Tuesday, March 27, 2012

just a ...

sejam lebih berbicara dengan abah, sejam gak berbicara dengan mama...walaupun masa first cakap dengan mama, first aku dapat is leteran n bebelan dari seorang ibu...

'hah, bakpo baru tepon?? marah ko mama la tuh? aduii...anak² zaman loni tak leh tegur sikit nah...kito ni duk bimbe kat dio..bulehnyo tak tepon...' bla bla bla n bla...

heart relief :) rindu nak dengar bebelan macam tu setelah lama aku merajuk :) abah gelak je...hehehe..minta maaf ye abah mama sebab tak kol hampir sebulan :) bukan sengaja tapi biasa lah hehehehe...









lega hati bila dapat sembang lama dengan parents. ;( 

ps : baru je lega hati sembang dengan parents, tiba² hati terdissappoiiiinnnteedd balik....

Monday, March 26, 2012

miss abah n mama :(

ermmmm..dah nak dekat sebulan aku tak kol parents aku...semua ni gara² aku merajuk dengan diorang...what to do...anak yang seorang ni memang macam tuh, sensitif sikit....mesti diorang bimbang pasal aku sebab dah lama tak kol...sekali fikir, padan muka...sape suruh buat hati anak die ni terluka...tapi dua kali fikir, mesti diorang bimbang gile kan? mesti diorang fikir apa la jadi dengan anak aku kat sana tuh? cukup makan tak? cukup duit tak? demam ke? lelah ke? :( ok, sebenarnya aku dah rindu gile dengan abah n mama...waaaaaa...

aku ni ego gak sebenarnya...entah bile la nk buang ego nih...if kat Malaysia, kalau aku merajuk, selalu mak aku la yang akan mulakan conversation...sebab apa? sebab aku ego...n mama memang tau pun kakye macam mana kan...so bile mak aku cakap je, mesti lepas tuh aku akan nangis kuat gile ngeee...memang dasar cengeng. 

pernah sekali tuh, aku merajuk dengan ayah aku..haahahaha...time tuh, die kat melaka sebab ada game rugby...mak aku sampai nangis tengok aku. so die ngadu kt ayah aku...kesian kat ayah aku..kena kol aku n pujuk aku melalui tepon...lama aku fikir nak angkat fon tuh, tapi tu la..angkat gak la...

tapi this time, rasanya aku kot yang kena mula conversation.... :( lama sangat dah nih..selalu, dalam seminggu tuh, ada la 2 3 kali aku kol umah...ni sampaikan kakak aku cakap macam nih,' mama ada cite kat aku yang mu ngaju ngan mama sebab lama gile dah tak kol umah.'. n yes, i am. 

what to do? what to do? nak kol umah!!!!!! tapi..... :( haishhhh...malin, buang ego buleh tak? ok.

ps : tunggu malaysia pagi sebab nak kol parents :(

Thursday, March 22, 2012

perempuan


apa nak kata? setiap perempuan itu akan jadi ibu. tapi mesti lepas kawen. jangan plak jadi ibu sebelum kawen. nauzubillah...elakkan berzina sebelum berkahwin. kahwin ni kan salah satu sunnah nabi. so kahwin la kalau ada rezeki. bagi yang belum bertemu jodoh tuh, jangan kecewa. giliran anda bakal tiba :) 

nak cakapnya, aku first time gi teman mak kepada senior aku kat france ni kat waiting room sebab senior aku masuk labor room utk melahirkan anak. time tuh, aku baru je keluar rumah sebab nak jumpa kawan, disebabkan die nak balik malaysia dah next week. baru je berjumpa n salam dengan kawan tuh, tup² handphone berbunyi. dalam hati, sape plak kacau time nih? bila baca mesej, kening ku berkerut seribu...pergi labor room kt hospital? ouh my Allah, mana pernah dalam hayat aku gi tunggu orang nak beranak...

hospital tu besar. nak cr labor room tuh, hmpir stgh jam sesat. time tuh, aku dengan may ching n fatin. haishhhh...sampai je kat waiting room, kelihatan muka auntie penat n letih n tak bermaya. 

aku tak nak la cite satu persatu kan. en gros, aku takut..hahahaha..beb, sape tak takut, depan mata ko, seorang ibu bergelut nyawa lebih sehari untuk melahirkan seorang anak. lepas bius epidural, dengan air ketuban dah habis tapi baby tak nak keluar lagi...pelbagai masalah aku dengar...dari pagi sampai malam...siyes..aku takut...besarnye dugaan time nak lahirkan anak nih...tapi, yang lawaknye, auntie tu pesan, korang jangan takut plak ye lepas tau semua² nih....hehs, sure la die nampak muka aku kerut seribu. memang seorang anak kena hargai seorang ibu disebabkan pengorbanan besar seorang ibu tuh :( ok....dah 2 minggu lebih tak kol mak sebab merajuk dengan mak aku :(

kalaulah perit sampai macam tu sekali, rasa macam nak balik malaysia je sekarang n jaga parents!!!! yes, aku nak jaga parents aku. 

yang peliknya, kat france nih, ibu mengandung dengan selamba kodok ayam die je hisap rokok...fuhhh....minum arak segala bagai....mengucap aku...dah tu, kalau hari ni beranak, esok dah pakai jeans n keluar rumah...tak faham aku dengan diorang nih...siyes tak faham. rokok tuh kalau boleh, nak hisap setiap masa. bile bercakap dengan seorang perokok tegar, aku rasa macam bercakap dengan orang yang tak GOSOK GIGI!!!!!!! eiiiii yakkkkkkkk geeelllliiiiiii....pernah aku tak tahan bau, after cakap dengan perokok tegar nih, aku kasi gula² kat die...tak tahan!!!! dah la duk dalam kelas, sebelah aku plak tuh, dia cakap tak mengadap aku pun, aku still bau... :( kalau la aku ada perfume dalam beg, sure aku suruh die sembur mulut die gak.

bon, just nak cakap situasi di france n kat malaysia tak pernah sama. love malaysia more eventhough perancis ni negara maju. who cares? ada aku kesah??? ko maju ke tak maju, selagi ko tindas umat islam, selagi tu aku tak akan suka. 

ps : kesakitan ibu tu hilang sebaik sahaja tengok muka bayinya. ok, aku dah jd saksi kejadian nih gak. 


Friday, March 16, 2012

just a reminder

dah larut malam masa aku tulis nih. hajat di hati mau tido, tapi selagi tak tertulis apa yang aku nak tulis nih, tidor tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah...melebih² plak :) hehehehe

takde lah, sebenarnya nak share something dengan antum ( amik ko bahasa arab plak ) semua. selalu apa yang kita baca status² di facebook? boleh recap balik tak? macam ni lah, dalam friend aku kat facebook, boleh tengok pelbagai ragam jenis manusia. dari jenis yang tak leh duk sorang² kepada la jenis yang tahap ego tinggi gile nak mati. antara yang naik dekat homepage aku : 

1. ari ni tak de awek² cun yang nak kacau aku?
2. saya harap awak mengerti kenapa perpisahan yang saya pinta :(
3. apa gosip hari nih?
4. hai syg, syg dah mkn? 
5. alamak,  ngantuk la plak pagi nih...
6. sori semalam tak dapat nak kol awk sbb trtido awal.
7. selamat pagi kasih, juga selamat pagi cinta
8. etc²

ada jugak yang update status² yang menambahkan iman bila kita baca. tak semua jenis update status ngarut². tapi, jenis aku nih, if orang tu jenis update status ngarut², senang je, right click n hide terus je semua publication die. bukan apa, tak semua orang nak tau apa benda yang berlaku dalam hidup kita. kalau dari dalam kelambu sampai ke luar kelambu, semuanya nak canang kat fb, susah lah hidup macam nih. ke guane? 

kadang², bile bc status orang nih, kita akan termengumpat orang tu kan? entah apa la budak nih, updet status macam ni and so on...so jenis yang bila aku baca status orang tu je, akan terdetik niat umpat tuh, tu pun aku hide gak :) untuk elakkan dosa.... if tu je cara untuk elakkan mengumpat, i'll do it :) 

jadinya, apa yang aku nak share sebenarnya nih? ermmm...umur makin meningkat. pengalaman makin banyak. gembira sedih semua dah dilalui. biasanya, umur² cenggini, normal la soalan² cepumas tu kan? hehehe apa die soalan tuh? haaaaaa....antaranya bila nak kawen? bile nak kerja? ko dah ada calon? dan macam² lagi. so, yang aku nak point di sini ialah : 

1. bagi orang yang dah nak kawen
selalu kita akan panggil bakal pengantin kan? bila dah nak kawen nih, kadang² setahun sebelum tarikh tuh, macam² dah siapkan. tempah baju etc²...kalau boleh, nak majlis sehebat n seperfect yang mungkin. tak nak ada cacat celanya. ye la, bak kata orang, RAJA SEHARI kan? haaa...time ni la nak bermekap abis²an sampai jadi tepung gomak. 

2. bakal cikgu
apa preparation yang kita buat untuk bergelar bakal cikgu nih? sure lah kita kena ada methode yang mantap². kena ada skills bak kata orang kampung. tak de skills, tak best la sebab nanti takut student tidur. nak jadi cikgu ni pun, bukan senang. 6 tahun pengajian dulu, praktikal lagi etc². ingat senang nak jadi tenaga pendidik? hishhhhh...kalau apa yang kita ajar tu salah, macam mana? ada otak, fikir sendiri. 

3. bakal dapat anak
bagi yang dah kawen, sure la akan dapat anak. tapi abnormalnye kat Malaysia, tak akad lagi, dah ada anak...nauzubillah. bon, lupakan hal tu. fokus kepada yang dapat bakal anak. sure parents bukan main hepi dan kalau boleh once baby tu lahir, nak adakan majlis besar²an tambah² kalau tu anak first. macam² yang dibuat. 

tapi...tapi....mesti kita semua lupa kan yang kita semua ni bakal jenazah...? apa preparation yang kita buat untuk alami alam yang satu lagi? beli baju banyak²? tak leh, dalam tanah tu nanti, sekaya mana pun, akan pakai kain kapan. berbeza dengan bakal pengantin, diorang dah tau bila tarikh akad etc²...tapi, masa meninggal nih, kita even tak de hint pun...so bakal² jenazah sekalian, dah siap dah preparation anda untuk alami alam yang lagi satu tuh? masih belum terlambat untuk membuat preparation sebaik mungkin. kalau kita boleh buat preparation untuk kawen etc² sebaik mungkin, kenapa tidak untuk yang ini? 

( aku terbaca status seorang kawan aku kat fb...'wahai bakal jenazah sekalian, dah solat subuhkah anda?' )

ps : muhasabah diri....baiki mana yang kurang...


Thursday, March 8, 2012

Mesir in my qalbi

dah berhabuk pun blog nih...mood nk berblog ni sekejap ada sekejap tak de...ingatkan sebelum bertolak ke mesir ari tuh, nak update blog nih tapi biasalah, tak berkesempatan. tup², dah sampai masa untuk bertolak ke mesir. cuti kali nih memang memberi seribu satu kesan kat hati. sampaikan dah abis cuti, terasa macam tak cukup lagi. 

apa yang aku boleh cakap pasal mesir nih ialah dari benda sekecik² kuman hinggalah benda sebesar² gajah, semua tu korang boleh jumpa kat mesir. moto hidup aku dah berubah sejak balik dari mesir nih.  EVERYTHING IS POSSIBLE! ziarah Mesir, banyak ragam dan gelagat aku jumpa. setiap minit, terukir senyuman kat bibir tengok gelagat diorang nih. kadang², mampu mengucap je. first thing yang korang kena tahu is kat Mesir, there is no traffic light. yes, memang tak de traffic light. so, fikir tak macam mana diorang memandu? haaa...untuk rasa situasi macam tuh, sila beli tiket ke Mesir now. sebabnya aku tak mampu dah nak explain. sebaik sahaja keluar dari airport, aku just mampu mengucap je...takutnya la nak lintas jalan. memang diorang racing je keje. 

masa gi Mesir tuh, tak ramai sangat pelancong sebab revolusi ari tuh. even masa aku gi hari tuh, ada lagi bangunan husni mubarak yang terbakar, betul² sebelah muzium Mesir. tapi kan, bila tak ramai orang nih, best la kan sebabnya aku rasa eksklusif sangat². bila nak amik gambar, tak de la nak berebut² dengan orang ramai. tranquil je. gi pĂ®ramid pun best je. tak ramai org. sangat best la. for me, mesir ni best untuk diterokai. 

aku pun gi ziarah gak makam² nabi, makam imam shafie, imam hassan al banna...banyak lagi...bila berada di tanah yang dahulu pernah menjadi tempat dakwah para² nabi, aku kelu. tak tahu nak cakap macam mana perasaan...even time mendaki bukit sinai, perasaan bercampur baur. hepi pun ada, sedih pun ada...bila tengok org arab ni kan, baru lah terfikir kat hati, patutlah Allah turunkan banyak nabi dekat diorang...disebabkan perangai diorang sendiri...untuk sape² yang ada sakit jantung, anda dinasihatkan untuk tidak pergi ke Mesir. jika tidak, ajal akan cepat menjemput anda :) tak de la, gurau je hehehehe

kalau orang tanya best tak journey ke mesir, siyes, aku tak tau nak story dari mana...sebab semua tu pengalaman yang berharga buat aku. honestly, aku terasa nk gi Mesir lagi :(

ni antara gambar² yang aku amik kat Mesir. 



























































































ps : moment inoubliable