiqamah. maka, berusahalah untuk istiqamah kerana hadiahnya ialah syurga. 


Thursday, December 15, 2011

dua keadaan yang berbeza

exam dah habis...rasa free n bebas gile!!!! time yang aku tunggu2, yang aku nanti2kan... ^___^ big smile sikit nak tunjuk aku happy..hehehe...well2, macam ni la life student. if dah keje, tak de dah exam smua2 nih, yang ada cuti je...sebab tu la kena profite betul2 masa bila bergelar student nih...eh, sebenarnye bukan ni yang aku nak cite, tapi benda lain...haaa...benda apakah itu? aku just nak citekan pengalaman aku bawa kereta di dua negara berbeza jer....iaitu di france n malaysia...

1. MALAYSIA

ayah n mak aku selalu pesan dekat anak2 die, ' abah mama nak anak2 abah mama bawa kereta slow2 n ikut undang2 jalan raya'...tapi kan macam mana la anak2 nak ikut if abah mama pun bawa kereta laju? hehehehe....parents borek, anak rintik! if sape yang pernah berpengalaman naik kereta dengan aku tuh, ketahuilah bahawa kakak aku bawa kereta lagi laju!!!!! yoooo...this is no kidding men. die bawa kereta kancil pun 140km/j!!! amazing x? aku yang kat sebelah die rasa macam nak terbang dah. kadang2 kat selekoh pun, die malas nak tekan brek...ish2....anak abah mama nih....dekat jalan kampung pun die bawa 120km/j!!!! aku bawa 80km/j je......beza jauh tuh...

tak nak la cite pengalaman kakak aku, nak cite pengalaman aku...first time ayah aku nek keta dengan aku, tangan die kat handbrake je....aku pun tak tau nape...lastly, aku tnye la die, 'abah, bakpo pege handbrake sokmo tuh?'...then ayah aku cakap sebab aku bawa kereta laju sangat...'eh, laju? kakye bawa 80km/j jah nih..laju kok mana nyo?' ayah aku tak caya...so die tengok meter...n betullah aku bawa 80km/j..tapi die rasa laju...abah2.....eh, tapi bukan ni yang aku nak ceritakan.!!!

ni baru cerita yang betul. if kat malaysia, perasan tak if ada orang yang nak melintas jalan, kita makin laju nak bawa kereta? kenapa ye? macam nak langgar terus je pelintas jalan tuh. ni berdasarkan pemerhatian aku la. aku pernah je buat macam tu sebab nak rasa feeling die macam mana. tapi tu la, rasa cuak ada la, sebab takut  langgar orang tu. tapi if orang tu tengok kiri kanan, tak kena langgar la, but then if fie menonong je lintas jalan, haaaa, siap sedia la korang. satu lagi, untuk orang yang nek moto, ko kalu nak nek moto kan, tak payah la ajak kawan2 buat satu line penuh kat depan tuh!!! aku paling menyampah gile dengan orang yang tak sedar diri nih. time klimaks die bile nk gi bazar ramadhan. haaa....apsal ko x bawa je geng2 sepupu sepapat ko biar semua buat line atas jalan tuh, ye la, jalan tu ko punya kan. kereta smua jadi blok kt belakang. aku tau la ko tuh laki, tak payah masak kat rumah, aku ni perempuan, nak kejar masa. ni la stereotype kt mesia, tak leh tengok perempuan bawa motor o bawa kereta....banyak kali dah aku rasa macam nih....ni gak la sebab2 utama nape aku tak nak bawa kereta masa lesen P dulu.. 2 tahun kot lesen P tuh. 2 tahun jugak la aku tak nak bawa kereta. sebabnya bila nampak je orang bawa kereta yang ada tampal P, akan ada la driver lain yang kacau. bila kat traffic, saje duk dekat2 kt belakang kereta nak kasi cuak orang yang baru bawa lesen. 

aku pernah racing dengan avanza. punya la sakit hati. menyampah betul dengan driver yang berperangai macam nih. cuba berperangai elok sikit, ni jalan raya kot, kena ada sikap jalan raya. sampai je umah aku cerita dekat ayah aku. ayah aku senyap je la...rupanya2 ayah aku pun buat benda sama. kadang2 ego bila tengok driver perempuan potong kereta. if aku kat sebelah, memang aku marah la kat ayah aku, bakpo yang pelik gitu mo? ikut dio la nk potong keto pun.'...sebab nanti orang akan buat benda sama kat aku :(

satu lagi, bila berlaku kejadian eksiden...masyaallah...memang perempuan yang akan dipersalahkan eventhough tu laki punya kesalahan!!! cisss...ni memang berlaku kat aku!!!! aku pernah eksiden sebab orang langgar aku dari tepi...cuba bayangkan jalan tengah jammed, kelajuan kereta time tuh 80km/j....maintain je sebab jammed yang bergerak...tiba2, BOMMMMMMMM!!!!!!! tayar kereta aku pecah. mula2 tuh, aku ingatkan bunyi apa la...sebab perit telinga aku. aku tak tau nak describe macam mana perasaan time tuh. tapi bila berlaku kejadian tuh, aku teringat ayah aku pesan, ' kakye, gapo2 jadi, tangan kakye keno gagah pege stereng. jange lepas stereng. sebab if x gagah pege stereng, kereta akan berputar n terbalik'....disebabkan dalam kereta tu ada adik2 aku, memang aku pk adik2 aku je, apa jadi kt aku ni xpela janji diorang selamat. so memang aku pegang stereng kuat2...mesti korang tanyekan macam mana aku buleh pegang stereng kuat2 kan? sebabnye bila nampak kereta tuh, aku dapat sense akan eksiden lepas nih, sebab aku tengok cara die bawak. die dari tepi nak masuk jalan straight, tapi selekoh tu berbukit sikit. if x reti balance clutch n minyak, kereta akan naik turun. so bila kereta aku lalu depan kereta die, die terlajak lepas clutch n terus tekan minyak..apa lagi? selamat la bumper, lampu depan n tayar sebiji. aku terfikir if aku x kuatkan tangan kat stereng, kereta aku akan masuk side sebelah sana yang berkelajuan sama n....tak nak la pk apa yang jadi :(

tu la, persepsi orang malaysia bila tengok orang perempuan bawa kereta :( n aku adalah salah seorang mangsanya....malam eksiden tuh, tangan aku bengkak n tak leh nak angkat langsung... :( 

dah, panjang pulak cerita nih.

