Monday, September 26, 2011

apa yang terlintas di fikiran time nih...

di kala aku keseorangan, aku akan fikirkan Allah sentiasa disisi untuk menemani.
di kala air mata hampir menitis, aku akan fikirkan Allah sentiasa ada disisi untuk memujuk.
di kala aku kecundang, aku akan fikirkan Allah ada disisi untuk refill balik semangat aku.
di kala aku alpa, Allah sentiasa turunkan ujian supaya aku kembali mengingatiNya.
di kala aku hampir berputus asa, Allah datangkan sahabat2 kepada aku untuk terus mengharungi jalan ini.
di kala aku dalam keadaan yang amat marah, aku sentiasa ingat bahawa itu adalah syaitan, bukan Allah.
di kala aku terkontang kanting dalam hidup, Allah datangkan petunjuk.
di kala aku ditinggalkan, Allah sentiasa ada disisi memujuk hati ini.

di kala aku kesenangan...aku lupa seketika kepada Allah...tapi Allah tak pernah lupa aku.....
di kala aku dihimpit kesusahan, baru aku ingat kembali kepada ya Rabb...
di kala orang lain bersusah payah mencari sesuap nasi, Allah beri aku kesenangan dengan seguni beras.
di kala orang lain bersusah payah mencari tempat tidur, Allah beri aku sebuah rumah untuk berteduh.
tetapi....
apabila aku ditimpa kesusahan, aku merintih...kenapa aku?
di kala Allah tarik nikmat sikit dari aku...kenapa aku?
di kala ditimpa penyakit...kenapa aku?
di kala aku hanya mampu mengecap bahagia seketika saja, kenapa aku?
kenapa aku yang harus mengalami semua ini?
kenapa tidak orang lain?
kenapa mest aku yang menanggung semua ini?

sebabnya Allah sayang kau malin. Allah sentiasa ingat kau even kau selalu lupa Allah. kau terlalu mudah alpa dengan nikmat yang Allah beri...sebab tu Dia tarik nikmat tu sikit supaya kau kembali merintih kepadaNya...Allah rindu untuk dengar suara kau malin. salah ke Dia nak dengar rintihan2 hamba2Nya? Malin, kau patut bersyukur, walaupun Allah tarik nikmat sikit, tapi kau still ada tulang 4 kerat untuk berusaha menggapainya kembali. bersyukurlah...malin, kau jangan cepat mengalah! kuatkan semangat dan tabahkan hati kau. dunia ni hanya sementara. yang kekal abadi hanyalah di 'sana'. jadikan dunia ni sebagai ladang akhirat kau malin. keep going! Allah tahu kau macam mana malin. so, bila dia timpakan sesuatu kat kau, kau patut tau yang Allah tau kau mampu hadapinya..

ps : tak tau nape sekejap rasa down, sekejap rasa blurrr....nerd....nak marah...nak bunuh orang...benci orang...


Wednesday, September 21, 2011

tak terURUS lagi

baru seminggu sampai france nih, banyak benda lagi tak setel. makin lama, makin serabut. dengan hal admin lagi, dengan tak de makcik yang bertugas untuk bagi surat biasiswa tu lagi!!!! heiiii...sakit pale dah aku nih...time ni la macam2 nak buat. nak fikir pun tak leh dengan otak serabut fikir banyak hal tak setel.

identity card pun tak setel lagi. keluar rumah pukul 8.30 pagi. tunggu giliran sampai kol 1030 pagi.tiba2, documents plak tak cukup.....stresssnye la aku nih. dah la insciption universiti salah bayar!!! aiyaaa...suppose bayar 4.57 euro je, tapi aku gi klik kat bayar 384.57!!! 'kaya'nya la aku nih...nak kena gi bahagian 'scolarite' plak. tapi tadi gi, tutup!!! scolarite tu tutup kol 11, aku sampai kol 11.05...sharp la kan dia tutup. 

