kalau dah berniat nak buat perkara baik tuh, jangan la fikir dua kali, sebab kali ke 3 anda fikir, anda akan tak jadi buat baik. sape yang pernah terjadi perkara ni kepada dia? as for me, sometimes, I do think twice untuk buat baik, ye la, takut orang kata macam² seperti, alah, saje r tu nak tunjuk baik etc². tapi lepas lama² fikir, aku cam rasa pelik dan janggal plak sebab fikir banyak kali nak buat benda baik hahahahaha. lain la kalau nak buat benda jahat tuh.
this time, aku nak share pasal benda yang berlaku betul² depan mata aku. masa tengok nih, hampir menitis gak air mata tapi aku tahan je ( hati sayu ). hari sabtu ari tuh (kepada sape² yang pernah terbaca status aku pasal pergi basuh kereta tapi lupa nak bawa duit), aku hantar kereta ke kedai untuk dibasuh. masa tuh kol 6 ptg dh, orang kata x elok basuh lewat petang sebab akan cepatkan proses pengaratan berlaku, ye la, sebab dah tak de cahaya matahari untuk keringkan kan? aku bertekad untuk basuh kereta sebab kereta dah sangat kotor, sampai tak lalu untuk naik dah.
nak jadi cerita, pergi lah hantar mak dulu kt rumah sepupu dia. sepupu dia pun suggest la pi basuh kat kedai nih. yang terkejutnya, orang yang basuh kereta aku ialah makcik yang berusia around 40 dengan sorang anak dia. time aku tengok makcik nih, luluhnya hati aku....sedih teramat. sanggup membasuh kereta demi mencari sesuap nasi. selalunya, orang lelaki yang basuh kereta kat kedai, sebab pekerjaan ni dianggap hanya untuk kaum adam.
anak makcik tu yang gigih mengelap kereta aku. memang cekap menandakan dah banyak kereta dia basuh
nak jadi cerita lagi, duit aku tidak mencukupi untuk bayar duit basuh kereta which is RM18 ( paling mahal setakat nih untuk Adam aku ). so tu cite len, finally memang ada duit la untuk bayar.
yang betul nak share ialah tiba² sorang pakcik aiskrim ni stop depan kitorang la. I supposed he is the husband of that aunty but i was wrong. Pakcik ni datang hanyalah untuk memberi dua cawan aiskrim kepada makcik dan anak dia.... :'( sedangkan pakcik yang jual aiskrim tu pun mampu memberi aiskrim dengan percuma kepada mereka yang tidak mampu, apatah lagi kita ni yang hidup dengan penuh keinginan? :'(
Masa aku tau aku tak cukup duit untuk bayar basuh kereta tu, aku ingatkan nak bayar je RM 14 tu, ye la, sebab memang dah tak cukup duit kan, lagipun time tu aku fikir, makcik ni gila mahal bagi harga untuk basuh Adam aku. then tiba², Allah gerakkan hati untuk cukupkan jugak duit sebanyak RM18 tuh. tetiba, sape sangka kejadian seperti ini berlaku depan mata. serius, I feel humiliated sangat² sebab berkira nak bayar balance lagi RM4 tuh :'( ya Allah, kedekutnya aku nak share rezeki yang Engkau bagi ni dengan hambaMu yang lain :( takburnya aku nih!
then makcik tu plak basuh kereta memang tip top la. semua sudut dia lap. :( ya Allah, memang tak bersyukur sangat kan aku nih??
ps : balik rumah dalam keadaan yang sangat malu dengan pakcik aiskrim