Sunday, September 11, 2011

first time

dalam hidup aku, tak pernah aku benci manusia sampai tahap macam nih. now, satu family aku delete. don't ask me why. bila aku perlukan seseorang, aku hantar mesej kat facebook. sekurang2nya dua2 pihak tau full story, tapi NAN HADO! 

Friday, September 9, 2011

it's final year already maaa

adeh aduiii....dah tahun terakhir kat france nih. isnin malam bertolak ke france. patut kelas start 12, tapi biasalah, student kan, 13 hb baru nak bertolak from malaysia. kalu tengok jadual u sinin, memang totally sama kot dengan jadual u kat france. sini pun start 12 hb gak kan? well, to all students di luar sana, try your best untuk new semester nih. cuti pun dah lama, otak pun dah berkarat. so its time untuk gilapkan balik otak2 anda :) 

sebenarnya aku pun tak sangka dah final year nih. macam hidup ni kejap je. tap jeles gak dekat kawan2 sebaya yang dah habis belajar, ada yang dah keje pun. lagi, yang amik master. soooo jelezzz kay. program aku ni 6 tahun. 2 tahun preparation di malaysia + 3 tahun twinning program dengan u di france amik degree + 1 tahun amik pasal pedagogie. tua dengan mengaji jer. tapi tu la, rezeki orang lain2 kan. kadang2, rezeki ni datang dari tempat yang tak disangka2. 

tapi kali nih perasaan sedih sangat2. sebab lama sangat kut balik malaysia, dah biasa dengan adik2 sekeliling. ni cuti paling lama duk bersama keluarga. ye la, tingkatan 1 dah gi selangor. so balik time cuti sekolah je la. habis spm, terus amik lesen. then masuk matriks, then masuk IPBA. so sekarang ni memang cuti betul2 bersama family... ;( tak pe, setahun tu kejap jer kan :) mode pujuk diri sendiri.hehs.

tapi kan, dengki la dengan orang yang dah habis stadi. 

ps : master? pHD? akan dipertimbangkan


Wednesday, September 7, 2011

mode ry lg eh? :)

orang kata kalau tak kenal, maka tak cinta. tapi bila dah kenal, maka makin tak cinta ke? 
cinta pandang pertama terus jatuh ke hati, tapi kalu cinta dari hati terus ke mana? jamban?
sepatut makin kenal, makin rapat, tapi nape makin kenal, makin benci?
makin kenal, makin keluar perangai sebenar...makin kenal, makin terasa menyesal mengenali orang seperti itu.

bak kata pepatah, its better to know late than never know.bto ke? ada ek pepatah nih?
orang yang tak pernah keluar tempurung tapi bila bebas sekali, nampak habis perangai sebenar.
konon tak keluar rumah dan so on, konon nak orang fikir baik la n so on
tapi bila mengadap kaum hawa, mulut manis lebih dari madu
semua orang pun pernah kenal dengan spesis adam yang macam ni kan
dan aku pernah kenal sejenis ini dan after i know everything, aku menyesal kerana pernah kenal
tapi dari satu sudut, aku bersyukur sebab Allah bagi aku peluang untuk tahu yang manusia ni pelbagai ragam
trust me, the one that nampak good looking gile2 n pandai amik hati is also the one that will break your heart the most!!! 

haishhhh...dugaannnnn....tak pernah terfikir untuk ada pengalaman macam nih...cukup la dulu aku ada kawan sejenis macam ni gak, but now pun Allah nak kasi pengalaman yang sama dekat aku. mebi sebab aku anggap semua orang atas dunia ni baik, sebab tu Allah bagi aku peringatan, yang tak semua orang atas dunia ni baik.

untuk apa menangis untuk spesis adam yang jenis ini? bazir air mata jer. tak kan la ko nak amik laki yang jenis macam ni untuk dibuat husband? laki yang jenis layan semua perempuan. bak kata orang yang makan asam garam dulu, jika berkahwin dengan laki jenis nih, just akan bahagia dua tahun je, then masjid yang dibina akan runtuh, sebab laki ni tak akan dapat sembunyikan tabiat yang sebenar terlalu lama. if Allah dah bagi petunjuk yang laki tu macam tuh, aku merayu dekat kaum hawa, please let him go...he's not the best for you. memang la korang akan cakap susah nak buang perasaan sayang tu kan, tapi sakit tu untuk sementara je. mana satu ko nak? merana sementara o merana sampai bila2? sape yang tak nak bahagia kan? kalu betul nak bahagia, mesti la banyak liku2nye. takde nya bahagia tu jatuh bakk macam tu je dari langit.kena ada perit jerih dulu baru la bahagia itu manis. setuju tak?