menyampah gila nak setelkan hal2 admin kat france. aku memang tak suka. dah la kaunter nak buat IC tu bukak pagi je, petang tutup. tadi siap tak gi kelas lagi semata2 nak siapkan IC tuh, tapi habuk pun tak dapat. apesal sistem die macam tuh ek? kalau IC tu cantik tak pe gak, ni huduh je! IC mesia lagi cantik kot, siap dengan chip lagi. huh, what so ever la. 

dah tu, elektrik umah aku naik berganda2 pulak. last year, sorang bayar 30 euro je, tapi this year sorang bayar 80 euro! aduii...cam ne la nak jimat duit nih. 



ps : nak rest hujung minggu. jangan sape2 kacau aku. tido pakai lilin senang, baru jimat elektrik

Sunday, September 11, 2011

first time

dalam hidup aku, tak pernah aku benci manusia sampai tahap macam nih. now, satu family aku delete. don't ask me why. bila aku perlukan seseorang, aku hantar mesej kat facebook. sekurang2nya dua2 pihak tau full story, tapi NAN HADO! 

Friday, September 9, 2011

it's final year already maaa

adeh aduiii....dah tahun terakhir kat france nih. isnin malam bertolak ke france. patut kelas start 12, tapi biasalah, student kan, 13 hb baru nak bertolak from malaysia. kalu tengok jadual u sinin, memang totally sama kot dengan jadual u kat france. sini pun start 12 hb gak kan? well, to all students di luar sana, try your best untuk new semester nih. cuti pun dah lama, otak pun dah berkarat. so its time untuk gilapkan balik otak2 anda :) 

sebenarnya aku pun tak sangka dah final year nih. macam hidup ni kejap je. tap jeles gak dekat kawan2 sebaya yang dah habis belajar, ada yang dah keje pun. lagi, yang amik master. soooo jelezzz kay. program aku ni 6 tahun. 2 tahun preparation di malaysia + 3 tahun twinning program dengan u di france amik degree + 1 tahun amik pasal pedagogie. tua dengan mengaji jer. tapi tu la, rezeki orang lain2 kan. kadang2, rezeki ni datang dari tempat yang tak disangka2. 

tapi kali nih perasaan sedih sangat2. sebab lama sangat kut balik malaysia, dah biasa dengan adik2 sekeliling. ni cuti paling lama duk bersama keluarga. ye la, tingkatan 1 dah gi selangor. so balik time cuti sekolah je la. habis spm, terus amik lesen. then masuk matriks, then masuk IPBA. so sekarang ni memang cuti betul2 bersama family... ;( tak pe, setahun tu kejap jer kan :) mode pujuk diri sendiri.hehs.

tapi kan, dengki la dengan orang yang dah habis stadi. 

ps : master? pHD? akan dipertimbangkan


Wednesday, September 7, 2011

mode ry lg eh? :)

orang kata kalau tak kenal, maka tak cinta. tapi bila dah kenal, maka makin tak cinta ke? 
cinta pandang pertama terus jatuh ke hati, tapi kalu cinta dari hati terus ke mana? jamban?
sepatut makin kenal, makin rapat, tapi nape makin kenal, makin benci?
makin kenal, makin keluar perangai sebenar...makin kenal, makin terasa menyesal mengenali orang seperti itu.

bak kata pepatah, its better to know late than never know.bto ke? ada ek pepatah nih?
orang yang tak pernah keluar tempurung tapi bila bebas sekali, nampak habis perangai sebenar.
konon tak keluar rumah dan so on, konon nak orang fikir baik la n so on
tapi bila mengadap kaum hawa, mulut manis lebih dari madu
semua orang pun pernah kenal dengan spesis adam yang macam ni kan
dan aku pernah kenal sejenis ini dan after i know everything, aku menyesal kerana pernah kenal
tapi dari satu sudut, aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk tahu yang manusia ni pelbagai ragam
trust me, the one that nampak good looking gile2 n pandai amik hati is also the one that will break your heart the most!!! 

haishhhh...dugaannnnn....tak pernah terfikir untuk ada pengalaman macam nih...cukup la dulu aku ada kawan sejenis macam ni gak, but now pun Allah nak kasi pengalaman yang sama dekat aku. mebi sebab aku anggap semua orang atas dunia ni baik, sebab tu Allah bagi aku peringatan, yang tak semua orang atas dunia ni baik.

untuk apa menangis untuk spesis adam yang jenis ini? bazir air mata jer. tak kan la ko nak amik laki yang jenis macam ni untuk dibuat husband? laki yang jenis layan semua perempuan. bak kata orang yang makan asam garam dulu, jika berkahwin dengan laki jenis nih, just akan bahagia dua tahun je, then masjid yang dibina akan runtuh, sebab laki ni tak akan dapat sembunyikan tabiat yang sebenar terlalu lama. if Allah dah bagi petunjuk yang laki tu macam tuh, aku merayu dekat kaum hawa, please let him go...he's not the best for you. memang la korang akan cakap susah nak buang perasaan sayang tu kan, tapi sakit tu untuk sementara je. mana satu ko nak? merana sementara o merana sampai bila2? sape yang tak nak bahagia kan? kalu betul nak bahagia, mesti la banyak liku2nye. takde nya bahagia tu jatuh bakk macam tu je dari langit.kena ada perit jerih dulu baru la bahagia itu manis. setuju tak?

salah seorang kawan aku pernah berkata, ' kalau betul pun kita sayang seseorang tu, jangan la sampai diri kita merana semata2 nak bahagia'. kaum hawa, buka mata luas2 ek. jangan tertipu dengan lelaki macam nih. banyak lagi Allah ciptakan laki yang baik2, nape nak kejarkan juga laki yang macam ini? aku memang tak leh terima orang laki yang mainkan perasaan perempuan lain. kalau dah suka kat seseorang tu, mengaku je la kan. jangan main tarik papan sorong tilam! yang aku peliknya dah panggil sayang abang darling etc2...aku pun geli dah nak taip, tapi tak ngaku suka. bukti ada depan mata tapi tak nak ngaku. apa jenis laki macam nih...ishhh2...nauzubillah.....apa orang kata kalau ko tak hingin 100 kali, aku 1000 kali tak hingin. memang aku ada kawan macam nih. bila diorang cerita, aku dengar je kan, tapi dalam hati nih, Allah je yang tahu. kita kena ingat sekarang ni Allah bayar 'cash' sebab apa? sebab nak ringankan beban kita di 'sana' nanti. aku pun kalau dah ditimpa bala tu, patut bersyukur sebab 'beban' di sana berkurang sikit.lain la kalu korang rela lagi terima padah di 'sana' berbanding di dunia nih. wallahualam

yang si betina pun sama jer sekarang nih..semua laki layan. dah la malas nak komen lebih. aku just berpegang kat ayat nih,' perempuan yang baik hanya untuk laki yang baik'. kalau ko kaki betina, jangan mimpi nak dapat perempuan baik. kalau ko jenis layan semua perempuan, so bini ko pun from the same spesis as u. kata fikir 10 langkah ke hadapan, tapi yang aku nampak semua pandangan2 pesimis n fikiran kolot molot colot jer.

hidup atas bumi nih beramai2, bukan sorang2. kawan, sepupu sepapat sahabat handai rakan taulan keluarga terdekat. hargailah sementara masih ada nih, jangan plak bila dah tak de baru nak minta maaf segala bagai. tu ibarat nasi dah jadi air.tak de dah jadi bubur. 

renungkan la ye, if Allah tak kasi apa yang korang hajatkan sekarang, percayala Dia ada plan yang maha lebat lagi untuk korang di masa hadapan, dan mungkin apa yang korang hajatkan tu is not good for the time being. just bersabar kerana memang nak bersabar itu susah tapi akhirnya akan jadi manis :) 

renung2kan lah yeee....

ps : malaysia merupakan zon yang selamat di mana kita tak nampak sebenarnya dunia ni dah kucar kacir. try keluar dari malaysia n lihat sendiri apa yang terjadi di luar sana....berpegang teguh la kepada Islam. n kita as manusia, biasala selalu alpa kepada Dia....selalu la igtkan diri kepadaNya.