exam dah habis...rasa free n bebas gile!!!! time yang aku tunggu2, yang aku nanti2kan... ^___^ big smile sikit nak tunjuk aku happy..hehehe...well2, macam ni la life student. if dah keje, tak de dah exam smua2 nih, yang ada cuti je...sebab tu la kena profite betul2 masa bila bergelar student nih...eh, sebenarnye bukan ni yang aku nak cite, tapi benda lain...haaa...benda apakah itu? aku just nak citekan pengalaman aku bawa kereta di dua negara berbeza jer....iaitu di france n malaysia...
1. MALAYSIA
ayah n mak aku selalu pesan dekat anak2 die, ' abah mama nak anak2 abah mama bawa kereta slow2 n ikut undang2 jalan raya'...tapi kan macam mana la anak2 nak ikut if abah mama pun bawa kereta laju? hehehehe....parents borek, anak rintik! if sape yang pernah berpengalaman naik kereta dengan aku tuh, ketahuilah bahawa kakak aku bawa kereta lagi laju!!!!! yoooo...this is no kidding men. die bawa kereta kancil pun 140km/j!!! amazing x? aku yang kat sebelah die rasa macam nak terbang dah. kadang2 kat selekoh pun, die malas nak tekan brek...ish2....anak abah mama nih....dekat jalan kampung pun die bawa 120km/j!!!! aku bawa 80km/j je......beza jauh tuh...
tak nak la cite pengalaman kakak aku, nak cite pengalaman aku...first time ayah aku nek keta dengan aku, tangan die kat handbrake je....aku pun tak tau nape...lastly, aku tnye la die, 'abah, bakpo pege handbrake sokmo tuh?'...then ayah aku cakap sebab aku bawa kereta laju sangat...'eh, laju? kakye bawa 80km/j jah nih..laju kok mana nyo?' ayah aku tak caya...so die tengok meter...n betullah aku bawa 80km/j..tapi die rasa laju...abah2.....eh, tapi bukan ni yang aku nak ceritakan.!!!
ni baru cerita yang betul. if kat malaysia, perasan tak if ada orang yang nak melintas jalan, kita makin laju nak bawa kereta? kenapa ye? macam nak langgar terus je pelintas jalan tuh. ni berdasarkan pemerhatian aku la. aku pernah je buat macam tu sebab nak rasa feeling die macam mana. tapi tu la, rasa cuak ada la, sebab takut langgar orang tu. tapi if orang tu tengok kiri kanan, tak kena langgar la, but then if fie menonong je lintas jalan, haaaa, siap sedia la korang. satu lagi, untuk orang yang nek moto, ko kalu nak nek moto kan, tak payah la ajak kawan2 buat satu line penuh kat depan tuh!!! aku paling menyampah gile dengan orang yang tak sedar diri nih. time klimaks die bile nk gi bazar ramadhan. haaa....apsal ko x bawa je geng2 sepupu sepapat ko biar semua buat line atas jalan tuh, ye la, jalan tu ko punya kan. kereta smua jadi blok kt belakang. aku tau la ko tuh laki, tak payah masak kat rumah, aku ni perempuan, nak kejar masa. ni la stereotype kt mesia, tak leh tengok perempuan bawa motor o bawa kereta....banyak kali dah aku rasa macam nih....ni gak la sebab2 utama nape aku tak nak bawa kereta masa lesen P dulu.. 2 tahun kot lesen P tuh. 2 tahun jugak la aku tak nak bawa kereta. sebabnya bila nampak je orang bawa kereta yang ada tampal P, akan ada la driver lain yang kacau. bila kat traffic, saje duk dekat2 kt belakang kereta nak kasi cuak orang yang baru bawa lesen.
aku pernah racing dengan avanza. punya la sakit hati. menyampah betul dengan driver yang berperangai macam nih. cuba berperangai elok sikit, ni jalan raya kot, kena ada sikap jalan raya. sampai je umah aku cerita dekat ayah aku. ayah aku senyap je la...rupanya2 ayah aku pun buat benda sama. kadang2 ego bila tengok driver perempuan potong kereta. if aku kat sebelah, memang aku marah la kat ayah aku, bakpo yang pelik gitu mo? ikut dio la nk potong keto pun.'...sebab nanti orang akan buat benda sama kat aku :(
satu lagi, bila berlaku kejadian eksiden...masyaallah...memang perempuan yang akan dipersalahkan eventhough tu laki punya kesalahan!!! cisss...ni memang berlaku kat aku!!!! aku pernah eksiden sebab orang langgar aku dari tepi...cuba bayangkan jalan tengah jammed, kelajuan kereta time tuh 80km/j....maintain je sebab jammed yang bergerak...tiba2, BOMMMMMMMM!!!!!!! tayar kereta aku pecah. mula2 tuh, aku ingatkan bunyi apa la...sebab perit telinga aku. aku tak tau nak describe macam mana perasaan time tuh. tapi bila berlaku kejadian tuh, aku teringat ayah aku pesan, ' kakye, gapo2 jadi, tangan kakye keno gagah pege stereng. jange lepas stereng. sebab if x gagah pege stereng, kereta akan berputar n terbalik'....disebabkan dalam kereta tu ada adik2 aku, memang aku pk adik2 aku je, apa jadi kt aku ni xpela janji diorang selamat. so memang aku pegang stereng kuat2...mesti korang tanyekan macam mana aku buleh pegang stereng kuat2 kan? sebabnye bila nampak kereta tuh, aku dapat sense akan eksiden lepas nih, sebab aku tengok cara die bawak. die dari tepi nak masuk jalan straight, tapi selekoh tu berbukit sikit. if x reti balance clutch n minyak, kereta akan naik turun. so bila kereta aku lalu depan kereta die, die terlajak lepas clutch n terus tekan minyak..apa lagi? selamat la bumper, lampu depan n tayar sebiji. aku terfikir if aku x kuatkan tangan kat stereng, kereta aku akan masuk side sebelah sana yang berkelajuan sama n....tak nak la pk apa yang jadi :(
tu la, persepsi orang malaysia bila tengok orang perempuan bawa kereta :( n aku adalah salah seorang mangsanya....malam eksiden tuh, tangan aku bengkak n tak leh nak angkat langsung... :(
dah, panjang pulak cerita nih.
2. FRANCE
kat france ni, bawa kereta terbalik kat malaysia. driver die sebelah kiri. kat sini, bila nampak je orang nak jalan kaki, memang diorang akan stop kereta. good kan? tak membahayakan nyawa mana2 pihak. kereta laju pun akan stop. tapi tu kat besancon la. situasi kat paris plak lebih kurang sama je kat malaysia sebab orang nak kejar masa kan. bila bawa kereta kat sini, rasa macam lagi berhemat je sebab orang lain pun macam tuh...bila aku bawa kereta kat sini, nampak je orang lalu, memang automatik akan stopkan kereta.tapi kat mesia, if aku buat macam tuh, ada orang yang keno hon nanti. teringin gak nak buat macam tu kt mesia, tapi kalaulah semua orang buleh faham. pejalan kaki pun ada hak die gak. cite pasal pejalan kaki nih, time cuti summer ari tuh, aku lupa plak yang aku ni kat malaysia, so aku lintas je jalan macam tuh, nasibla kawan aku sempat tarik aku...kalau x, dah rumah tiang dua dah aku nih. ye la, kereta n moto tengah laju, aku plak x perasan...thanks to sha! :)
kat sini, aku tak rasa lagi sterotype macam kat malaysia tuh....huhs...next year dah balik malaysia dah...mesti aku akan rindu stop kereta bila nampak pejalan kaki... :( will miss those moments. tapikan, kat france la buleh rasa nak bawa kereta2 mahal..hahahaha...sebabnya bila sewa kereta, akan dapat kereta yang best2 je, sedap bawa untuk dibawa laju. kat mesia nanti susah nak rasa naik kereta mahal. hehehe
ok la dulu cerita untuk hari ini.sekian from penulis yang terkehel leher!!! sakitnyeee..
ps : makan painkiller buleh rasa ok x leher?
No comments:
Post a Comment