Wednesday, December 8, 2010

wahai sahabat

pesan ayah kepada si anak, ' jaga diri elok - elok bila berada di negeri orang. jangan lupa diri, sentiasa bersama kawan - kawan. Ingat Allah walau di manapun berada. x semestinya bila berada di Malaysia je kita sembahyang, tapi di mana2 pun, kita kena sembahyang.'


setiap anak mesti akan dengar pesanan nih, ayat mesti lah tak sama kan, tapi maksud lebih kurang. maybe kebimbangan seorang ayah tu lagi tinggi untuk anak perempuannya berbanding anak laki. nak tau nape? sape buleh bagi jawapan yang tepat? :) sebabnya nak jaga anak perempuan nih susah sangat berbanding anak laki. ibarat maruah keluarga terletak di bahu anak perempuan. bukan bermaksud anak lelaki tu x penting tapi, perempuan ni banyak nafsunya. so, si ayah perlu bagi perhatian lebih kepada anak perempuan beliau. kita pun selalu dengar kan, di sebalik lelaki yang berjaya akan ada seorang wanita yang menyokongnya dari belakang. n even Nabi Muhammad pun ditenangkan oleh isteri baginda sewaktu mula - mula menerima wahyu. jadi, untuk menjadi wanita yang baik bukan lah mudah seperti nak goreng pisang ( eh, ade kaitan ke? ) . untuk menjadi wanita yang baik di masa depan, kita perlu mencorak diri kita sekarang nih. sebab tu la ibubapa bagi perhatian lebih kepada si anak perempuan, sebab untuk membentuk anaknya itu menjadi seorang yang baik. tak de la nak cakap anak lelaki tu x penting, tapi sebab kita memang dah tau tanggungjawab lelaki sangat besar kan. pernah kan dengar tangan seorang wanita yang membuai anak mampu menggoncang dunia?




kenapa ya cakap pasal wanita padahal tajuk pasal sahabat? erm..kenapa ye? macam tak de kaitan langsung...ada sebabnya kenapa aku cakap macam nih...sebabnya aku seorang perempuan, so aku anggap kawan - kawan perempuan aku sebagai sahabat.bukan kawan. erm...sinonim dua perkataan tu tapi sebenarnya semantismnya lain - lain. cuba fikir, kenapa kita x panggil sahabat - sahabat nabi sebagai kawan - kawan nabi? deja, bila guna perkataan sahabat tuh sendiri, akan terasa lain di hati. sahabat tu lagi dekat di hati berbanding dengan kawan. dengan sesiapa pun kita buleh berkawan, tapi hanya sesetengah orang je yang mampu menjadi sahabat.


sahabat akan menyayangi diri kita lebih daripada seorang kawan menyayangi diri kita. sahabat akan melakukan apa saja untuk menggembirakan hati sahabatnya. sahabat akan sentiasa berada di sisi sahabatnya, akan sentiasa memberi pertolongan di kala perlu, akan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. tapi.........apa yang mampu sahabat buat andai orang yang dianggap sebagai sahabat sudah tidak sehaluan dengannya? apa yang mampu dia buat andai sahabatnya semakin menjauhkan diri darinya? apa yang mampu dia buat andai nak meluangkan masa untuk sahabatnya pun semakin terhad? apa yang mampu dia buat andai sahabatnya ini sudah tidak memperdulikan kata - katanya? apa yang mampu dia buat andai nasihat yang diberikan tidak diendahkan? apa yang mampu dia buat andai kasih sayang yang diberikan kepadanya sudah tiada nilai? apa yang dia mampu buat jika sudah dianggap seperti melukut di tepi gantang oleh sahabatnya?


sedihkan apabila kita berada dalam situasi nih. tahukah anda bahawa sahabat tidak pernah mahu melukakan hati anda? tahukah anda bahawa kami tidak pernah mahu mengabaikan anda? tahukah anda bahawa kami selalu bimbangkan anda? tahukah anda bahawa kami selalu tidak keruan memikirkan nasib anda kelak? tahukah anda bahawa tidur kami tidak lena memikirkan anda? tahukah anda bahawa kami terlalu sayangkan anda? tahukan anda bahawa seboleh - bolehnya kami ingin keadaan kembali seperti dulu? bergurau senda bersama...meluangkan masa bersama...bergelak tawa...berdiskusi hal - hal ilimiah...tahukah anda kami rindu kehadiran anda dalam kehidupan kami? tahukah anda.....tahukah anda.....tahukah anda bahawa sahabat ini sangat sedih memikirkannya....


kepada anda yang bergelar sahabat...we all do love you...anda yang bergelar sahabat, cubalah memahami kami ini. kepada anda yang bergelar sahabat, sudilah sekiranya kita bersahabat seperti dahulu kala..kepada anda yang bergelar sahabat, yes, you..n you...n you....jom kita sama - sama mencari jalan yang diredhainya...sesungguhnya kepada anda yang bergelar sahabat, marilah kita sama - sama saling mengingati antara satu sama lain kerana sesungguhnya dunia ini hanyalah satu singgahsana yang indah n selesa tanpa cacat cela di mana setiap orang akan leka di dalamnya...anda yang bergelar sahabat, mengertilah perasaan kami.................




^_^

No comments: