Friday, December 23, 2016

j'aime le français

Aku rasa page ni patut dipromot. Kepada sesiapa yang berminat or sedang or ingin nak belajar Bahasa Perancis, anda amatlah digalakkan dan dialu-alukan sangat tersangat la untuk like page ‘J’aime le français’ ni…

ni link page tersebut di akaun facebook. : j'aime le francais

KENAPA ????

Haaaa…ni lah dia antara sebab2nya mengapa…

  • Page ni owez update pasal vocabs2 contoh yang berkaitan pasal makanan, sayuran, pakaian, cuaca, dan lain-lain. Berguna tak ? ko rasa ? bagi aku, khususnya sebagai seorang guru perancis yang mengajar di negara Malaysia dimana bahasa Perancis amat jarang dituturkan oleh orang-orang sini, aku amatlah terasa bahawa page ini teramatlah berguna sekali. Sebabnya bahasa ini, bila tidak digunakan tak payah la nak kata 5 tahun, even dalam setahun pun, ko punya capability of speaking in that language akan merudum jatuh. So, bila dah jatuh cam tu, sure la kita punya vocabs pun makin lama makin kurang. Kalau nak harapkan sendiri buat vocabs ikut spesis cam nih, memang tak la kan. Bizi dengan kerja2 sekolah lagi…kerja2 padang lagi…kerja2 orang tua lagi..
  • Pagi suka sangat share pasal pepatah2 diorang yang aku sendiri pun kadang2 tak tahu. Heh? Guru nih, bukan nya tahap dewa belajar. Guru ni pun manusia gak. Kadang, ada benda yang kita memang tak tau, admit je la kan? Tak payah nak tunjuk pandai. Jangan ajar benda yang salah kat pelajar…kang dosa plak kita dapat. Pepatah diorang ni best je aku baca…sama je dengan pepatah2 melayu…maksud sangat mendalam menusuk jiwa kalbu.
  • Kadang2, page ni suka bagi kata-kata motivasi. Dan, terkadang tu plak…kata2 tu terkena la plak dengan keadaan dan situasi aku hehehehe…coincidence ? yeah….acceptable. dalam hidup nih, kalau nak share masalah dengan manusia, manusia tu plak suka pi heboh kat manusia lain. Kadang2, lebih baik legakan je hati gundah gulana fikiran kusut dengan mencari kata2 motivasi di MR SEGALANYA TAHU iaitu MR INTERNET la….hehehehe
  • Ada plak, page ni gak perkenalkan culture2 Perancis..baguslah. untuk kenal sesuatu bahasa tu, memang kena kenal adat2 diorang tau. Ni aku nak kasi contoh, kat Malaysia nih, kentut ni dianggap keji berbanding sendawa burrrppp tu kan ? tapi, di Perancis tu, terbalikkkk tau…sendawa tu dianggap keji berbanding kentut….aku pernah SENDAWA betul2 depan muka orang perancis, masa tu tengah discussion….haaaa….mau tak malunya aku nih…nak letak muka mana beb ? kawan tu terus tercengang diam tak terkata membisu seribu bahasa.
  • Lagi, ada juga diajar cara nak ‘conjugate’ perkataan-perkataan. Erm…perkataan perancis ni ada jantina tau..jantina dia ialah lelaki atau perempuan…khunsa tiada…so memang kena hafal la semua2 ni kan..aku ni terkadang pelupa gak…hehehe
  • Pasal ‘tenses’ in french pun ada diajar dan di share gak.



Ehhh…dah banyak dah aku tulis nih…penat la plak..apakata korang like je page nih, and discover SDN BHD…lagi syiokkkk…


Pst : aku update entry ni sebab takleh tido malam. Bile takleh tido, terasa la nak membebel. Taknak bebel sorang2, aku bebel kat blog ni haaa