salah seorang kawan aku pernah berkata, ' kalau betul pun kita sayang seseorang tu, jangan la sampai diri kita merana semata2 nak bahagia'. kaum hawa, buka mata luas2 ek. jangan tertipu dengan lelaki macam nih. banyak lagi Allah ciptakan laki yang baik2, nape nak kejarkan juga laki yang macam ini? aku memang tak leh terima orang laki yang mainkan perasaan perempuan lain. kalau dah suka kat seseorang tu, mengaku je la kan. jangan main tarik papan sorong tilam! yang aku peliknya dah panggil sayang abang darling etc2...aku pun geli dah nak taip, tapi tak ngaku suka. bukti ada depan mata tapi tak nak ngaku. apa jenis laki macam nih...ishhh2...nauzubillah.....apa orang kata kalau ko tak hingin 100 kali, aku 1000 kali tak hingin. memang aku ada kawan macam nih. bila diorang cerita, aku dengar je kan, tapi dalam hati nih, Allah je yang tahu. kita kena ingat sekarang ni Allah bayar 'cash' sebab apa? sebab nak ringankan beban kita di 'sana' nanti. aku pun kalau dah ditimpa bala tu, patut bersyukur sebab 'beban' di sana berkurang sikit.lain la kalu korang rela lagi terima padah di 'sana' berbanding di dunia nih. wallahualam

yang si betina pun sama jer sekarang nih..semua laki layan. dah la malas nak komen lebih. aku just berpegang kat ayat nih,' perempuan yang baik hanya untuk laki yang baik'. kalau ko kaki betina, jangan mimpi nak dapat perempuan baik. kalau ko jenis layan semua perempuan, so bini ko pun from the same spesis as u. kata fikir 10 langkah ke hadapan, tapi yang aku nampak semua pandangan2 pesimis n fikiran kolot molot colot jer.

hidup atas bumi nih beramai2, bukan sorang2. kawan, sepupu sepapat sahabat handai rakan taulan keluarga terdekat. hargailah sementara masih ada nih, jangan plak bila dah tak de baru nak minta maaf segala bagai. tu ibarat nasi dah jadi air.tak de dah jadi bubur. 

renungkan la ye, if Allah tak kasi apa yang korang hajatkan sekarang, percayala Dia ada plan yang maha lebat lagi untuk korang di masa hadapan, dan mungkin apa yang korang hajatkan tu is not good for the time being. just bersabar kerana memang nak bersabar itu susah tapi akhirnya akan jadi manis :) 

renung2kan lah yeee....

ps : malaysia merupakan zon yang selamat di mana kita tak nampak sebenarnya dunia ni dah kucar kacir. try keluar dari malaysia n lihat sendiri apa yang terjadi di luar sana....berpegang teguh la kepada Islam. n kita as manusia, biasala selalu alpa kepada Dia....selalu la igtkan diri kepadaNya.

Thursday, August 18, 2011

kerana aku menghargai

long time oredi, puasa pun dah hari yang ke 18 dah...tgl 11 hari lagi nak raya :) mesti semua orang pun tak sabar nak raya kan? baju raya pun aku tak beli lagi...selipar raya lagi. ermmm..kuih raya mak aku dah beli hehehe so senang sikit la keje aku, just tinggal ak pk menu apa nak masak untuk raya nanti.

ermm, bulan ni memang mencabar keimanan aku. aku ditimpa penyakit hati yang serius. kadang2, aku bertanya kepada Allah kenapa orang buat macam ni dekat aku? kenapa aku ditimpa masalah sedemikian rupa? aku menangis sendiri...sepatutnya makin nak dekat raya, kita semua makin happy, bz dengan persiapan raya masing2, tapi tidak aku. disebabkan terlalu memikirkan masalah itu, now aku sakit. apa yang aku makan, aku muntah balik. perut tak nak terima apa2 dah. it's getting worst day by day. aku gastrik balik ke nih? ari tu dah lelah dah, now gastrik plak? :(

apa perasaan korang bila orang yang kita percaya selama ni betray korang, n depan mata korang sendiri? buleh aku tau apa korang rasa? paling teruk, masalah tu melibatkan parents aku :( macam mana aku nak explain kat diorang? aku tengok mata mak aku merah n lelah, ayah aku senyap seribu bahasa. mama abah, kyg minta maaf, bukan ni yang kyg pinta. kyg tak tahu pun keadaan akan jadi teruk macam nih. rupanya selama ni aku dipermainkan. hati parents mana tak sedih tengok anak dipermainkan. hati parents mana tak sedih tengok anak asyik muntah2? 

lepas peristiwa tuh, mama tak pernah tinggalkan kyg keseorangan. kalau kyg kat ruang tamu, mama teman. if kyg kat dapur, mama teman. if kyg bersendirian dalam bilik, mama teman. kalau mama tak de kat umah sebab bz di sekolah, abah ada. abah selalu masuk bilik tengok kyg. abah selalu ajak kyg keluar untuk amik angin supaya kyg makin tenang. abah selalu buat lawak supaya kyg ceria. kyg nampak tu semua... :( kyg tahu hati abah as a father lagi perit...i am sorry abah...kyg tak berdaya nak baiki keadaan. kyg pernah bertanya kat mama, nape orang selalu buat dekat kyg macam nih? tapi mama tak mampu nak jawab... :(

'kyg, mama tengok kyg tak happy macam selalu dah. abah mama kan ada...so kyg jangan macam ni ok?'..disebabkan tak lalu makan nasi, mama masak mee kuah untuk kyg as makanan untuk berbuka puasa. kyg tahu mama buat semua ni untuk kyg. sbb kyg tahu masa kyg kat malaysia dah tak lama. tinggal beberapa minggu je lagi sebelum fly ke france. tapi mama buat semua tu supaya kyg lupakan kesedihan kyg, n supaya kyg dapat teruskan hidup di sana nanti. kyg tahu mama tak nak kyg pergi france dalam keadaan sedih...

abah, jangan bimbang pasal diri kyg ok? insyaallah, time will heal almost everything...abah just doakan kyg dapat hadapi situasi hari dengan lebih baik. aku tahu ayah aku resah even dia tak tunjuk. igt lagi, tarikh 16 ogos ari tuh, ayah aku ajak aku basuh longkang, depan umah n kereta bersama2. bila tiba part basuh kereta, aku kata, 'abah, kyg nak basuh kereta kelisa jah, tok se basuh unser sebab besar sangat.' then abah ok jer. abah terus amik baldi di tangan aku n basuh unser...aku tergamam... :( then ayah aku kata, 'kyg, ni first time tau abah basuh unser sejah beli kereta ni 8 tahun yang lalu'. tiba2 aku rasa nak nangis, ayah aku sanggup buat semua tu semata2 tak nak bagi aku sedih, tapi aku tak leh nangis depan abah...aku kena tunjuk yang aku kuat depan abah. 



abah mama nak kyg macam ni kan? 


sebab tu abah mama jaga kyg sebaik mungkin, try not to hurt my feelings as well :)


abah mama, insyaallah bila kyg di perancis nanti, kyg akan pandai jaga diri. lagipun ni final year kyg. so kyg akan buat yang terbaik untuk abah mama!!! i love u both tooo much!!!! :(

ps : doakan supaya aku tabah dalam menjalani ujian kali ini...amin...jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama dengan hambaNya.

Monday, August 15, 2011

part 2

ok. this time aku sambung balik crita pasal kenakalan kitorang time kecik dolu2.

3. menjual sambil lipat kain

hahahaha...tengok tajuk pun aku rasa pelik dah, tapi tu la aktiviti kami. kitorang telah diajar untuk melipat kain sejak kecik. time kecik2 nih, aku tak suka lipat kain sebab kita kan budak2, so for sure la baju budak2 tu banyak kan, sebab dah la kecik2, pahtu dalam sehari, mandi banyak kali plak tuh. jadi berlonggok la kain tuh...untuk atasi masalah tu, kitorang fikirkan solution. jadinya kitorang buat duit guna kertas ( siap kaler2 u know n duit tu memang ikut duit betul. i means kaler die la, duit RM10 kaler merah n so on ). so masing2 akan diberi nilai, n if nak lagi banyak duit, kitorang kena lipat baju n akan ada pembeli. selalu aku jadi penjual je, sebab pembeli akan susun baju tu once die dah beli baju. hehehe ok tak idea nih? syok gile time tuh dapat banyak duit. ye la, penjual tak payah buat duit baru dah, pembeli yang kena buat duit baru. kadang2 dengar la kata eh jap2, duit dah abis, nk buat duit baru plak. :) lastly, kain tu abis dilipat n disusun, n aku bangga dapat banyak duit, semua orang pun macam tuh.

4. main rumah bantal

game kali nih selalu main after abis jualan langsung kain seperti yang diceritakan di atas. selalu main game ni atas katil. so satu katil untuk 1 rumah. rumah ni dibina dari bantal. means that ada jamban, dapur, ruang tamu etc2... :) lucu kan? mesti korang tak dapat bayang macam mana kan? ringkasnye, dinding rumah tu dibina just dengan meletakkan bantal di setiap penjuru. n konpem la badan kitorang lagi besar dari dinding rumah tuh...hahaha. tak nak dah la cite, aku pun nak gelak bila ingat balik.

ermmmm...setiap orang ada pengalaman masing2 kan time kecik. ada yang time kecik2 dah mengurat orang, ada yang mencuri, ada yang nerd n so on. if ingat balik zaman tu, sure akan senyum n gelak sorang2. sebenarnye, aku ni sejak kecik lagi memang suke bertanya, sampaikan sanak saudara panggil aku inspector! kalu ada orang yang aku tak kenal datang umah, aku akan tanya habis-habisan tanya orang tu la sampai hati aku puas...sampaikan orang pun takut nak datang umah aku :)

time kecik la paling best sebab tak de masalah like now...sekarang tak habis2 dengan masalah, masalah datang dan pergi...time kecik, happy2 jer...bersuka ria...jarang la nak nangis, if nangis pun, sebab kena rotan dengan parents..

but for now, aku kena sabar walaupun masalah tu besar tara mana pun. sesungguhnya Allah itu bersama kita. aku believe that!

ps : jauh lagi perjalanan hidup nih. apa yang terjadi sekarang, hanyala untuk dijadikan teladan untuk masa depan. ingat tu malin

Wednesday, August 3, 2011

kenakalan kami tidak terlawan oleh kamoo

hai semua. dan salam untuk kawan2 muslim :) so, puasa ok? ni baru hari ke 3. raya lambat lagi lorh. tak sabar nak feel raya kat malaysia ni setelah dua tahun raya di perantauan :)

well2, kali ni, teringat masa kecik2 dolu...aku ada 7 beradik. yang sulong dan bongsu je lelaki, the rest is perempuan! so kami diapit oleh pahlawan2 negara hahaha. tak nak la cite panjang perihal adik2 nih, sebab lagi suka nk share apa yang kami adik beradik buat time kecik2 dulu. sure tak de pun antara korang yang berani mencuba aksi ganas nih hehehe. so if nak tau, scroll ke bawah je la :p

1. melompat dari tempat tinggi

ehem2...ni bukan melompat from gunung o bukit terjun ke bawah tau. maksud di sini ialah melompat dari tempat tinggi iaitu, tempat yang paling tinggi dalam umah. buleh teka apa? hahaha...bila aku teringat balik cite nih, for sure aku gelak sakan :). well, tempat tinggi dalam umah aku ialah almari. kitorg melompat dalam bilik. tak ingat dah idea nak main lompat macam ni datang dari sape tapi semua orang stuju nak main. dalam bilik aku time tu ade katil double decker n katil king saiz. disebabkan kedudukan almari tu strategik sangat duk sebelah katil double decker tuh, so kitorang panjat from situ la. bila berada di atas almari tuh, terasa dunia ni aku yang punya hahahaha haaaa, apa lagi, tiru aksi tarzan la, terus melompat menghala ke katil king size tuh.debummmmmmmm!!!! jatuh sebiji buah kelapa. apa lagi, yang lain gelak je la. lupa nak cakap, just adik beradik perempuan je yang main nih, yang laki no peduli. best bila melompat tuh. sampai kayu yang bawah tilam tu patah hahaha :) 

tapi kan, ada satu part nih, aku kantoi dengan ayah aku. sebenarnye, kitorang main game ni bila parents tak de kat umah o bila diorang tido. time tuh, turn aku untuk lompat. memang nak lompat sangat2 dah, tiba2 pintu bilik dibuka oleh ayah aku...., "kakye!!!!! wat gapo tuh"....alamak, dah alang2 nak lompat tuh, aku lompat je terus. terkejut beruk ayah aku. memang bab kantoi2 nih, memang ngam dengan aku nih. reaksi muka ayah aku memang tak leh nak cakap la, ye la sebab panjat almari tu satu hal dah, lompat plak atas katil, kalu lompatan tu terbabas macam mana? :)

2. main tolak2 dari tempat tinggi

erm, game ni kitorg main kat katil double decker tu je, xleh main atas almari sebab almari xleh support 5 orang sekali gus, so main atas tilam je. nak main game nih, duk katil atas tuh, susun bantal bertingkat2 di birai katil, then askar2 beratur memanjang di belakang. orang yang paling terbelakang akan guna kaki untuk tolak orang depan jatuh debummm ke bawah, iaitu atas lantai yang tilam disusun cantik menggunakan bantal dan segala jenis toto. game ni sebenarnye aku paling takut nak main. paling best bila jadi orang belakang, paling takut bila jadi orang depan, sebab bila jatuh, orang belakang semua yang berjumlah 4 orang tadi akan himpap kita satu demi satu, jd penyek sudaaaa. mencabar tak? so please don't try this at home.

tapi, ada satu time nih, tengah main game ni la, time tuh kakak aku duk depan, ntah silap macam mana, die tersekat nafas. tercungap, agak2nye adik2 die semua berat2 dah kot, sebab semua dalam proses membesar kan. so this time, aku cuak, sebab aku second kakak kan, apa yang aku kena buat? teringat CPR yang selalu orang buat dalam cite tuh, erm...kalu dipikir2, macam aku la yang kena buat CPR kan sebab adik2 kecik lagi, tapi aku geli!!!!adessss...bibir bertemu bibir la plak....ntah macam mana adik perempuan yang paling bongsu dengan beraninye gi wat CPR tuh! salute her la. lepas tu baru kakak aku buleh bernafas dengan baik. lepas tu, kitorang gelak kow2 nye, n kalu tak silap, tu kot last time main game nih....

alamak, nak gi bazar la plak...masak pun dah siap. chao cin cau la dulu ye, nnt aku sambung.

ps : adik aku dapat first payment die keje. apa lagi haha

Friday, July 29, 2011

certain time

apabila yang dirancang tidak menjadi kenyataan
apabila aku telah memalukan diri aku sendiri
apabila hati dan perasaan tidak diambil peduli
apabila jarak bukan lagi menjadi permasalahan
apabila aku meminta bantuan, tapi angin yang datang
apabila aku merayu tapi dipandang hina
apabila membeli keperluan, tapi orang menghina
dikatanya aku saja nak berlagak kaya...
apabila mulut menguasai perbicaraan dikala akal hilang kewarasan
apabila duit menjadi penghalang
apabila status menjadi penghalang

aku ingin bertanya

dimana akal manusia?
kenapa aku dipertikaikan?
apa yang tak kena?
harta? pangkat? darjat? pengajian?
tak cukup lagi ke?
tak buleh ke bagi aku gembira walau seketika?
kenapa kau tak bersyukur jika aku memilih


Wednesday, July 27, 2011

mind set dah mcm tuh

bertemu kembali hari nih :)..lama tak menulis nih.erm...sebenarnye nk share sikit la pengalaman. time nih, br je sampai from france. alkisahnye begini :

lokasi : atas bas menuju ke bangi untuk menikmati juadah spesel bersama ayh n geng2 rugbynya

aku : abah, nih jam hok kye beli ko abah ( sambil bagi jam tu dekat ayah aku )
abah : fuh, smart kye jam nih

tiba2, terdengar suara sumbang....

