- Sambut tetamu dengan tulus ikhlas kerana Allah.
- Beri salam/penghormatan kepada tetamu.
- Suruh tetamu duduk di tempat yang telah disediakan.
- Saling memperkenalkan diri.
- Apabila mereka hendak berjumpa dengan bapa/ibu/sesiapa sahaja, suruhlah mereka menunggu sekejap atau berilah keterangan yang jelas.
- Layanilah tetamu dengan penuh kemesraan.
- Hindarilah daripada membeza-bezakan tetamu.
- Bercakap-cakap dengan tetamu secara manfaat.
- Hantar tetamu ke depan pintu serta doa mendoakan.
- Pelawa tetamu agar datang lagi pada masa akan datang.
erm..kalu tengok senarai2 di atas nih, x semua aku buat bila tetamu datang kat rumah aku kat france nih. setakat aku hidup nih, pernah je tengok bila ada tetamu datang umah, tuan rumah buat bodo jer. aku x pernah la mengalami perasaan menjadi tetamu yang x dilayan n x diundang. tapi bayangkan kalu kita gi umah tu dengan niat ingin melawat serta bertanya khabar, tapi kita x dilayan? kita diabaikan...ko igt ko buat macam tuh, orang akan pergi lagi lawat umah ko? sori beb...kem salam
untuk orang2 yang jenis macam ini, x elok la kan. tetamu datang dengan niat yang baik, so, layan la tetamu anda sebaik mungkin walaupun tu bukan kawan anda. kalu dah si A ni tinggal dengan si B nih, sepatutnya si A ni kena la layan kawan2 si B yang datang umah. bukan mendiamkan diri. kadang2, sampai kawan2 si B ni tanya dekat si B, 'bukan ke ko tinggal 2 orang? aku x penah pun nampak dia ada kat umah nih'..so, what do you expect si B akan answer? faham2 la sendiri..masing2 dah besar panjang..bukan budak kecik yang kena suruh buat itu dan ini.
erm...cam ne plak ek untuk tetamu yang kita x suka datang umah? sepatutnya, layan la kan...walaupun kita benci, tapi tau kan, benci2 lama tukar jadi sayang...eh2... :) so, xleh la nk biarkan tetamu tu rasa macam pergi umah kosong jer...paham kan? umah yang sepatutnye ade penghuni tp xde penghuni
Firman Allah SWT, dalam surah an - nur
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”.(27)
“Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”(28)
“ Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan” (29)
Dalam sebuah hadis,
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليكرم ضيفه جائزته, قالوا : يا رسول الله, وما جائزته ؟ قال : يومه وليلته . والضيافة ثلاثة أيام . فما كان وراء ذلك فهو صدقة عليه
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, Jaizahnya bila ? Nabi saw menjawab : (Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya. (HR Bukhari dan Muslim)
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberinya jaizahnya (memuliakan tetamu). Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, Jaizahnya bila ? Nabi saw menjawab : (Memberi layanan) sehari semalam. Bertamu itu tiga hari, maka selebihnya adalah sedekah baginya. (HR Bukhari dan Muslim)
لا يتكلفن أحد لضيفه ما لا يقدر عليه
Maksudnya : Janganlah seseorang itu membebankan dirinya untuk melayani tetamu dengan menyediakan apa yang dia tidak mampu. (HR Al-Baihaqi)
أيما ضيف نزل بقوم فأصبح الضيف محروما (أى من الطعام وما يحتاجه) فله أن يأخذ ( أي من مال المضيف) بقدر قراه ولا حرج عليه
“Jika seseorang tetamu singgah di sesebuah rumah namun ia tidak dilayani maka ia berhak mengambil sekadar hak jamuan untuknya dan ia tidak berdosa". (HR Ahmad)
إن من السنة أن يخرج الرجل مع ضيفه إلى باب الدار
Maksudnya : Termasuk amalan sunnah bila kamu menghantar pulang tetamu sampai ke muka pintu rumah.
إذا استأذن أحدكم ثلاثا فلم يؤذن له فلينصرف
Maksudnya : Apabila seseorang kamu minta izin sampai tiga kali, namun masih belum juga diberi izin maka hendaklah dia beredar.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.” (Surah al-Majadilah, ayat 11)
kalu ikutkan, banyak lagi dalil2 pasal tetamu nih..so, kepada anda di luar sana, paham2 la sendiri ye.
ps : muhasabah diri
No comments:
Post a Comment