Friday, December 31, 2010

tahun baru 2011

bertemu lagi setelah sekian lama menyepi :). nk kata busy, tak de la busy sangat kan. free je memanjang  ^_^. leka sangat, macam ni la jadinya. ish, membebel plak budak nih, oppppssss...aku ni masih dikategorikan sebagai budak2 lagi kot.umur memang dah meningkat tapi macam tak puas lagi untuk tinggalkan usia muda nih.first of all, nak wish happy new year kepada semua ^_^ weee......anda semakin meningkat usia, uban di kepala semakin bertambah, untuk yang dah berkeluarga, semoga pertambahan tahun nih, bertambah la juga bilangan ahli keluarga anda untuk menjadi pejuang2 yang menegakkan ISLAM kelak di atas muka bumi ini.kalu ikutkan kalendar islam, dah lama dah kita ni tahun baru kan. hari ni pun dah 26 muharam. tapi, apa yang kita buat masa tahun baru dalam islam? ada tanam azam baru? ada sambutan semeriah sambut tahun baru kalendar masihi? btw, perlu ke majlis gilang gemilang untuk sambut tahun baru andai amal kita kepada Allah x beranjak walau seinci? untuk apa buat sambutan besar - besaran macam tu ek? macam membazir duit jer. ingat lagi sewaktu di malaysia, time sambutan tahun baru, sambutan merdeka n sambutan valentine ni la berlaku zina secara besar - besaran. kenapa aku cakap macam tu? cuba kita tengok kelahiran2 bayi luar nikah. banyak yang terpapar di dada akhbar bila nak akhir tahun n awal tahun. jom buat calculation kejap. kalu valentine n tahun baru, anggaran baby akn lahir bulan 10 n bulan 11 kan.haaa, time ni la berlaku kelahiran bayi besar - besaran untuk sape2 yang masih belum kahwin. dan merdeka plak, antara bulan 4 n 5..

berkawan ramai memang best. macam2 cerita dengar even pengakuan kawan kepada kawan sendiri. si polan ni berkata, ' asal tahun baru n valentine je, aku pergi sewa hotel dekat genting. tak makan tak minum. yang aku 'makan' awek aku jer'....astaghfirullah, bangganya si polan ni membuat pengakuan sedemikian. mengucap aku dengar. bila syaitan menjadi raja, mata buta melihat alam. tanya kenapa gi genting? sebab polis memang kena sekat dan tak dapat masuk pun hotel tuh. pusat maksiat ialah genting? fikir2 kan lah sendiri. pengakuan lagi dari seorang kawan kepada seorang kawan, 'aku selalu gi kondo awek aku. senang 'kerja' aku sebab memang  guard kondo tak bagi polis masuk'. manusia..insan...hamba Allah...kita ni nama je islam, negara islam, tapi kelakuan? islamkah kelakuan kita?

pagi tadi, dalam akhbar tempatan, cara baru buang bayi, bagi bayi kepada seseorang untuk dijaga sementara ke tandas. berjam menunggu si penjaga sementara bayi ini, tapi si ibu tidak kelihatan. bayi itu tidak bersalah. tahukah anda bahawa anak luar nikah ni kalau dia perempuan, dia buleh berkahwin dengan bapanya sendiri? malu tak? dekat surat beranak, tak de nama bapa? malu tak bila di sekolah dia kena hina sebab title anak luar nikah? salah dia ke sebab dia anak luar nikah? salah dia ke parents dia berzina? masyarakat tidak patut menghina anak luar nikah, yang patut dihina adalah parents tersebut! 

jadi, dengan pertambahan tahun ini, semoga kita semakin membuka mata untuk melihat kejadianNya dan bersyukur kepadaNya.

ps : sedih dengan nasib bayi luar nikah di luar sana...semoga muslimah2 terpelihara

Saturday, December 11, 2010

Kepada Boyfriend anak aku,


Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3:
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.


Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?


Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.


Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.


Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.


Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.


Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.


Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.


Sekian.

Yg ditakuti,
Bapak Kepada Gf ko

ps : hahahaha..nak tergelak aku baca nih

Wednesday, December 8, 2010

wahai sahabat

pesan ayah kepada si anak, ' jaga diri elok - elok bila berada di negeri orang. jangan lupa diri, sentiasa bersama kawan - kawan. Ingat Allah walau di manapun berada. x semestinya bila berada di Malaysia je kita sembahyang, tapi di mana2 pun, kita kena sembahyang.'


setiap anak mesti akan dengar pesanan nih, ayat mesti lah tak sama kan, tapi maksud lebih kurang. maybe kebimbangan seorang ayah tu lagi tinggi untuk anak perempuannya berbanding anak laki. nak tau nape? sape buleh bagi jawapan yang tepat? :) sebabnya nak jaga anak perempuan nih susah sangat berbanding anak laki. ibarat maruah keluarga terletak di bahu anak perempuan. bukan bermaksud anak lelaki tu x penting tapi, perempuan ni banyak nafsunya. so, si ayah perlu bagi perhatian lebih kepada anak perempuan beliau. kita pun selalu dengar kan, di sebalik lelaki yang berjaya akan ada seorang wanita yang menyokongnya dari belakang. n even Nabi Muhammad pun ditenangkan oleh isteri baginda sewaktu mula - mula menerima wahyu. jadi, untuk menjadi wanita yang baik bukan lah mudah seperti nak goreng pisang ( eh, ade kaitan ke? ) . untuk menjadi wanita yang baik di masa depan, kita perlu mencorak diri kita sekarang nih. sebab tu la ibubapa bagi perhatian lebih kepada si anak perempuan, sebab untuk membentuk anaknya itu menjadi seorang yang baik. tak de la nak cakap anak lelaki tu x penting, tapi sebab kita memang dah tau tanggungjawab lelaki sangat besar kan. pernah kan dengar tangan seorang wanita yang membuai anak mampu menggoncang dunia?




kenapa ya cakap pasal wanita padahal tajuk pasal sahabat? erm..kenapa ye? macam tak de kaitan langsung...ada sebabnya kenapa aku cakap macam nih...sebabnya aku seorang perempuan, so aku anggap kawan - kawan perempuan aku sebagai sahabat.bukan kawan. erm...sinonim dua perkataan tu tapi sebenarnya semantismnya lain - lain. cuba fikir, kenapa kita x panggil sahabat - sahabat nabi sebagai kawan - kawan nabi? deja, bila guna perkataan sahabat tuh sendiri, akan terasa lain di hati. sahabat tu lagi dekat di hati berbanding dengan kawan. dengan sesiapa pun kita buleh berkawan, tapi hanya sesetengah orang je yang mampu menjadi sahabat.


sahabat akan menyayangi diri kita lebih daripada seorang kawan menyayangi diri kita. sahabat akan melakukan apa saja untuk menggembirakan hati sahabatnya. sahabat akan sentiasa berada di sisi sahabatnya, akan sentiasa memberi pertolongan di kala perlu, akan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. tapi.........apa yang mampu sahabat buat andai orang yang dianggap sebagai sahabat sudah tidak sehaluan dengannya? apa yang mampu dia buat andai sahabatnya semakin menjauhkan diri darinya? apa yang mampu dia buat andai nak meluangkan masa untuk sahabatnya pun semakin terhad? apa yang mampu dia buat andai sahabatnya ini sudah tidak memperdulikan kata - katanya? apa yang mampu dia buat andai nasihat yang diberikan tidak diendahkan? apa yang mampu dia buat andai kasih sayang yang diberikan kepadanya sudah tiada nilai? apa yang dia mampu buat jika sudah dianggap seperti melukut di tepi gantang oleh sahabatnya?


sedihkan apabila kita berada dalam situasi nih. tahukah anda bahawa sahabat tidak pernah mahu melukakan hati anda? tahukah anda bahawa kami tidak pernah mahu mengabaikan anda? tahukah anda bahawa kami selalu bimbangkan anda? tahukah anda bahawa kami selalu tidak keruan memikirkan nasib anda kelak? tahukah anda bahawa tidur kami tidak lena memikirkan anda? tahukah anda bahawa kami terlalu sayangkan anda? tahukan anda bahawa seboleh - bolehnya kami ingin keadaan kembali seperti dulu? bergurau senda bersama...meluangkan masa bersama...bergelak tawa...berdiskusi hal - hal ilimiah...tahukah anda kami rindu kehadiran anda dalam kehidupan kami? tahukah anda.....tahukah anda.....tahukah anda bahawa sahabat ini sangat sedih memikirkannya....


kepada anda yang bergelar sahabat...we all do love you...anda yang bergelar sahabat, cubalah memahami kami ini. kepada anda yang bergelar sahabat, sudilah sekiranya kita bersahabat seperti dahulu kala..kepada anda yang bergelar sahabat, yes, you..n you...n you....jom kita sama - sama mencari jalan yang diredhainya...sesungguhnya kepada anda yang bergelar sahabat, marilah kita sama - sama saling mengingati antara satu sama lain kerana sesungguhnya dunia ini hanyalah satu singgahsana yang indah n selesa tanpa cacat cela di mana setiap orang akan leka di dalamnya...anda yang bergelar sahabat, mengertilah perasaan kami.................




^_^

Sunday, December 5, 2010

salam muharam ^_6

alamak!!! dah nak tahun baru dalam Islam dah pun...tapi aku still x update2 lagi pasal hari raya haji ari tuh kan? sori ye hehehe....ni, aku nak tepati janji aku la nih...

1. raya haji

allahuakbar 3x...
takbir raya kedengaran di telinga aku ( sebelah dalam telinga )...tidak kedengaran secara zahirnya..sebab apa? sebab kat sini takbir itu haram! :( xpe la, dugaan masa study...timba pengalaman selagi mampu. Sharp pukul 5 pagi aku bangun mandi sunat hari raya...kemudian, teringin nak pakai baju raya tapi xpe la, simpan untuk majlis raya antara geng2 bisontines je nanti.so, lastly, pakai jeans je ^_^ 

tunggu bas.keluar dari umah agak lewat n ingatkan memang dah ketinggalan bas tapi alhamdulillah, masih sempat.iqa menunggu di stesen bas. kami bertiga ( iqa, ain n aku )...sebenarnye, pagi tu ade kelas ganti Ablali untuk enonciation, tapi xpe la..insyaallah sempat kejar....

lupa plak nak cakap, kitorang sembahyang ray di GIM!! GIM ok....nak sembahyang dekat masjid, masjid sini kecikkk :( or maybe buleh panggil surau je...time tu aku pikir, nape nak sembahyang dekat gim plak? rupa2nya ramai je muslim n muslimah di besancon nih...alhamdulillah..patutla buat dekat gim...sebaik sahaja sampai di gim, kelihatan ramai orang pakai jubah.tidak kurang dengan wanitanya yang berbaju baru serba warna warni n cantik....kalah kami :p...rupa2nya, dekat sini, sambutan hari raya haji lebih meriah berbanding hari raya korban..n memang aku pelik. tapi kalu selak balik sejarah Islam yang lama kan, value hari raya haji nih memang tinggi la sebab menunjukkan ketaatan Nabi Ibrahim as terhadap Allah.beliau sanggup untuk mengorbankan anak tercinta demi kasih kepada Ilahi. tapi, raya puasa pun ade value die tersendiri, tanda kemenangan umat Islam menangkis hasutan hawa nafsu..erm....bergantung kepada negara la kot...kat malaysia, memang raya puasa lagi meriah berbanding raya haji tp di france, raya haji lagi meriah berbanding raya puasa ^_^

tapi kan, telinga aku menangkap bunyi alunan takbir yang pelik. 'ish...peliknye cara diorang takbir nih'...sangat keras bunyinya tidak seperti di Malaysia yang mendayu - dayu. nape ye? 

best sebenarnya dapar beraya di perantauan ni sebab buleh tengok banyak gelagat - gelagat orang.hehehe...bahagia ^_^

2. sambutan hari raya haji bisontines ( khas untuk perempuan sahaja )

mashaallah....kali nih, aku makan 6 pinggan nonstop!!! mak oi, perut dinosour!!! balik umah, terus ke jamban, destinasi yang disukai...sebab makan terlampau banyak sampai senak perut...dah nak buat macam mana, masakan2 yang terhidang semua lazat2 n menambah keinginan untuk tambah, n tambah lagi n lagi! ^_^ 

masing - masing amik bahagian untuk memasak dalam majlis tersebut..ayam masak merah, trifle, sup kambing, ayam madu, tiramisu, meehun sup, etc...sampai x teringat dah..tapi, sambutan kali nih, kitorang start dengan bacaan alquran al karim dahulu.supaya majlis lebih diberkati n sentiasa di bawah lindungan rahmatNya.

sape yang berdiet time nih, memang rugi! macam x caye plak duduk dekat france sebab still buleh dapat masakan malaysia....tiba2 teringat 1 peristiwa aku mengidam nak makan keropok lekor n terpaksa masak sendiri...haishhhh

3. open house raya haji

sempena hari mulia ini, umah aku teringin nak wat open house untuk raya haji..kalu ikutkan, nak buat sekali majlis naik umah baru nih, tapi x kesampaian sebab leka sangat..xpelah, niat dalam hati je la ^_^...start memasak dr 12 tengah hari sampai pukul 11 pagi keesokkan harinya.gilakan? nampak je sikit tapi tenaga yang digunakan sangat banyak ok! ( keletihan kepenatan yang amat2 sangat )...

ditambah plak dengan umah tiba2 blackout sebanyak 2 kali..memang dugaan.goreng ayam n panggang daging dalam gelap...hehe..time tuh memang terasa sangat susah n mencabar, tapi bile diingat balik, ia akan jadi satu kenangan yang manis ^_^ 

tapi kan, segala penat lelah tu terubat bile lihat tetamu yang datang makan dengan berselera sekali ^_^ nikmat jadi chef di dapur bersama kawan2 serumah hehehe....menu yang kitorang buat nasi kerabu, puding buih, kek coklat, kuah percik, sambal, solok lada, kek cheese, bubur jagung, ....ermm...x igt dah hahahaha

aduiii...letih dah jari nih, setakat ni dulu je kot.jumpa next time plak. owh, minggu depan dah start exam dah.wish me luck 

ps : thun depan maybe xde dh open house dari kami warga as syams...hehehehe....tengok keadaan

Tuesday, November 16, 2010

jenaka di pagi raya

kring kring kring..jam loceng berbunyi kol 5 pagi waktu tempatan
"ishh, sapo kunci jam kol 5 pagi nih??? nk tido pun x tenang!!!" GGGRRRRR
eh, hari ni hari raya aidil adha.patut la kunci jam awal pagi, sebab aku nk gi sembahyang raya
malu nak cakap sebenanrnya, setahun kat france, ni first time bersemangat nak sembahyang raya
erm..sebab tiba2 terdetik kat hati, 'malin, baik ko pergi sembahyang raya'
so, aku pun ikut la gerak hati aku tuh, benda baik tak salah kalu ikut


pasal apa yang terjadi kat masjid tu, aku nak cerita dalam next entry sebab entry kali ni, aku nak cerita benda lain
hahahaha...ni kisah lepas mandi sunat raya, aku tepon la umah


aku : abah, selamat hari raya ( kedengaran suara si anak yang bersemangat wish )
abah : selamat hari raya gok!!! ( suara si ayah plak yang bersemangat )
*nak pecah telinga ok hahahaha


bla bla bla...panjang lebar berbual dengan abah


aku : abah, kye dapat tepon baru, ganti hok hari tuh
abah : guano gitu plok?
aku : sebab tempoh hantar repair lebih dah 14 hari.so, meme dio ganti tepon baru
abah : laaaa...untung la mu
aku : untung la, dio bagi pilihan, nak tunggu tepon lama siap baiki ko nak amik tepon baru terus
abah : dah, mu oyat gapo
aku : haishhh...amik tepon baru la! wakakaka
abah : ho la, abah pun ado cito gok nih
aku : uikksss? pasal gapo nih
abah : ari tu ke tepon abah masuk dalam jambe, so abah beli la tepon baru
aku : bakpo? tepon baru masuk dalam jambe gok ko?
abah : buke la, ari tu abah baru jah beli tepon baru, sekali abah terbaling jatuh sepa
aku : oloh...tepon baru beli tuh
abah : nak wat gano, x kaba..tepon tu pun hang, mapuh x hidup2
aku : pahtu?
abah : abah gi keda oyat bateri punoh
aku : xdok calar ko?
abah : kebetule xdok calar sebab jatuh atah benda lembut, trus gi kedai
aku : utk gapo?
abah : utk tukar tepon baru la.kiro loni, abah pun dapat tepon baru hahahahah
*so, tu point ayah aku rupanya. eh, abah, cite kite sama la.like father, like daughter


ps : mak aku kata, aku punye perwatakan n style lebih kepada ayah aku :) 

Tuesday, November 9, 2010

kisah di sebalik 3 Hang


besarnya payung...buleh tumpangkan orang yang xde payung





waaaa...payung ni cantik n buleh digunakan






merahnye payung nih...i like 


isk isk isk isk isk isk isk isk 
payung...payung....payung....
di mana kau bila aku memerlukan kau??
tiada orang sanggup beri tumpang payung dengan aku
alkisahnye tersebut la kisah tayyib...
haaaa dengar la ini cerita


suatu ketika di zaman dahulu kala, terdapat 3 sahabat yang tinggal serumah
diberi nama Hang Mas, Hang Izzati, Hang Lin ( hahahahaha )
ketiga2 Hang ni menyambung pengajian di sebuah universiti yang diberi nama Univesite de Franche-Comte
setiap hari, Hang Mas, Hang Izzati n Hang Lin berjalan menuju ke kelas
kami tiada superbike, apatah lagi kereta, malahan kapal terbang
tapi, Hang Lin ada basikal...Hang Mas n Hang Izzati ngak ade basikal
omongnya sebab rumah dekat dengan Universiti
Hang Lin ni, kadang2, berbasikal ke universiti meninggalkan Hang Mas n Hang Izzati di belakang
owhh.....syahdu angin kencang meniup pipi Hang Lin

tapi, bila hujan melanda, Hang Lin tidak dapat berbasikal menuju ke universiti
tu la, masalahnye Hang Lin nih ada basikal tapi xde payung
Hang Mas n Hang Izzati ni plak xde basikal tapi masing2 ada payung
mana lagi untung? ada basikal tapi xde payung?
atau ada payung tapi xde basikal? jom tolong Hang Lin pikir2kan
hari itu...........

Hang Lin : alamak hujan nih....aku xde payungg
Hang Mas : nah, amik payung nih

Hang Lin terpinga2...

Hang Lin : payung apa nih? sape punya?
Hang Mas : ni payung aku penah guna tapi dah jahanam la
Hang Lin : haaa????? ko bagi payung jahanam kat aku untuk guna?
Hang Mas & Hang Izzati : ( gelak kuat2 )

ooo...mentang2 Hang Lin ketiadaan payung

Hang Lin : xpe2...payung jahanam pun, payung jahanam la

di pertengahan jalan, angin bertiup kencang...

Hang Lin : wahai si payung ku sayang, jangan la ko terbalikkan diri ko...ku sungguh malu nanti

sesungguhnya, memang payung bukan setakat jahanam, tapi memang tunggu masa untuk diterbangkan angin
kesian Hang Lin pakai payung tuh...trus x nampak jalan sebab terpaksa pegang hujung payung supaya tidak tercabut dengan batang payung....

owhhhh syahdunya......

ps : kesian Hang Lin....sob sob sob

Saturday, November 6, 2010

adat menerima tetamu


  1. Sambut tetamu dengan tulus ikhlas kerana Allah.
  2. Beri salam/penghormatan kepada tetamu.
  3. Suruh tetamu duduk di tempat yang telah disediakan.
  4. Saling memperkenalkan diri.
  5. Apabila mereka hendak berjumpa dengan bapa/ibu/sesiapa sahaja, suruhlah mereka menunggu sekejap atau berilah keterangan yang jelas.
  6. Layanilah tetamu dengan penuh kemesraan.
  7. Hindarilah daripada membeza-bezakan tetamu.
  8. Bercakap-cakap dengan tetamu secara manfaat.
  9. Hantar tetamu ke depan pintu serta doa mendoakan.
  10. Pelawa tetamu agar datang lagi pada masa akan datang.

erm..kalu tengok senarai2 di atas nih, x semua aku buat bila tetamu datang kat rumah aku kat france nih. setakat aku hidup nih, pernah je tengok bila ada tetamu datang umah, tuan rumah buat bodo jer. aku x pernah la mengalami perasaan menjadi tetamu yang x dilayan n x diundang. tapi bayangkan kalu kita gi umah tu dengan niat ingin melawat serta bertanya khabar, tapi kita x dilayan? kita diabaikan...ko igt ko buat macam tuh, orang akan pergi lagi lawat umah ko? sori beb...kem salam

untuk orang2 yang jenis macam ini, x elok la kan. tetamu datang dengan niat yang baik, so, layan la tetamu anda sebaik mungkin walaupun tu bukan kawan anda. kalu dah si A ni tinggal dengan si B nih, sepatutnya si A ni kena la layan kawan2 si B yang datang umah. bukan mendiamkan diri. kadang2, sampai kawan2 si B ni tanya dekat si B, 'bukan ke ko tinggal 2 orang? aku x penah pun nampak dia ada kat umah nih'..so, what do you expect si B akan answer? faham2 la sendiri..masing2 dah besar panjang..bukan budak kecik yang kena suruh buat itu dan ini.

erm...cam ne plak ek untuk tetamu yang kita x suka datang umah? sepatutnya, layan la kan...walaupun kita benci, tapi tau kan, benci2 lama tukar jadi sayang...eh2... :) so, xleh la nk biarkan tetamu tu rasa macam pergi umah kosong jer...paham kan? umah yang sepatutnye ade penghuni tp xde penghuni

Firman Allah SWT, dalam surah an - nur 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27)

“Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(28) 

“ Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan” (29)

Dalam sebuah hadis,

إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة

Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.

من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته, قالوا : يا رسول الله, وما جائزته ؟ قال : يومه وليلته . والضيافة ثلاثة أيام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه

Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, Jaizahnya bila ? Nabi saw menjawab : (Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya. (HR Bukhari dan Muslim)


لا يتكلفن أحد لضيفه ما لا يقدر عليه

Maksudnya : Janganlah seseorang itu membebankan dirinya untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu. (HR Al-Baihaqi)


أيما ضيف نزل بقوم فأصبح الضيف محروما (أى من الطعام وما يحتاجه) فله أن يأخذ ( أي من مال المضيف) بقدر قراه ولا حرج عليه

“Jika seseorang tetamu singgah di sesebuah rumah namun ia tidak dilayani maka ia berhak mengambil sekadar hak jamuan untuknya dan ia tidak berdosa". (HR Ahmad)


إن من السنة أن يخرج الرجل مع ضيفه إلى باب الدار

Maksudnya : Termasuk amalan sunnah bila kamu menghantar pulang tetamu sampai ke muka pintu rumah.


إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فلينصرف

Maksudnya : Apabila seseorang kamu minta izin sampai tiga kali, namun masih belum juga diberi izin maka hendaklah dia beredar. 

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.” (Surah al-Majadilah, ayat 11)

kalu ikutkan, banyak lagi dalil2 pasal tetamu nih..so, kepada anda di luar sana, paham2 la sendiri ye. 

ps : muhasabah diri

Tuesday, November 2, 2010

kenapa 'aku'

sekali lagi kita ketemu. tu la, jari ni suka sangat menari atas keyboard nih
konon nak bagi jari kurus, tapi hampeh je, kalu dah jari tu tak de isi, sila jangan perasan
ermmm..kali ni, tiba2 terdetik kat hati, nak explain kat semua orang nape kat blog nih penulis die lebih suka guna pendekatan 'aku' berbanding 'saya', 'kita', 'orang', 'oghe' etc....

1. sebab tu memang style dia
hahahaha...dh memang aku suka guna 'aku' bila menulis. so, don't argue with me k..masing2 citarasa masing2.

2. lebih emosi
aku ni jenis orang yang bila taip, dia akan sebut perkataan yang dia taip :) . so, apa je yang aku taip nih akan kua dari mulut aku n kemudian, jari mengeja perkataan itu. x pelik kan? ala...normal la tuh..bek ngaku yang ade je di antara korang ni sama dengan aku.so, bila aku tulis 'aku', aku akan rasa lebih real, n terasa macam feel jeee....kalu aku tulis 'saya' etc tuh, feel aku akn ilang serta merta. bukan x mencuba, tapi dah banyak kali. setiap kali nk guna perkataan 'saya' etc tu, tangan stop menari..no idea maaaaaa

3. perkataan biasa
setiap kali korang baca, mesti korang akan sebut gak kan 'aku' tuh...so, lebey kurang korang plak yang masuk dalam citer tu...ada logik x? kalu xde, peduli apa aku ^_^ janji idup epi

ni je kot sebab2 nape aku guna 'aku'. xde sebab lain dah. so, atas korang la plak nak pk apa kan...masing2 ade pendapat tersendiri. as long as blog aku ni bukan tempat kutuk mutuk caci maki ngamuk amuk..x matang la kalu kita bertindak sedemikian rupa di depan public...beb, matang la sikit...blog ni tempat awam baca.kalu nk kutuk2 apa ke benda semua tuh, private kan la. orang yang baca pun jadi sakit hati. nasihat general untuk semua orang.


alang2 dah zaman teknologi nih, lagi baik kalu kita jadikan alam siber tuh sebagai tempat share benda2 yang berfaedah. kalu ramai yang baca, makin banyak la kita dapat pahala, bto x? ni, kalu duk kutuk, orang yang baca plak kemungkinan besar akan trasa nak mengutuk, kemudian orang yang dengar tu lagi la..kan dah jadi virus berjangkit tuh...elak2kan la...x elok ye kawan2...x pasal2 dpt dosa free, double triple plak tuh


dah2...mau stop dulu...next time plak

ps : sejak akhir2 nih, terpakse eja penuh, sinon certain x akan paham..for exemple, mak aku!!! penah kena tego ngn mak sndiri sebab ejaan terlalu dipendekkan..amik ko

Monday, November 1, 2010

just come back from rechauffe ( rehot )

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang membaca
entry kali ni adalah untuk menceritakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan selamanya
dr 27 hingga 30 oktober 2010
para muslimah di france ni telah menganjurkan satu program yang diberi nama rechauffe
atau dengan bahasa lainnye, rehot
sebenanrnye, apa yg kita nk rechauffe kan nih?
cuaca? owhhh semestinye tidak
abis tuh, suhu badan?
adik2, suhu badan x perlu rechauffe dah..sbb suhu die maintain kecuali demam
apa ek? ala bagi la jawapan terus kan senang
eh, teka la lagi
ok2....ni mesti nk rechauffe makanan yg sejuk kan?
erm...jawapan yg menarik n buleh tahan tapi jawapan anda salah
xpe la, dah2 la tu teka...nk tergelak dah nih
meh nk cerita
program ni untuk rechauffe kan iman kita
semua orang tau kan iman kita naik turun
ari ni naik, esok turun mendadak, lusa negatif terusss
nauzubillah mintak dijauhkan

memang manusia ni perlu diingat2kan selalu
insan tu sendiri bermaksud pelupa
so memang betullah istillah tiada orang yang perfect di dunia
tapi pegang la kata2 yang selama ini jadi peganganku
"memang tiada yang perfect..tapi anggap la kekurangan orang itu sebagai satu kelebihan buat kita n kekurangan kita akan menjadi satu kelebihan buat orang tu"
hahahahahaha gelak kaw2 dulu
mesti x faham kan
meh nak bagi situasi
ex : si minah ni berkahwin dengan si abu nih. tapi, si abu ni gemuk. maybe bagi orang lain gemuk tu merupakan 1 kekurangan tapi tidak bagi minah. sebab setiap malam dia akan rasa dia peluk bantal gebu. 

see? senang kan? so, jangan la anggap kekurangan itu satu benda yang negatif
(eh, nape terkeluar tajuk nih??? back2 balik )

haaaa....rechauffe ni diadakan di Grenoble, france
kecantikkan di Grenoble subhanallah hanya Allah saja yang tau
memang mula2 sampai tu terpegun mata melihat alam ciptaan Allah di dunia
Grenoble ni dekat banjaran Alpes
memang cantik sanagt2 dengan gunung di sekeliling
wish to be there again
( x sempat singgah umah k reen n fan :( )

ramai gak yang pergi rechauffe nih
banyak benda yang dipelajari
dan program kali ni sangat berkesan kat hati
x tau nape, tapi memang x sampai hati sanagt2 nak berpisah :(
ingat lagi kata2 kak asma'
"akak x penah tengok muka malin merah ( nangis la tuh )"
walaupun jumpa hanya seketika, tapi indahnye ukhuwwah tu seperti sudah lama kenal
lupa kejap dunia luar
seriously, memang aku lupa dunia luar time tuh
best sangat2 berada di kalangan orang yang mempunyai tujuan yang sama
nauzubillah...memang x menyesal pergi Grenoble

sebelum jari ni stop menari di atas keyboard asus
aku nk share 1 hadis nih

Abu Hamzah, Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda
"tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"



bergambar masa jungle trekking


dengan tukang masak rechauffe



bersama sebahagian kawan2 yang pergi

diapit hazwani n salwani..dua2 pun panggil wani


tulang belakang rechauffe



nyam3

makan di dalam dulang sangat best!!


