Monday, September 26, 2011

apa yang terlintas di fikiran time nih...

di kala aku keseorangan, aku akan fikirkan Allah sentiasa disisi untuk menemani.
di kala air mata hampir menitis, aku akan fikirkan Allah sentiasa ada disisi untuk memujuk.
di kala aku kecundang, aku akan fikirkan Allah ada disisi untuk refill balik semangat aku.
di kala aku alpa, Allah sentiasa turunkan ujian supaya aku kembali mengingatiNya.
di kala aku hampir berputus asa, Allah datangkan sahabat2 kepada aku untuk terus mengharungi jalan ini.
di kala aku dalam keadaan yang amat marah, aku sentiasa ingat bahawa itu adalah syaitan, bukan Allah.
di kala aku terkontang kanting dalam hidup, Allah datangkan petunjuk.
di kala aku ditinggalkan, Allah sentiasa ada disisi memujuk hati ini.

di kala aku kesenangan...aku lupa seketika kepada Allah...tapi Allah tak pernah lupa aku.....
di kala aku dihimpit kesusahan, baru aku ingat kembali kepada ya Rabb...
di kala orang lain bersusah payah mencari sesuap nasi, Allah beri aku kesenangan dengan seguni beras.
di kala orang lain bersusah payah mencari tempat tidur, Allah beri aku sebuah rumah untuk berteduh.
tetapi....
apabila aku ditimpa kesusahan, aku merintih...kenapa aku?
di kala Allah tarik nikmat sikit dari aku...kenapa aku?
di kala ditimpa penyakit...kenapa aku?
di kala aku hanya mampu mengecap bahagia seketika saja, kenapa aku?
kenapa aku yang harus mengalami semua ini?
kenapa tidak orang lain?
kenapa mest aku yang menanggung semua ini?

sebabnya Allah sayang kau malin. Allah sentiasa ingat kau even kau selalu lupa Allah. kau terlalu mudah alpa dengan nikmat yang Allah beri...sebab tu Dia tarik nikmat tu sikit supaya kau kembali merintih kepadaNya...Allah rindu untuk dengar suara kau malin. salah ke Dia nak dengar rintihan2 hamba2Nya? Malin, kau patut bersyukur, walaupun Allah tarik nikmat sikit, tapi kau still ada tulang 4 kerat untuk berusaha menggapainya kembali. bersyukurlah...malin, kau jangan cepat mengalah! kuatkan semangat dan tabahkan hati kau. dunia ni hanya sementara. yang kekal abadi hanyalah di 'sana'. jadikan dunia ni sebagai ladang akhirat kau malin. keep going! Allah tahu kau macam mana malin. so, bila dia timpakan sesuatu kat kau, kau patut tau yang Allah tau kau mampu hadapinya..

ps : tak tau nape sekejap rasa down, sekejap rasa blurrr....nerd....nak marah...nak bunuh orang...benci orang...


No comments: