Friday, December 30, 2011

tak payah tukar la.

hai everibodi...wah wah wah wah...new year bakal menjelma...azam lama dah tercapai belum? untuk yang belum terlaksana tuh, jadikanlah sebagai azam untuk tahun 2012 :) biasa la tuh, tak sedar kan yang masa ni cepat je meninggalkan kita semua...we are growing older n older, not younger. bak kata orang tua, usia tua tapi muka muda...aisehhhhh...( terasa kot sebab tahun depan dah 24 kot ) 

untuk semua orang, if malin selaku pemegang nama Nurul Amalina Mahmad Kamel or as known as penulis blog nih ada terbuat kesilapan o terguriskan hati korang semua or pape je la, do forgive me ok? kita amalkan give and take. orang bagi kite terima, kita kasi orang terima plak. baru la faire and square :)

tapi tahun 2011 ni personally bagi aku la kan, banyak meninggalkan pengalaman yang memang tak dapat dilupakan dalam hidup aku. semua pengalaman ni mengajar aku erti hidup yang sebenar. memang bukan niat aku untuk mengguris hati sape2, jauh sekali untuk mendoakan perkara2 yang tak baik berlaku. but still, we are human being ringht? so sometimes kata2 aku ni kadang2 tak dapat dikawal. aku berharap sangat yang 2012 ni akan bagi kenangan manis kat aku. bukan bermaksud 2011 tak de langsung kenangan manis, ada je :) tapi hope nya 2012 ni akan tambah lagi kenangan manis aku. 

kepada sesape yang aku cari pasal tuh, 10 jari dihulur tanda minta maaf. hope kita stay as friend till jannah. to those yang menyakitkan hati aku, entah la, susah untuk aku maafkan certain orang, coz u hurt me muchhhh222...tapi, i'll try my best untuk let go semua kesedihan2 tuh. semoga sape2 yang berjaya menyakitkan hati aku akan bahagia sampai akhirat. semoga korang dapat capai impian masing2. semoga korang dikurniakan hidayah, and tak ulang kesilapan yang sama. semoga dikurniakan kejayaan dunia akhirat. amin.



semoga pertambahan tahun nih seiring dengan amalan kita untuk mengejar cita - cita di 'sana' kelak. amin





MISS YOU!!! :( Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini.

PS : masa tak akan dapat diulang, tapi manusia dapat berubah. perubahan itu tak dapat bertahan lama if tak istiqamah. maka, berusahalah untuk istiqamah kerana hadiahnya ialah syurga. 


Thursday, December 15, 2011

dua keadaan yang berbeza

exam dah habis...rasa free n bebas gile!!!! time yang aku tunggu2, yang aku nanti2kan... ^___^ big smile sikit nak tunjuk aku happy..hehehe...well2, macam ni la life student. if dah keje, tak de dah exam smua2 nih, yang ada cuti je...sebab tu la kena profite betul2 masa bila bergelar student nih...eh, sebenarnye bukan ni yang aku nak cite, tapi benda lain...haaa...benda apakah itu? aku just nak citekan pengalaman aku bawa kereta di dua negara berbeza jer....iaitu di france n malaysia...

1. MALAYSIA

ayah n mak aku selalu pesan dekat anak2 die, ' abah mama nak anak2 abah mama bawa kereta slow2 n ikut undang2 jalan raya'...tapi kan macam mana la anak2 nak ikut if abah mama pun bawa kereta laju? hehehehe....parents borek, anak rintik! if sape yang pernah berpengalaman naik kereta dengan aku tuh, ketahuilah bahawa kakak aku bawa kereta lagi laju!!!!! yoooo...this is no kidding men. die bawa kereta kancil pun 140km/j!!! amazing x? aku yang kat sebelah die rasa macam nak terbang dah. kadang2 kat selekoh pun, die malas nak tekan brek...ish2....anak abah mama nih....dekat jalan kampung pun die bawa 120km/j!!!! aku bawa 80km/j je......beza jauh tuh...

tak nak la cite pengalaman kakak aku, nak cite pengalaman aku...first time ayah aku nek keta dengan aku, tangan die kat handbrake je....aku pun tak tau nape...lastly, aku tnye la die, 'abah, bakpo pege handbrake sokmo tuh?'...then ayah aku cakap sebab aku bawa kereta laju sangat...'eh, laju? kakye bawa 80km/j jah nih..laju kok mana nyo?' ayah aku tak caya...so die tengok meter...n betullah aku bawa 80km/j..tapi die rasa laju...abah2.....eh, tapi bukan ni yang aku nak ceritakan.!!!

ni baru cerita yang betul. if kat malaysia, perasan tak if ada orang yang nak melintas jalan, kita makin laju nak bawa kereta? kenapa ye? macam nak langgar terus je pelintas jalan tuh. ni berdasarkan pemerhatian aku la. aku pernah je buat macam tu sebab nak rasa feeling die macam mana. tapi tu la, rasa cuak ada la, sebab takut  langgar orang tu. tapi if orang tu tengok kiri kanan, tak kena langgar la, but then if fie menonong je lintas jalan, haaaa, siap sedia la korang. satu lagi, untuk orang yang nek moto, ko kalu nak nek moto kan, tak payah la ajak kawan2 buat satu line penuh kat depan tuh!!! aku paling menyampah gile dengan orang yang tak sedar diri nih. time klimaks die bile nk gi bazar ramadhan. haaa....apsal ko x bawa je geng2 sepupu sepapat ko biar semua buat line atas jalan tuh, ye la, jalan tu ko punya kan. kereta smua jadi blok kt belakang. aku tau la ko tuh laki, tak payah masak kat rumah, aku ni perempuan, nak kejar masa. ni la stereotype kt mesia, tak leh tengok perempuan bawa motor o bawa kereta....banyak kali dah aku rasa macam nih....ni gak la sebab2 utama nape aku tak nak bawa kereta masa lesen P dulu.. 2 tahun kot lesen P tuh. 2 tahun jugak la aku tak nak bawa kereta. sebabnya bila nampak je orang bawa kereta yang ada tampal P, akan ada la driver lain yang kacau. bila kat traffic, saje duk dekat2 kt belakang kereta nak kasi cuak orang yang baru bawa lesen. 

aku pernah racing dengan avanza. punya la sakit hati. menyampah betul dengan driver yang berperangai macam nih. cuba berperangai elok sikit, ni jalan raya kot, kena ada sikap jalan raya. sampai je umah aku cerita dekat ayah aku. ayah aku senyap je la...rupanya2 ayah aku pun buat benda sama. kadang2 ego bila tengok driver perempuan potong kereta. if aku kat sebelah, memang aku marah la kat ayah aku, bakpo yang pelik gitu mo? ikut dio la nk potong keto pun.'...sebab nanti orang akan buat benda sama kat aku :(

satu lagi, bila berlaku kejadian eksiden...masyaallah...memang perempuan yang akan dipersalahkan eventhough tu laki punya kesalahan!!! cisss...ni memang berlaku kat aku!!!! aku pernah eksiden sebab orang langgar aku dari tepi...cuba bayangkan jalan tengah jammed, kelajuan kereta time tuh 80km/j....maintain je sebab jammed yang bergerak...tiba2, BOMMMMMMMM!!!!!!! tayar kereta aku pecah. mula2 tuh, aku ingatkan bunyi apa la...sebab perit telinga aku. aku tak tau nak describe macam mana perasaan time tuh. tapi bila berlaku kejadian tuh, aku teringat ayah aku pesan, ' kakye, gapo2 jadi, tangan kakye keno gagah pege stereng. jange lepas stereng. sebab if x gagah pege stereng, kereta akan berputar n terbalik'....disebabkan dalam kereta tu ada adik2 aku, memang aku pk adik2 aku je, apa jadi kt aku ni xpela janji diorang selamat. so memang aku pegang stereng kuat2...mesti korang tanyekan macam mana aku buleh pegang stereng kuat2 kan? sebabnye bila nampak kereta tuh, aku dapat sense akan eksiden lepas nih, sebab aku tengok cara die bawak. die dari tepi nak masuk jalan straight, tapi selekoh tu berbukit sikit. if x reti balance clutch n minyak, kereta akan naik turun. so bila kereta aku lalu depan kereta die, die terlajak lepas clutch n terus tekan minyak..apa lagi? selamat la bumper, lampu depan n tayar sebiji. aku terfikir if aku x kuatkan tangan kat stereng, kereta aku akan masuk side sebelah sana yang berkelajuan sama n....tak nak la pk apa yang jadi :(

tu la, persepsi orang malaysia bila tengok orang perempuan bawa kereta :( n aku adalah salah seorang mangsanya....malam eksiden tuh, tangan aku bengkak n tak leh nak angkat langsung... :( 

dah, panjang pulak cerita nih.

2. FRANCE

kat france ni, bawa kereta terbalik kat malaysia. driver die sebelah kiri. kat sini, bila nampak je orang nak jalan kaki, memang diorang akan stop kereta. good kan? tak membahayakan nyawa mana2 pihak. kereta laju pun akan stop. tapi tu kat besancon la. situasi kat paris plak lebih kurang sama je kat malaysia sebab orang nak kejar masa kan. bila bawa kereta kat sini, rasa macam lagi berhemat je sebab orang lain pun macam tuh...bila aku bawa kereta kat sini, nampak je orang lalu, memang automatik akan stopkan kereta.tapi kat mesia, if aku buat macam tuh, ada orang yang keno hon nanti. teringin gak nak buat macam tu kt mesia, tapi kalaulah semua orang buleh faham. pejalan kaki pun ada hak die gak. cite pasal pejalan kaki nih, time cuti summer ari tuh, aku lupa plak yang aku ni kat malaysia, so aku lintas je jalan macam tuh, nasibla kawan aku sempat tarik aku...kalau x, dah rumah tiang dua dah aku nih. ye la, kereta n moto tengah laju, aku plak x perasan...thanks to sha! :)

kat sini, aku tak rasa lagi sterotype macam kat malaysia tuh....huhs...next year dah balik malaysia dah...mesti aku akan rindu stop kereta bila nampak pejalan kaki... :( will miss those moments. tapikan, kat france la buleh rasa nak bawa kereta2 mahal..hahahaha...sebabnya bila sewa kereta, akan dapat kereta yang best2 je, sedap bawa untuk dibawa laju. kat mesia nanti susah nak rasa naik kereta mahal. hehehe

ok la dulu cerita untuk hari ini.sekian from penulis yang terkehel leher!!! sakitnyeee..

ps : makan painkiller buleh rasa ok x leher?

Saturday, December 3, 2011

updet apa ek

hai pembaca2 sekalian. aku sebenarnya tak tau nak updet apa. tapi aku nak gak tulis blog. saje2 curi masa time semua orang busy siapkan dossier. erm...tak lama lagi tahun 2011 akan meninggalkan kita n tahun 2012 bakal menjelma...well2, apa perancangan untuk tahun baru nih? mesti semua orang dah ada perancangan kan? aku? ish...belum ada lagi...ye la, yang tahun ni punya pun tak semua tercapai lagi. so mebi aku still dengan azam lama. tapi aku takut untuk hadapi tahun 2012 nih...sebab banyak janji2 palsu yang orang beri tapi last skali hancur berkecai. bon, kita lupakan apa yang berlaku. just yang dah berlalu tu jangan dikenang. biarkan ia berlalu pergi.

first exam aku is 12 dec nih. lagi berapa ari ek? eh, malas la nak kira. nanti aku cuak. last sekali sampai sakit kepala. so biar je la aku tranquil2 macam nih ^_^ then after that CUTI! fuh...tak sabarnye aku. dan tak sabar gak aku nak gi RDH! RDH? RDH ni ialah rendez vous d'hiver yang akan berlangsung dis disember time cuti. aku tak kira la orang nak kata aku ni baik ke apa, yang penting, aku nak gi RDH sebab nak jumpa ramai orang! aku ni suka je jumpa orang2 ni tambah2 orang yang seagama n senegara! pelik gak, time aku nak gi RDH semua orang tanya, n buat muka pelik. tapi bila aku buat benda jahat, tak de la plak orang tegur. yang jahat plak nampak baik, n yang baik nampak jahat. 

tapi cuti bulan 12 ni memang tak plan pape. aku nak plan untuk cuti after exam next year! hehehe...harapnya plan aku akan berjalan lancar.amin!

apa lagi nak taip? erm...nak bagi nasihat la. iman kita ni naik turun. bile kita di atas, jangan lupa yang di bawah. bila kita di atas, jangan sombong ego etc. tapi once dibawah, jangan kau selalu dibawah. berusaha la untuk naik kembali ke atas. support kawan2 tu memang penting. kata orang, if nak tengok diri kita macam mana, tengok la dengan sape kita berkawan. kawan itu adalah cermin diri kita. ni nasihat untuk diri sendiri gak. if nampak aku macam tak betul sikit tuh, sila lah tegur ye wahai kawan2.

manusia ni pelbagai ragam. so sekarang ni aku tengah bersabar dengan certain manusia. cukup la dengan pening kepala last week. dengan mimpi ngeri lagi...tapi alhamdulillah mimpi ngeri tu dah x kacau malam2 aku...syukur sangat2. memang mainan tidur je, tapi bila asyik mimpi benda sama banyak2 kali, jadi gila last sekali! kalau ada sape2 yang tak puas hati dengan aku, sila jangan segan silu gitau. mana ada manusia perfect. if malu nak cakap face to face, haaa.....private mesej. macam mana? kat facebook o gugel plus la. :) 

ps : doakan luka di jari aku cepat sembuh...siyess...rindu dengan jari yang sihat walafiat! :( dah sebulan macam nih....


Friday, November 25, 2011

s.t.r.e.s.s



minggu ni minggu paling teruk bagi aku. ari isnin, rabu n jumaat satu hari aku tak gi kelas... =_=' semua ni gara2 aku sakit kepala yang amat sampai muntah2...ni bukan keracunan makanan o watsoeva. bukan gak sebab bulimia ke apa. tapi ntah la, sebab aku terlalu banyak sangat fikir kot...aku memang macam nih...gaya pk kalah menteri2 kat jabatan perdana menteri...biasalah, ada otak mestilah kena guna...pk masalah umat insyaallah... si c'est vrai... :)

tapi tu la, tak best sebab lepas makan akan rasa loya2...kalah orang pregnant...aduii...kawen pun belum tapi dah loya2...apa kes nih....stress sebab stadi n environment kot... tu la punca stress aku...dengan kejadian2 mimpi lagi...aduiii...ya Allah, bantulah hambaMu ini...

try dah kurangkan dari berfikir tapi tu la....kenot ma..... ;(

ps : gi farmasi beli ubat tahan muntah boley ka? hahaha

Tuesday, November 22, 2011

ever n ever







sedih sangat bila tau wujud gak word 'friend for benefit' :( ....faham je kan maksud tuh? maksud die, orang just akan cari kita bila die memerlukan something which is kite je yang ada something tu. bila dah dapat, diibaratkan habis madu sepah dibuang. macam ni ke perangai kawan? macam ni ke patut a friend shud be? memang kat dunia ni sangat susah untuk cari kawan time susah. kawan time senang tu pun berlambak lambak. kita tak cari pun dah dapat kawan jenis macam tuh. tapi kawan bila susah nih, sangat susah untuk cari :( if i ever jadi kawan jenis macam nih, do tell me ok? aku try berubah. sebabnye kita tak akan sedar perangai kita yang sebenar melainkan kawan2 la yang akan tegur kekurangan kita nih. 

tapi yang lagi sedih, bila orang tu memilih plak kawan :( apa nih? aku tak layak ke jadi kawan kau? apa ciri2 yang ko nak pada seorang kawan tuh? cantik? tinggi? lampai? pandai? orang bandar? if those ciri2 la ko cari dalam diri aku, minta maaf sebab memang ko tak akan jumpa satu pun ciri2 tu dalam diri aku. yang aku ada hanyalah menjadi pendengar setia n penghibur tika kau lara...tapi tu pun masih tak mencukupi untuk dirimu wahai sahabat.....

