Wednesday, September 21, 2011

tak terURUS lagi

baru seminggu sampai france nih, banyak benda lagi tak setel. makin lama, makin serabut. dengan hal admin lagi, dengan tak de makcik yang bertugas untuk bagi surat biasiswa tu lagi!!!! heiiii...sakit pale dah aku nih...time ni la macam2 nak buat. nak fikir pun tak leh dengan otak serabut fikir banyak hal tak setel.

identity card pun tak setel lagi. keluar rumah pukul 8.30 pagi. tunggu giliran sampai kol 1030 pagi.tiba2, documents plak tak cukup.....stresssnye la aku nih. dah la insciption universiti salah bayar!!! aiyaaa...suppose bayar 4.57 euro je, tapi aku gi klik kat bayar 384.57!!! 'kaya'nya la aku nih...nak kena gi bahagian 'scolarite' plak. tapi tadi gi, tutup!!! scolarite tu tutup kol 11, aku sampai kol 11.05...sharp la kan dia tutup. 

menyampah gila nak setelkan hal2 admin kat france. aku memang tak suka. dah la kaunter nak buat IC tu bukak pagi je, petang tutup. tadi siap tak gi kelas lagi semata2 nak siapkan IC tuh, tapi habuk pun tak dapat. apesal sistem die macam tuh ek? kalau IC tu cantik tak pe gak, ni huduh je! IC mesia lagi cantik kot, siap dengan chip lagi. huh, what so ever la. 

dah tu, elektrik umah aku naik berganda2 pulak. last year, sorang bayar 30 euro je, tapi this year sorang bayar 80 euro! aduii...cam ne la nak jimat duit nih. 



ps : nak rest hujung minggu. jangan sape2 kacau aku. tido pakai lilin senang, baru jimat elektrik

No comments: