Thursday, January 26, 2012

Bahasa itu susah.



Belajar bahasa itu tak semudah yang disangka. luar nampak senang, tapi dalam ya Allah, tak terluah dengan kata - kata. setiap subjek tu ada susah masing2. tak de benda kat dunia ni yang senang. even Bahasa Melayu pun aku tak dapat kuasai dengan baik. kenapa aku cakap macam tuh? hahaha...korang dah master ke Bahasa Melayu? sure dah tahap phD kan? tapi aku rasa, tahap aku ni baru nak lepas tahap UPSR. kenapa aku cakap Bahasa Melayu pun susah? erm....

1. ada sesiapa yang boleh explain kenapa wujud dengan banyaknya suffix prefix n infix dalam Bahasa Melayu? kenapa certain word ada ____kan kat hujung dia? kenapa certain word tak de 'kan' kat hujung dia? anda boleh explain? SAYA TIDAK BOLEH EXPLAIN DENGAN LEBIH DETAIL LAGI. ouhhh my bad...

2. kenapa kita panggil Bahasa Melayu as bahasa ibunda? kenapa kita tidak panggil bahasa ayahanda? bahasa papanda? bahasa abahanda? kenapa? kenapa? golongan ayah dieksploitasi ke? SOALAN NI PUN AKU TAK LEH NAK JAWAP. again, my bad...

3. kenapa Bahasa Melayu lagi dekat dengan English? i mean, dari segi structure? kenapa jauh dengan bahasa perancis? kenapa mesti english? ARGHHHH...ALSO CAN'T EXPLAIN THIS!

etc etc etc...nak tulis semua,memang tak cukup la blog aku nih. kenapa aku tulis entri nih? sebab baru aku realize Bahasa Melayu itu susah! fine, SPM pun susah gak kan paper Bahasa Melayu. tapi, pernah tak imagine bila berada di negara orang, and ada satu subjek kena ajar Bahasa Melayu? pernah imagine? cakap memang senang, tapi bila dah sampai part2 grammar tuh, kelu lidah untuk berbicara. aku sendiri tak tahu macam mana nak explain. Yes! aku kena ajar Bahasa Melayu kat student2 french nih as etrange language. wawawawa...gaya macam dah expert. but, we left no choice. aku happy je dapat ada experience macam tuh. tapi tu la, bila diorang tanya semua2 soalan di atas tuh, aku BLUR. hahaha...

kenapa ya sebelum ni tak pernah berfikir pasal tuh? know what, bahasa perancis nih, untuk setiap grammar dia, memang ada history tersendiri. memang diorang dididik untuk bertanya n diorang nakkan jawapan konkrit besi tahap mega! hahahaha...so bila diorang tanya Bahasa Melayu, aku tak leh nak explain...mebi kena sambung master dalam bahasa melayu kot baru boleh jawap soalan2 tuh. :( 

part kenapa tak panggil bahasa ayahanda tu lagi kelakar. kat sini, diorang pun sebenarnya guna gak bahasa ibunda, tapi lately, ada orang pertikaikan kenapa guna ibunda, kenapa tak guna ayahanda? yang terlintas dekat otak aku ialah mesti lah ibunda sebab anak2 memhabiskan mejoriti masa kecik dengan mendengar bebelan ibu!!!! hahaha..logik tak? mana ada ayah membebel. or if betul pun wujud, sangat la minoriti. entah lah....pening dah duk hafal nama2 penulis2 terkenal eropah nih...nk jawap soalan, mana boleh sesuka hati jawap je. kena ada citation kot!!! :( 

tapi sejak amik kos bahasa nih, entah, macam dapat discover benda baru dalam hidup. tak semua orang diberi kesempatan untuk discover keindahan bahasa lain. hahaha...dapat bayang tak aku amik third language iaitu arab kat U sekarang, tapi belajar dalam french? complicated dalam complicated. belajar arab dalam french tuh!!!! wohaaaa....tak semua orang diberi peluang belajar bahasa arab dalam bahasa asing. aku bersyukur. kitorang ingatkan dah selamat tak payah amik third language since french pun dah foreign language bagi kitorang, tapi NO2...anda tersilap besar. once dah study kat sini, french tu dikira bahasa yang kita dah kuasai. hahaha...niat hati nak amik mandarin sebab aku teringin sangat nak paham geng2 cina bila diorang bercakap, but then aku fikir balik, no! amik arab. sebab bahasa Al quran. ^_^

ps :


Wednesday, January 25, 2012

Zassss..ayat pedas sangat!