paling sedih, bila orang pilih nak berkawan dengan aku sebab aku join usrah.... :( apa bezanye join dengan tak join usrah? what make the difference between you and me? sebab aku join usrah, ko tak nak kawan dengan aku? :( ni memang aku sedih. apa yang ko pandang dengan word 'usrah' tuh? ko rasa usrah tu terlalu keagamaan ke? kawan, sahabat, ko berkawan la dengan aku for who i am, bukan for what i am doing. siyes, apa yang aku rasa sekarang ni terlalu bercampur baur la sesangat. nak cakap aku ni alim, tak de la alim sangat. aku tau sape diri aku yang sebenar, tapi bila ko memilih untuk menolak aku ke tepi, trust me, aku lah orang yang paling sedih time nih!!!! ke memang wujud KAWAN TOUCH N GO? if betul2 la wujud istilah nih, then someone please make me understand yang dunia ni sangat kejam. tak semua orang atas dunia ni baik. tapi, aku susah nak anggap orang tu jahat melainkan orang tu betul2 buat jahat kat aku. 

ps : ......................................................jangan fikir apa yang orang akan offer kat ko, tapi fikir la apa yang ko akan offer kat orang.................sekian. 

Sunday, November 20, 2011

lambat betul updet









cuba dengar betul2 cara orang kat perancis ni takbir raya. lain dari malaysia n yang penting, tak berlagu macam kat malaysia. tapi kan, ni last raya dah kat perancis. next year will be kat malaysia dah. tak tau la nak cakap apa perasaan time nih. tapi tu la, raya di perantauan ni merupakan pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sampai bila2. setuju tak? tak semua orang diberi peluang beraya di perantauan. 

pagi2 raya, call family untuk tanya khabar. then, gi masjid untuk solat raya. then, balik rumah. kemudian, join barbecue yang orang arab anjurkan. tu je la, kadang2 gi ziarah rumah kawan2 sebab nakkan suasana raya tuh. kalu rajin terlebih, akan ada orang yang buatkan kuih muih n masak2. 

tapi kan, korban kat sini tak sama dengan korban kat malaysia. if kat malaysia, lembu akan digunakan untuk korban, tapi kat sini diorang guna lamb, which is rasanya bebiri la kot. entah la, jenis2 kambing macam tu la. sini jarang sekali korbankan lembu. so bila raya haji, akan dapat banyak sangat daging korban. berpuluh2 kilo. so lastly kitorang decide untuk masak sikit2 as in jamuan kecil la utk malaysian kat besancon nih. tapi, bila dah namanye daging kambing, lepas makan tu, kepala PENING!!!! habis je makan, aku tido sampai malam sebab nak hilangkan pening tuh. fuhhhh...minggu raya haji hari tuh, aku buleh katakan every day makan daging kambing, sampai setiap orang pun nampak macam kambing dah. hahahahaha...buleh katakan minggu kambing! kuikuikuikuik ^_^ 

Saturday, November 5, 2011

raya last di Besac!

erm..hari tu masa cuti summer...tiba2 adik aku cite......

kaktam : mu tau dok kakye, masa mu tepon time raya haji ari tuh, hok mu suruh abah takbir tuh, sebenarnyo abah tido doh?

kakye : eh???? abah tido? tu abah takbir molek ko aku dale tepon tuh gano?

kaktam : sebab abah tau mu nangis la..sebab tu la abah sanggup bangun tido.mama pun ado sekali.

kakye : laaa....mana la kakye tau....

ingat lagi, time tu first year sampai sini...aku dengar je abg Faiz takbir, air mata aku nonstop keluar....abah mama, kakye rindu ;( uwaaaa....basah baju aku time tuh. nasib sebelum tu abah dah takbirkan untuk kakye kat tepon...huhhuhuuhuhu...tak tau nape, pelik beraya without family. pelik bila tak masak2 dengan kakak dan adik2 aku. pelik bila tak main mercun, even aku tak leh main mercun ( larangan keras from both of my parents sebab aku lelah ) , pelik bila pagi raya tak gi surau, berebut tempat pulak tu dalam surau....pelik bila bukak mata di pagi raya, tak nampak muka family aku... :( sedihhhhh......

nasib tadi sempat skype dengan adik aku...aku suruh die on skype, sebab nak tengok muka family aku sorang2...bila adik2 aku balik umah je aku buleh tengok muka parents aku...sebab ayah aku tak reti tenet2 nih...yang die reti rugby je...makan tido rugby..hahaha..abah jange maroh kakye deh..ilek2 sudoh. nanti kakye tolong abah deh balik nanti ^_^ mak aku plak, reti je tenet nih, tapi tak reti nak skype. last2, aku pesan kat adik aku jer. senang.

ingat lagi satu perbualan dengan ayah aku..time tu aku nak apa ntah, aku pun tak ingat. aku ni jenis bila nak something, ouhhh memang aku nak jugak! no matter what. so alkisahnye ayah aku tak nak kasi...

kakye : abah, kakye nak tubik ( as for example, sebab tak ingat dah nak apa )

abah : nk gi mana plok? tubik sokmo mu nih.acu duk umah gak etek.

kakye : la.....kakye nok gi jupo sae kakye.

abah : tak leh. duk umah. 

kakye : kalu abah tok wi kakye tubik, kakye tok se doh gi amik adik kat skoloh, abah gi beli diri minyok, abah bayar diri duit keto.

abah : eh?? ( nada terkejut )

kakye : nok kunci keto

abah : amik la...kelik awal sikit. reti doh ugut loni deh ( muka ayah aku nak tergelak sebab tengok aku ugut die cam tuh. sebenarnye aku ugut main2 je, tapi tu la...hahahah )

kakye : ho la2...

now, memang time cuti je nak spend masa dengan family. mak aku pernah cakap dekat aku yang aku selalu sangat keluar rumah, tapi aku keluar pun area KB, Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh, tapi tu pun sebab atas urusan kerja. ye la, gi KB sebab nak bayar duit kereta, gi Machang sebab nak bank in duit kat angah etc2, gi Pasir Puteh sebab hantar anak kawan mama, gi Kuala Krai sebab nak gi klinik gigi....semua tu bukan saja2 keluar....

ishhh...sedih la macam ni...asyik ingat family je :( meraung r macam nih. erm...aku bukan anak manja tapi aku rindu family aku!!!! mana ada orang yang tak rindu family die. ikut hati, nak je kol sekarang!!!!! abah mama!!!!! kakye nak tepon nih!!! damn it. nak kelik klate loni gok!!! uwaaaa....tapi tok leh.

tak po...sabar2...abah, nanti male esok kakye tepon abah, abah takbir ko kakye deh?

hahaha...ingat lagi raya puasa hari tuh...ayah aku beli mercun yang meletup kat langit tuh.aku tak ingat nama die. abah pun join main mercun. tapi abah main mercun steady. ore lain main mercun berdiri, abah main mercun duduk jah. hahaha...kakye nak steady n cool macam abah la.mama tak leh nak join sebab mama busy kat dapur.eh sebenarnye aku, along n abah n iqbal je yang main mercun. yang lain masak!!!! hahahahaha. ok, aku sorang je perempuan yang main mercun. hahaha..peduli hapa aku, lama dah tak main mercun. lelah tak pe, inhaler ada. sebenarnya, lelah aku tak de la teruk mana. ikut suka dia je nak datang serang aku bila.sebab tu aku tak leh nak apa yang aku tak leh.kadang2, aku tak leh minum milo, kadang2 buleh. sebab tu aku hentam je semua benda, sebab aku tak tau bila lelah tu nak serang.



 jom tembak


 abah mama


 along mesti kalah setiap kali wrestling ngan kitorang.hahahahaha


1 big family.

selamat hari raya aidiladha untuk semua. andai ada terkasar bahasa tersilap bicara, saya selaku Nurul Amalina Mahmad Kamel memohon maaf atas segala salah silap selama ini. 

ps : Allahuakbar 3x


Monday, October 31, 2011

subhanallah.cntik.gorgeous.































































ciptaan Allah itu cantik. gambar2 ni diambil di Nimes dan Montpellier. jadi, jom kita menikmati keindahan alam sekitar sementara masih ada nafas. 

ps : erm....tiba2 rasa nak gi Ireland dan UK....ada sape2 nak gi sana tak?
ps2 : kawan2 aku cakap, bila aku ambil gambar, aku suka cut sana cut sana...well2, masing2 ada cara tersendiri kan untuk amik gambar? tu la namanya seni.hehs