ohhh..ini hanyalah lakonan semata2..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang meninggal dunia


baca doa sebelum makan ye 


jangan tiru aksi ini ye
main game


 ^_^

Saturday, October 23, 2010

apa ye jwpn die? ermmm

tiba - tiba trasa nk berblog lagi
haishhh....bile mood berblog ade, stiap minit nk tulis blog
time mood berblog xde, haram xde entry utk smgu
punya la x ttp pendirian
malas tu alasan semata - mata
paling penting, kalu ade keinginan ^_^


erm...terasa nk ajak pembaca2 blog aku yg x cntik nih untuk berpikir sejenak
dh lama dh terpikir soalan - soalan ngarut nih
tp, soalan yg sama buleh dpt pelbagai beribu jwpn
^_^ so, x slh kot kalu nk share apa yg asyik bermain di benak pikiran ni sekian lama




1. kenapa nk baca quran 5 minit pun susah sedangkan berFACEBOOK satu hari xde mslh?
2. kenapa liat nk solat sunat tapi kalu buleh, nk gi tuisyen byk semata2 utk phmkn certain subjek? nape? 
3. kenapa kita mengharapkan orang care psl kita sdgkn kite x pandang sblh mata pun kt sape2?
4. kenapa selalu tuding jari kt orang lain untuk kesalahan sendiri?
5. kenapa ssh nk ucap alhamdulillah tp ckp BONJOUR stiap kali jmp org? bkn ke nikmat Allah tu di mana - mana?
6. kenapa nk puasa sunat sgt susah sedangkan puasa 30 hari di bulan ramadhan ok jer? 
7. kenapa maksiat berleluasa? parents x bg kawen ke? kawen awl no class ke? 
8. kenapa ssh nk sedekah duit tp sng nk beli bnda mengarut? 
9. buleh x lelaki hidup tanpa perempuan? n perempuan, buleh ke idup tnpa lelaki?
10. kenapa still couple even dh tau xleh? 
   *jwpn familiar, kitorg x kapel, kami bakal kawen ( erm...a reflechir!! moi aussi!!! )


n last sekali, kenapa aku tkt nk tulis entry kali? ni bia aku sndiri yg jwb...sbb aku rs byk je perkara di ats tu terkena dkt diri sndri. lately, asyik tringat kt malaikat izrail..bak kata iqa, izrail akn tgk stiap manusia di ats muka bumi ini sbyk 70 kali!!! setiap manusia, bukan dia plh randomly. dh tu, stiap kali nk tido, asyik trbayang aku dilanggar bas, diseret tayar kereta.cm ne rasanya? saat kulit menyentuh jalan tar n diseret oleh tayar...ya Allah, ngerinya... :( 


ps : abah, jom berbincang... :(

Friday, October 22, 2010

you raise me up ^_^

when i am down
and oh my soul so weary
when troubles come
and my heart burden be
then i am still
and wait here in the silent
until you come and sit awhile with me
you raise me up
so i can stand on mountains
you raise me up
to walk on stormy seas
i am strong when i am on your shoulders
you raise me up 
to more than i can be

lagu yang simple tp membawa maksud yang mendalam :) 
like very da much lagu ini
ditujukan khas kepada family yg berada nun jauh di mata
tapi always dekat di hati
ditujukan kepada kawan2 yg selalu memberi sokongan padu
time gembira n sedih
ditujukan kepada saudara2 seagama yang berada dalam kesedihan.
semoga Allah meringankan beban kalian semua
bersabar la wahai saudara2 ku yang berada di palestin, afghanistan, iraq, etc..
sesungguhnya org yang bersabar sungguh tinggi nikmatnya


Al - Anfal : 66
       "maka jika di antara kamu ada  seratus orang yang bersabar, niscaya mereka dpt mengalahkan dua ratus ( orang musuh ) ; dan jika di antara kamu ada seribu orang ( yang sabar ), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta orang - orang yang sabar."


mulut senang je nak cakap, sabar la minah, sabar la awang, sabar mek
dugaan je tuh, biasa la tuh, stiap org ade mslh masing2
tp cuba kalu diri sendiri yg trkena? n  bile ade org yg ckp balik kt kite
sabar la, biasa la tuh
n mst hati kecik ckp cm nih
'ko xpe la, x kena...aku nih yg rs'
xpe...biasa la tuh sikap manusia
ssghnye, Allah lagi mengerti perasaan hamba2Nya di ats muka bumi ini
sbb Dia la pencipta seluruh alam
alhamdulillah sbb masih lagi diberi nikmat untuk hidup di ats muka bumi ini


rutin setiap hari, celik mata
mandi smyg, bekfas, n siap2 trus ke universiti
kekadang, smpi trlupa nk ucap syukur ke hadrat Ilahi
doa sblm tido selalu bc
tp doa bgun tido x penah bc
mcm tido x bgn2 je ^_^
tido tu  pun dah satu nikmat untuk org yg penak insomnia mcm aku nih
ya Allah, ms insomnia tuh, mata bukan main lagi sembab
nk tido, tp xleh tido
guling punya guling, sekali jam dh brbunyi tanda suh bgn dr katil


lps satu2 mslh yang menimpa
br manusia mula menghargai apa yg ade
ssghnye Allah tidak timpakan sesuatu musibah itu melainkan hambaNya itu mampu menanggungnye
penah je diri sendiri menyalahkan takdir
kenapa aku je yg kena hadapi semua nih?
tapi lepas tu, cepat2 istighfar balik
bile dh ade mslh tuh, walau berat setakat mana pun
Allah tau hambaNya itu mampu hadapinya


panjang plak entry kali nih
muqaddimah musim cuti ^_^

ps : selamat bercuti toussaint kwn2 ( eh, nk kawen blh? hahahah )

Wednesday, October 20, 2010

hari ini punye cite

1. TNT bersama kwn2. ( uttk sape yg xtau TNT tu apa, ni dia tafsir n tadabur )
2. beli meja utk tv ( 3 org angkut meja tuh, nk trcabut blakang! )
3. dari pagi sampai saat aku tulis blog nih, tenet umh XDE!
4. lepak tepi katil smpi pth pinggang aku sbb pki BB ( xdpt line kalu ats meja stadi )
5. buku haram x bukak langsung ( bajet pandai padahal x terer pun )
6. br siap tulis cerpen aku untuk ehem2 hahaha
7. lipat baju sbb tenet xde kan :) 
8. cek facebook n gatal nk abskn bateri handphone
9. bc buku penggunaan telefon nih ( nk pki hp canggih tp x reti guna ) ni pun sbb tenet xde kan
10. gi bank cash in duit. nk ckp kaya pun, duit kena simpan utk masa depan :)
11. dh la tuh, malas dh nak taip

ps : sekian bebelan dr tuan blog utk ari nih.selamat malam ( ikut wktu aku la )

Saturday, October 16, 2010

manif + besday party bulan 10


Seperti yg anda lihat, gmbr ni aku amik masa on the way balik umah
rmi gile org, ishhh...cm ne nk balik umh nih
tiba2, 'malin!! kang nnti ada reporter amk gmbr kite ckp kite trlibat dlm tunjuk perasaan ni'
erm, mcm logik gak, tp kitorg nk balik umh kowt
so, trpkse la selinap2 dlm group tunjuk perasaan tuh
dh byk ari dh berlaku bnda nih
org2 france x puas hati dgn tindakan kerajaan nk panjangkan usia bersara
sampai umo 62 thun kot kalu x silap aku..nth la, mls nk bc paper
smngt gile diorg wt tunjuk perasaan
aku nk amik gmbr pun trketar2 tkt ade org mrh
dh la hujan time tuh, stiap org bwk patung
aku ngn citek bwk pale je hahahaha

ubah cite plak :)



haaa, part mkn ni yg paling best nih
ats idea jen n kerja keras kwn2, besday party utk bulan 10 slmt diadakan 
alhamdulillah
antara menu2nye, nasi ayam, donut, kek, dadih, keropok, coke, jus buah
masing2 masak :)
aku mkn kenyang gile kot smpi nk jln2 x lrt sbb perut penuh
eh, nsb slua aku longgar sikit hahahahaha



bergmbr sebelum mkn..ye r, nk tayang nikon :(
aku xde nikon....hehehe....x kisah pun :) 
jnj gmbr buleh amik


ni la ayam utk nasi ayam...slurppppppp



donut o donut

Wednesday, October 13, 2010

kisah abah

perbualan yg lama with my sister membuatkan aku tersentak
rupa2nye psl abah aku jth pokok ari tuh, tu bukan main2
n sbnrnye dr gaya kakak aku cite, kalu trsilap langkah
abah akn pergi selama2nya
aku senyap....apa yg berlaku sbnrnye nih?

kakak aku pun story mory la...n aku, jd pendgr setia
dikisahkan abah nk panjat pokok rmbutan
utk ank2 die, epi tgk ank2 balik n berkumpul ( surely without me la kn sbb jauhhhh )
n tiba2, all of the sudden, ntah mana silap
maybe dahan pokok tu x bape kuat o rapuh menyebabkan abah hilang kawalan
abah, bile pnjt pokok, parang wajib sama ade di tgn o di pinggang
ms jtuh tuh, maybe abah sempat berpikir
die berpaut pada dahan
kalu aku di tmpt die, mst aku serah diri jer
tapi...die sempat pikir utk ank2 n isteri die
if die x pikir n jtuh cm tuh jer, parang tu akn tusuk bdn dia...nauzubillah
bnda ni jdi depan mata kakak aku n adik2 aku
slh sorg adik aku ngis sbb trkjut
abah jtuh dgn brtongkatkn parang di tgn
n parang tu bto2 sblh badan die
if die x berpikir dgn tenang ms jtuh tuh....what will happen?
KONPEM AKU NANGIS!!!!!!!

igt lagi masa aku kol abah tnye psl die jtuh tuh
dgn rilek jer die jwb, ' biasa la kye...nk test kuat ko dok lagi'
dh la dgn nada gurau, so aku anggp bnda tu x serius la kan
tp bile dh tau bnda bto, menitis gak la air mata aku.......
sedih sbnrnye....maybe die xnk cite the real story for not to make me worry
d'un cote, bgus la die wt cm tuh sbb xnk bg aku bmbng
de l'autre cote, kesedihan sbg ank still ade........

ps : xnk dh cite pnjg...