' Sesungguhnya orang - orang yang tidak mengharapkan ( tidak percaya akan ) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan ( kehidupan ) itu, dan orang - orang yang melalaikan ayat - ayat kami, mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan'.
( yunus : 7 - 8 )

'Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan kebaikan, pasti diakhiri umur mereka, Namun, Kami biarkan orang - orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, bingung di dalam kesesatan mereka.'
(yunus : 11 )

sentap tak hati? rasa macam mana ek? ingatkan surat cinta dari Allah ni ada ayat2 manis je. rupanya, Allah pun ada kasi ayat ugut kita. asal mata ngantuk sebenarnye, tapi, owhhh....sebaik menatap ayat nih, mata terus membulat sebulat - bulatnya. siapa tak takut dengan seksaan Allah? boleh bayangkan tak? even tengok orang kena sebat pun air mata meleleh non stop. ni kan nak tengok azab neraka. tak sempat air mata nak mengalir badan dah hancur kena azab. nauzubillah. minta kita semua dijauhkan dari azab Allah yang amat pedih tuh. 

siapa tak percaya dengan hari akhirat? hari kiamat. hari perhitungan segala amalan. sejak akhir2 nih, selalu kedengaran di cuping telinga nih, baik mati sekrang dari mati umur 70 tahun. sebabnya kalu mati lewat, makin banyak buat dosa...sahabat2 sekalian, jangan anda samakan tambah tolak darab bahagi tuh atau istilah tepatnya matematik dunia adalah sama dengan matematik akhirat! Ia tidak akan sama sampai bila2. aku pernah tanya soalan macam ni dekat ustaz Quran Sunnah aku, ' ustaz, tak aci la orang yang mati zaman2 dulu, zaman2 batu dulu, sebabnya diorang kena azab lagi lama berbanding lama berbanding orang yang baru saja meninggal. entah kalu hari ni orang tu meninggal, esok dah kiamat. mana adil macam tu ustaz'. tapi alhamdulillah, ustaz tu bersabar dengan soalan aku. mula2 dia senyap sebab aku boleh tanya soalan macam tuh, but then the answer is, ' cara kiraan di dunia adalah tidak sama dengan cara kiraan di akhirat. kena ingat yang Allah itu maha adil lagi bijaksana. Dia tahu menjalankan tugas Dia. kita jangan masuk campur plak urusan Dia n pandai2 plak cakap tak adil etc2.' aku pun berfikir sejenak.

Allah dah cakap terang - terangan yang hari kiamat tu pasti akan berlaku. kenapa kita nak menidakkan benda tuh? best sangat ke hidup dekat dunia yang fana ni sampai kita boleh ketepikan kehidupan di syurga? ayat surah Yunus : 7 - 8 tu nampak sangat yang Allah tau akan ada manusia yang leka dan tidak percaya dengan hari akhirat. come on guys, terimalah hakikat. bila Allah cakap macam tuh, cuba kita imagine yang kita ni bina robot, tapi robot tu tak follow pun setiap order kita. what do u feel? happy? tipu!

ayat Yunus : 11 tu lagi menggerunkan aku!!! :( bila baca ayat ni, macam Allah cakap direct dengan kita. sangat cliche ayat nih. banyak maksud tersirat. setiap orang pun buleh faham dengan sendiri apa maksud ayat tuh. benda baik nak sangat segera, tapi bila sampai bab ibadah, akhir waktu pun tak pe. kenapa kita tak cuba untuk gembirakan Allah walaupun sekejap? tapi biasalah, manusia ni iman naik turun. sebab tu Allah wujudkan sahabat2 yang baik untuk beri peringatan. kita ni bukan malaikat, iman tak naik tak turun. kita juga bukan syaitan yang iman tak naik2. maka, pilihlah which way yang kita nak pilih. yang baik dijadikan pedoman, yang jahat dijadikan teladan. 


suka dengar lagu nih. 



ps : ^__________________^ 

Wednesday, January 18, 2012

kenapa berusrah?


ps : mari tepuk dada tanya IMAN!!!!

Friday, January 13, 2012

terbukti

salam. Perancis dh pun midnight time nih. Malaysia dah pagi. and mebi tengah bersiap2 untuk ke kerja. just nk share something yang menarik di sini. mebi semua orang dah tau, tapi aku baru je tau.

* video ni untuk sape2 yang faham french.


* video ni plak untuk sape2 yang faham english


intipati kedua2 video ni lebih kurang sama. bezanye just bahasa je. kalau perasan, sesiapa yang betul2 mengkaji alam ni, memang last2 akan peluk agama Islam. sebabnya hanya dalam Quran diorang jumpa jawapan. tapi video2 ni memang best. hanya dengan kaji Firaun zaman nabi Musa, dapat mengislamkan seseorang. subhanallah.

ps : semoga ramai lagi yang menjadi muslim setiap hari ^_^ 

Monday, January 9, 2012

jom kumpul byk2

' sesiapa yang mengajak ( orang lain ) ke arah hidayah maka dia akan dapat pahala setara dengan pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikuti ajakannya ; tidak sedikit pun dikurangi pahala orang berkenaan '

[ riwayat muslim ibn majah, abu daud al tirmizi dan ahmad daripada abu hurairah ]

ps : jangan tanya if kita ajak orang buat dosa, kita akan dapat saham tak sebab benda tu boleh pk sendiri

Wednesday, January 4, 2012

tom yam plak malam nih...



ps : ni dh jd blog makanan nih!!! stop la malin hehehe

i'm already cursed.


ps : muzik mcm lagu bdk²

Tuesday, January 3, 2012

second mengidam plak





haaa...terasa jalan2 cari makan tak? hehehehe....super saiya punya nih. sedap woooo...thanks to the chef. :) next top chef plak adalah...jeng2....nantikan aku upload next gambar plak.

ps ; rasa best je bila dapat benda yang nak makan. padahal this week dah 2 kali kot aku makan nasi lemak. abis la lipid nnti kat badan hehehe ^_^

Monday, January 2, 2012

mengidam





haaaa....terliur tak tengok? hehehehe...macam ni la jadi bila mengidam.main lasak2 di dapur. so jadi la pasembor / mee rojak / rojak keling ( orang ganu kata ). alhamdulillah kenyang makan nih. fuhhhh...abah mama, bangga dok dengan kakye? bangga dok? hhehehe....next dalam list masakan is rahsia!!! hehehehe.

ps : mencari tepung beras di France. cendol macam sedap je. slurpppppp

second day maa.

selamat pagi untuk orang Malaysia and selamat pepagi buta as known as selamat lewat larut malam untuk orang Perancis yang tak reti2 lagi nak tido ^_^ apa la yang korang buat pada hari second 2012 nih? orang di Malaysia sihat ke? owhhh...sedapnye makan roti canai pagi2 kat Malaysia cam nih..


tapi kami di Perancis mampu terliur je la. nak buat tu malasnye la...mampu search gambar kat tenet je bila terliur miur nih. erm...macam tu la life student kan. 

just nak cite sikit la apa yang aku buat time malam new year tuh. asalnya aku malas nak sambut2 new year nih. sebabnya? usia aku makin meningkat :( kenapa plak kan nak sambut usia yang meningkat nih. macam happy je. tak sedar ke yang makin lama, kita makin dekat dengan rumah tiang dua tuh? sebab tu la aku malas nak sambut. tapi, disebabkan aku ada family angkat kat sini, diorang jemput aku untuk makan malam new year, so aku join je la. family angkat aku ni baik sangat. let me introduce you to my family angkat. 

kiri sekali is Julien, anak first, next tu for sure is aku la kan. then, kanan sekali is Therese, isteri Gabi, next to her is Gabi atau full name dia Gabriel. 

agak rapat la dengan family angkat nih. selalu je ajak makan2 kat rumah diorang. tapi, ni nak cite time kitorang makan malam new year tuh. kalu ikutkan pengalaman yang lepas, memang malam new year tu akan bising gile. dengan pemuda nye hon2 kereta tepi jalan, bising, manusia berparti etc2. tapi, malam tu lain plak jadinye. senyap sunyi. sepi. hening. aku pun pelik. eh silap, kami semua pelik. sampaikan Gabi kata apsal la pelik sangat nih, macam duk sorang2 dalam satu bangunan tuh. mula2 tuh, kitorang pelik gak. then, tiba2 aku teringat ni tahun 2012, which is ada kaitan dengan filem 2012 tuh. sape tengok cite tuh? hahahaha..hipotesis aku ialah orang ramai takut nak keluar rumah sebab takut kiamat. approved tak hipotesis cam tuh? :) 

pape je la kan manusia nih. jangan percaya sangat pada filem macam tuh. bahaya if terpengaruh. buleh terpesong akidah. nauzubillah. peliknya cite 2012 tuh is after dah kiamat semua2 tuh, ada dunia baru plak tuh. untuk orang islam, patut memang kita tau apa pengakhiran hidup kita macam mana. so hope tak de la sampai terpengaruh dengan filem tuh. jangan plak nak jadi alim la this year sebab takut kiamat. jangan plak nak buat baik semata2 tahun ni 2012. if betul pun kiamat is this year, semua tu tak de kaitan dengan filem tuh. tapi if betul la hipotesis aku pasal sunyi sepi je malam new year tuh, then aku hanya mampu senyum tak nampak gigi je la. 

Ps : mode baru lepas tengok gambar2 makanan tradisional Malaysia. rasa macam nak masak je semua2 tuh dalam 1 malam!!!!!