2. FRANCE

kat france ni, bawa kereta terbalik kat malaysia. driver die sebelah kiri. kat sini, bila nampak je orang nak jalan kaki, memang diorang akan stop kereta. good kan? tak membahayakan nyawa mana2 pihak. kereta laju pun akan stop. tapi tu kat besancon la. situasi kat paris plak lebih kurang sama je kat malaysia sebab orang nak kejar masa kan. bila bawa kereta kat sini, rasa macam lagi berhemat je sebab orang lain pun macam tuh...bila aku bawa kereta kat sini, nampak je orang lalu, memang automatik akan stopkan kereta.tapi kat mesia, if aku buat macam tuh, ada orang yang keno hon nanti. teringin gak nak buat macam tu kt mesia, tapi kalaulah semua orang buleh faham. pejalan kaki pun ada hak die gak. cite pasal pejalan kaki nih, time cuti summer ari tuh, aku lupa plak yang aku ni kat malaysia, so aku lintas je jalan macam tuh, nasibla kawan aku sempat tarik aku...kalau x, dah rumah tiang dua dah aku nih. ye la, kereta n moto tengah laju, aku plak x perasan...thanks to sha! :)

kat sini, aku tak rasa lagi sterotype macam kat malaysia tuh....huhs...next year dah balik malaysia dah...mesti aku akan rindu stop kereta bila nampak pejalan kaki... :( will miss those moments. tapikan, kat france la buleh rasa nak bawa kereta2 mahal..hahahaha...sebabnya bila sewa kereta, akan dapat kereta yang best2 je, sedap bawa untuk dibawa laju. kat mesia nanti susah nak rasa naik kereta mahal. hehehe

ok la dulu cerita untuk hari ini.sekian from penulis yang terkehel leher!!! sakitnyeee..

ps : makan painkiller buleh rasa ok x leher?

Saturday, December 3, 2011

updet apa ek

hai pembaca2 sekalian. aku sebenarnya tak tau nak updet apa. tapi aku nak gak tulis blog. saje2 curi masa time semua orang busy siapkan dossier. erm...tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita n tahun 2012 bakal menjelma...well2, apa perancangan untuk tahun baru nih? mesti semua orang dah ada perancangan kan? aku? ish...belum ada lagi...ye la, yang tahun ni punya pun tak semua tercapai lagi. so mebi aku still dengan azam lama. tapi aku takut untuk hadapi tahun 2012 nih...sebab banyak janji2 palsu yang orang beri tapi last skali hancur berkecai. bon, kita lupakan apa yang berlaku. just yang dah berlalu tu jangan dikenang. biarkan ia berlalu pergi.

first exam aku is 12 dec nih. lagi berapa ari ek? eh, malas la nak kira. nanti aku cuak. last sekali sampai sakit kepala. so biar je la aku tranquil2 macam nih ^_^ then after that CUTI! fuh...tak sabarnye aku. dan tak sabar gak aku nak gi RDH! RDH? RDH ni ialah rendez vous d'hiver yang akan berlangsung dis disember time cuti. aku tak kira la orang nak kata aku ni baik ke apa, yang penting, aku nak gi RDH sebab nak jumpa ramai orang! aku ni suka je jumpa orang2 ni tambah2 orang yang seagama n senegara! pelik gak, time aku nak gi RDH semua orang tanya, n buat muka pelik. tapi bila aku buat benda jahat, tak de la plak orang tegur. yang jahat plak nampak baik, n yang baik nampak jahat. 

tapi cuti bulan 12 ni memang tak plan pape. aku nak plan untuk cuti after exam next year! hehehe...harapnya plan aku akan berjalan lancar.amin!

apa lagi nak taip? erm...nak bagi nasihat la. iman kita ni naik turun. bile kita di atas, jangan lupa yang di bawah. bila kita di atas, jangan sombong ego etc. tapi once dibawah, jangan kau selalu dibawah. berusaha la untuk naik kembali ke atas. support kawan2 tu memang penting. kata orang, if nak tengok diri kita macam mana, tengok la dengan sape kita berkawan. kawan itu adalah cermin diri kita. ni nasihat untuk diri sendiri gak. if nampak aku macam tak betul sikit tuh, sila lah tegur ye wahai kawan2.

manusia ni pelbagai ragam. so sekarang ni aku tengah bersabar dengan certain manusia. cukup la dengan pening kepala last week. dengan mimpi ngeri lagi...tapi alhamdulillah mimpi ngeri tu dah x kacau malam2 aku...syukur sangat2. memang mainan tidur je, tapi bila asyik mimpi benda sama banyak2 kali, jadi gila last sekali! kalau ada sape2 yang tak puas hati dengan aku, sila jangan segan silu gitau. mana ada manusia perfect. if malu nak cakap face to face, haaa.....private mesej. macam mana? kat facebook o gugel plus la. :) 

ps : doakan luka di jari aku cepat sembuh...siyess...rindu dengan jari yang sihat walafiat! :( dah sebulan macam nih....