bertemu lagi setelah sekian lama menyepi :). nk kata busy, tak de la busy sangat kan. free je memanjang ^_^. leka sangat, macam ni la jadinya. ish, membebel plak budak nih, oppppssss...aku ni masih dikategorikan sebagai budak2 lagi kot.umur memang dah meningkat tapi macam tak puas lagi untuk tinggalkan usia muda nih.first of all, nak wish happy new year kepada semua ^_^ weee......anda semakin meningkat usia, uban di kepala semakin bertambah, untuk yang dah berkeluarga, semoga pertambahan tahun nih, bertambah la juga bilangan ahli keluarga anda untuk menjadi pejuang2 yang menegakkan ISLAM kelak di atas muka bumi ini.kalu ikutkan kalendar islam, dah lama dah kita ni tahun baru kan. hari ni pun dah 26 muharam. tapi, apa yang kita buat masa tahun baru dalam islam? ada tanam azam baru? ada sambutan semeriah sambut tahun baru kalendar masihi? btw, perlu ke majlis gilang gemilang untuk sambut tahun baru andai amal kita kepada Allah x beranjak walau seinci? untuk apa buat sambutan besar - besaran macam tu ek? macam membazir duit jer. ingat lagi sewaktu di malaysia, time sambutan tahun baru, sambutan merdeka n sambutan valentine ni la berlaku zina secara besar - besaran. kenapa aku cakap macam tu? cuba kita tengok kelahiran2 bayi luar nikah. banyak yang terpapar di dada akhbar bila nak akhir tahun n awal tahun. jom buat calculation kejap. kalu valentine n tahun baru, anggaran baby akn lahir bulan 10 n bulan 11 kan.haaa, time ni la berlaku kelahiran bayi besar - besaran untuk sape2 yang masih belum kahwin. dan merdeka plak, antara bulan 4 n 5..
berkawan ramai memang best. macam2 cerita dengar even pengakuan kawan kepada kawan sendiri. si polan ni berkata, ' asal tahun baru n valentine je, aku pergi sewa hotel dekat genting. tak makan tak minum. yang aku 'makan' awek aku jer'....astaghfirullah, bangganya si polan ni membuat pengakuan sedemikian. mengucap aku dengar. bila syaitan menjadi raja, mata buta melihat alam. tanya kenapa gi genting? sebab polis memang kena sekat dan tak dapat masuk pun hotel tuh. pusat maksiat ialah genting? fikir2 kan lah sendiri. pengakuan lagi dari seorang kawan kepada seorang kawan, 'aku selalu gi kondo awek aku. senang 'kerja' aku sebab memang guard kondo tak bagi polis masuk'. manusia..insan...hamba Allah...kita ni nama je islam, negara islam, tapi kelakuan? islamkah kelakuan kita?
pagi tadi, dalam akhbar tempatan, cara baru buang bayi, bagi bayi kepada seseorang untuk dijaga sementara ke tandas. berjam menunggu si penjaga sementara bayi ini, tapi si ibu tidak kelihatan. bayi itu tidak bersalah. tahukah anda bahawa anak luar nikah ni kalau dia perempuan, dia buleh berkahwin dengan bapanya sendiri? malu tak? dekat surat beranak, tak de nama bapa? malu tak bila di sekolah dia kena hina sebab title anak luar nikah? salah dia ke sebab dia anak luar nikah? salah dia ke parents dia berzina? masyarakat tidak patut menghina anak luar nikah, yang patut dihina adalah parents tersebut!
jadi, dengan pertambahan tahun ini, semoga kita semakin membuka mata untuk melihat kejadianNya dan bersyukur kepadaNya.
ps : sedih dengan nasib bayi luar nikah di luar sana...semoga muslimah2 terpelihara
