dah larut malam masa aku tulis nih. hajat di hati mau tido, tapi selagi tak tertulis apa yang aku nak tulis nih, tidor tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah...melebih² plak :) hehehehe
takde lah, sebenarnya nak share something dengan antum ( amik ko bahasa arab plak ) semua. selalu apa yang kita baca status² di facebook? boleh recap balik tak? macam ni lah, dalam friend aku kat facebook, boleh tengok pelbagai ragam jenis manusia. dari jenis yang tak leh duk sorang² kepada la jenis yang tahap ego tinggi gile nak mati. antara yang naik dekat homepage aku :
1. ari ni tak de awek² cun yang nak kacau aku?
2. saya harap awak mengerti kenapa perpisahan yang saya pinta :(
3. apa gosip hari nih?
4. hai syg, syg dah mkn?
5. alamak, ngantuk la plak pagi nih...
6. sori semalam tak dapat nak kol awk sbb trtido awal.
7. selamat pagi kasih, juga selamat pagi cinta
8. etc²
ada jugak yang update status² yang menambahkan iman bila kita baca. tak semua jenis update status ngarut². tapi, jenis aku nih, if orang tu jenis update status ngarut², senang je, right click n hide terus je semua publication die. bukan apa, tak semua orang nak tau apa benda yang berlaku dalam hidup kita. kalau dari dalam kelambu sampai ke luar kelambu, semuanya nak canang kat fb, susah lah hidup macam nih. ke guane?
kadang², bile bc status orang nih, kita akan termengumpat orang tu kan? entah apa la budak nih, updet status macam ni and so on...so jenis yang bila aku baca status orang tu je, akan terdetik niat umpat tuh, tu pun aku hide gak :) untuk elakkan dosa.... if tu je cara untuk elakkan mengumpat, i'll do it :)
jadinya, apa yang aku nak share sebenarnya nih? ermmm...umur makin meningkat. pengalaman makin banyak. gembira sedih semua dah dilalui. biasanya, umur² cenggini, normal la soalan² cepumas tu kan? hehehe apa die soalan tuh? haaaaaa....antaranya bila nak kawen? bile nak kerja? ko dah ada calon? dan macam² lagi. so, yang aku nak point di sini ialah :
1. bagi orang yang dah nak kawen
selalu kita akan panggil bakal pengantin kan? bila dah nak kawen nih, kadang² setahun sebelum tarikh tuh, macam² dah siapkan. tempah baju etc²...kalau boleh, nak majlis sehebat n seperfect yang mungkin. tak nak ada cacat celanya. ye la, bak kata orang, RAJA SEHARI kan? haaa...time ni la nak bermekap abis²an sampai jadi tepung gomak.
2. bakal cikgu
apa preparation yang kita buat untuk bergelar bakal cikgu nih? sure lah kita kena ada methode yang mantap². kena ada skills bak kata orang kampung. tak de skills, tak best la sebab nanti takut student tidur. nak jadi cikgu ni pun, bukan senang. 6 tahun pengajian dulu, praktikal lagi etc². ingat senang nak jadi tenaga pendidik? hishhhhh...kalau apa yang kita ajar tu salah, macam mana? ada otak, fikir sendiri.
3. bakal dapat anak
bagi yang dah kawen, sure la akan dapat anak. tapi abnormalnye kat Malaysia, tak akad lagi, dah ada anak...nauzubillah. bon, lupakan hal tu. fokus kepada yang dapat bakal anak. sure parents bukan main hepi dan kalau boleh once baby tu lahir, nak adakan majlis besar²an tambah² kalau tu anak first. macam² yang dibuat.
tapi...tapi....mesti kita semua lupa kan yang kita semua ni bakal jenazah...? apa preparation yang kita buat untuk alami alam yang satu lagi? beli baju banyak²? tak leh, dalam tanah tu nanti, sekaya mana pun, akan pakai kain kapan. berbeza dengan bakal pengantin, diorang dah tau bila tarikh akad etc²...tapi, masa meninggal nih, kita even tak de hint pun...so bakal² jenazah sekalian, dah siap dah preparation anda untuk alami alam yang lagi satu tuh? masih belum terlambat untuk membuat preparation sebaik mungkin. kalau kita boleh buat preparation untuk kawen etc² sebaik mungkin, kenapa tidak untuk yang ini?
( aku terbaca status seorang kawan aku kat fb...'wahai bakal jenazah sekalian, dah solat subuhkah anda?' )
ps : muhasabah diri....baiki mana yang kurang...