usia semakin meningkat. bukan lagi zaman kecik² dulu di mana setiap keputusan, parents yang tentukan. setiap kali ada masalah, memang parents yang setel down kan. ye la, kecik² apa je tau. ye dok?
to those yang tak berapa kenali si penulis or admin blog nih, mari lah kenali diri beliau hehehe
1. paling tidak suka benda melekit². if tangan terkena air manis sikit, bulu meremang satu badan.
2. tidak boleh shopping untuk jangka masa yang lama. and it is prouven by my fren. hehehe...siyes, aku suka je tengok barang² kat kedai, tapi untuk shopping sampai berejam² tu memang tak boleh la. paling lama aku boleh ialah 2 jam. yes, 2 jam. sebab kalau lebih dari limit tuh, kaki aku akan bengkak n sakit kepala mula menyerang.
3. seseorang yang tak boleh tengok barang² sepah. certain org suka sepahkan barang². ok, aku ok jer dengan orang yang suka sepah²kan barang² nih, but plis la, lantai tu sila bersapu. nak campak baju atas lantai ke, atas kipas ke, aku tak kisah tapi untuk lantai tak bersapu, me cannot go maaaa sebab aku mempunyai kulit yang agak sensitif :( so kadang² kulit muka aku nih alergik dengan habuk² n debu²..
4. seseorang yang tidak tahan masalah. ^___^ jangan disangka luaran nampak macho, tapi percaya lah bahawa saya merupakan seseorang yang tidak mampu menguruskan emosi apabila bermasalah. when i am in trouble, aku akan cuba sedaya upaya untuk lari daripada masalah itu. yeah, that's not good rite? kalau cam tuh, to my futur husband who ever he is, bear in mind ye :) sila bersabar dengan saya
5. seorang yang menepati masa.kata orang, melayu selalu lambat. jadi, jadilah melayu yang tepati masa. aku agak bengang dengan orang yang tak tepati masa nih. sebabnye apa? masa orang yang menunggu tu membazir begitu saja. try to be puncture :) kalau ada masalah di tengah jalan, xpe gak. ni dak, memang dah sikap tak tepati masa. ok, aku tak suka laki jenis cam nih.
6. bak kata kawan², aku ni jenis yang cerewet. tapi aku pun tak tau aku cerewet jenis cam ne :) ye la, diri sendiri kot. kawan tu ibarat cermin kita. so, aku percaya lah yang aku ni cerewet. :)
7. apabila aku tak dapat benda yang aku nak, biasanya aku akan menangis!!!! yeah, ini adalah kenyataan. bukan min² or tipu². this is the real me. dari kecik lagi aku macam nih. but sekarang, kurang sikit nangis tuh, tapi aku akan try dapatkan gak apa yang aku nak eventhough harga die mahal. aku pun tak tau kenapa aku macam nih, tapi terima la diri aku seadanya. if aku tak beli barang yang aku nak, akan terbawa² sampai dalam mimpi. ini hanyalah cerita betul semata². tiada rekaan.
8. ....habis dah! hehehe
so, aku rasa tu je point² penting pasal diri aku nih. I love all my friends with all my hearts. haishhh....tak lama lagi, sure sorang² akan kawen n kita dah tak akan lepak no more :( aku dah tak leh gi rumah kawan² aku bile malam. tak leh nak gedik² dah dengan kawan² aku. ye la, sebab bila diorang kawen, tak kan nak kacau umah tangga orang kan? apa lagi? kalau ada masalah, selalu gi rumah kawan or kawan datang rumah :( tapi kalau semua dah kawen??? haishhhh....aku tak ready lagi untuk kehilangan kawan² aku :( i am not ready yet...
ps : miss the good old days.
No comments:
Post a Comment