si polan : eleh, padahal jam cino. ( nada jeles di situ )

aku bersabar lagi....tiba saat aku bagi plak handphone yang aku beli untuk ayah aku....

aku : abah, ni la tepon hok kye beli tuh
abah : bakpo canggih sangat nih? abah mana reti guna. ( aduiiiii....belajar guna la abah oi )

kedengaran lagi si polan bersuara...

si polan : eleh, padahal tepon cino! ( dalam hati aku dah menyala api besar nih! )

aku : cikgu, untuk pengetahuan cikgu, dekat perancis tuh, tak dok eh bare2 tiruan nih.semua original. kalu jual bare tiruan nih, kena takap, masuk lokap! btw, hok cikgu duk sebut bare cino tuh, lonih bare ori pun semua dari cino sebab tenaga buruh denu murah, so sek yo bina kile direct sana, sene kejo.cikgu tak tau gapo2, jange duk sedak mulut kata bare cino, meme semua lonih bare cino! ( puas hati aku! time ni, ayah aku senyap je, trasa dengan kata2 si polan tuh, asyik kata barang cina )

ni la masalah sekarang, dah jeles tuh, duk senyap ok? yang cari pasal dengan aku apahal? aku x cari pasal pun dengan ko? ni hal antara ayah dengan anak. lagi satu, die nih memang x reti nk bezakan perkataan cina n ori tuh. memang mentaliti sekarang asal cina jer, mesti tak ori, padahal kadang2 bukan negara cina yang produce barang tuh, negara kita ada gak yang ciplak barang orang, tapi letak gak made in china! kesian kan negara tuh dapat saham tak pasal2.



Tuesday, July 12, 2011

menunggu....

hai everibodi!!!!! have a good time? nope? haishhh...biasa la tu hidup ni ada naik turunnye :) bila kita di atas, kita akan berada di bawah gak...so kena get ready la mental n fizikal once dah berada di bawah tuh sebab tak semua orang buleh deal dengan emosi masing2 bila ditimpa kesusahan...tak gitu? alah...setuju je la...benda betul, kenapa nak menidakkannya? bila orang ditimpa kesusahan, kita ni pandai la bagi nasihat, ' sabar ye...Allah nak duga...kita sebagai hamba ni kena kuat semangat!'...tapi bila kita ditimpa masalah, kenapa kita macam hilang arah dan tujuan? haaa...time ni la perlunya seorang yang bernama kawan supaya saling nasihat menasihati...time ko susah, aku tolong ko n time aku susah, ko tolong aku balik...kawan2, jangan jadi kacang lupakan kulit. 

satu lagi kes yang jadi hari nih....tengok la gambo di bawah nih...termenung aku 


haaa....tau la kan sekarang ni zaman IT..IT IT gak, tapi kehidupan bermasyarakat tu jangan dilupa. kita ni hidup di alam realiti, bukan alam fantasi. bukan gak final fantasi...tu semua alam rekaan semata2..tak kan pernah wujud alam yang mana orang tu hanya hidup berseorangan!!! kalu dah Allah tu cipta manusia ni untuk saling kenal mengenali, kenapa kita tak nak ikut fitrah plak? pelik kan ...bukti manusia tak leh hidup berseorangan ialah terciptanya Hawa untuk menemani Adam. so kalu ada manusia tu cakap, ' i can live without anyone' tuh, haishhhh.....dusta semata2..

tapi yang sedihnya bila ada kawan betray kawan disebabkan seorang lelaki. ke mana pergi nilai murni seorang sahabat tuh? aku buleh jadi sahabat yang baik, tapi aku buleh gak jadi seorang sahabat yang tak baik. once kawan aku treat aku macam x sepatutnya, kena ingat ye, aku tak buleh lagi dah anggap ko tuh kawan baik aku.sedih bila ingat balik tapi life must go on. maybe kawan yang jenis macam nih, buleh kawan gitu2 jer..x nak dah aku layan baik orang jenis macam nih, wat makan hati jer. (tutup langsir cite nih)

erm...aku rasa perangai aku macam cite di atas ni kena ubah. sebab apa? manusia melakukan kesilapan dan memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan. ada setengah orang bila dah bercinta nih, kawan sekeliling pun tak nampak, even kawan satu rumah. ada lagi yang lagi teruk, dah bercinta, terus lost kontek dengan kawan2...haishhhh syukur sebab aku tak pernah lagi dapat kawan yang bila bercinta terus lupa kontek kawan2 syukur2. 

so, macam mana aku nak ubah diri nih? i need time for sure. tapi tu la...berkawan biar ramai, bercinta biar satu. hehehhehe

ps : nak kena gi post opis, nk updet lesen. kalu x, free2 kena saman.


Sunday, July 10, 2011

keluar rumah, nampak hijau

rumah kata pergi,
kubur kata mari,
ke kedai beli megi,
masih x kenyang lagi.

pergi masjid sembahyang,
balik rumah makan,
kalau ada hutang,
cepat langsaikan.

laptop dibeli kecil,
tv di rumah besar,
aku bukan org kerdil,
tapi selalu tersasar.

manusia pelbagai ragam, 
sombong ego bijak leka,
nikmat Allah bermacam2,
tapi bersyukurkah kita?

perahu besar tengah sungai, 
orang mengail di kuala,
hidup ni jangan mulut murai,
kalau x mahu ditimpa bala.

kerusi kayu kerusi rotan,
meja kotak meja bulat,
terus solat bila azan,
supaya pahala semakin meningkat.

ps : dah la, ntah pape pantun kali nih.sekian


Saturday, July 2, 2011

goodbye persona

haishhh...bertemu kembali kali nih...this time, nak ceritakan pengalaman aku gi book kereta. haaaa, kat sini la aku nak terangkan beberapa kekeliruan yang berlaku :) sebenarnya ramai yang salah faham nape la ek aku balik awal sangat dari perancis ari tuh? jeng3...yang paling xleh blah ialah apabila orang congrates aku sebab ingat aku balik awal untuk bertunang...angan2 mat jenin je tuh :) meh nak habaq mai ni sebab aku balik awal. first sekali ialah sebab aku nak beli kereta..niat di hati nak beli gen2, tapi sebaik sahaja berada di proton, aku terkenan plak dah kat persona elegance kaler merah. so aku terus book :) n sebab no dua ialah bukan aku yang bertunang, tapi abang aku!!!! aiyakkkk.....cam ne leh tersebar berita aku nak bertunang nih...aduiiiii

meh sini aku nak cite pasal kereta..maybe coretan kali ni berbaloi untuk student yang teringin amik kereta la kan macam aku nih. first sekali, korang kena cari gerentor yang xde masalah dalam bank, n yang paling penting ialah gaji gerentor tu. sebab apa? sebab kita ni student, so kelayakan bulanan kita untuk bayar kereta tu bergantung kepada gaji gerentor. if gerentor korang mampu bayar bulanan RM400, maka korang kena bayar muka yang tinggi. dan, tak semua orang buleh jadi gerentor tau. korang kena cari gerentor yang lepas tolak hutang2 piutang tuh, gaji yang ditolak still tak sampai separuh lagi. paham x? ok, kasi contoh. gaji pokok Ahmad RM2000, tolak loan kereta RM 400...maka, Ahmad layak untuk jadi gerentor dengan RM600 sebulan, xley lebey dari tuh, sebab nanti akan lebey dari separuh gaji dia. harap korang faham.

so, aku pun carila gerentor iaitu abang aku sendiri.disebabkan abang aku pun baru je beli kereta, so aku kena bayar muka tinggi untuk amik persona yang aku booked tuh sebab ikut kelayakan abang aku, seperti yang aku explain. kereta dah lama sampai, dah 2 minggu kereta aku sampai tapi aku malas nak amik, sebab aku kena bayar muka 17K!!!! memang la bulanan akan jadi murah, around RM500 untuk 9 tahun dengan interest 3.75, tapi still 17K!!! so aku pun cancel la persona merah aku tuh....again, gudbye persona...so sekarang ni aku just guna kereta ayah aku je untuk ke mana2...

haa lagi, sekarang ni student leh je amik kereta pape pun asalkan gerentor korang mampu, walaupun sebenarnye kita yang bayar...haishhhhh tahun depan la aku drive kereta baru insyaallah if ada rezeki lebih. 

sedih gak sebenarnye...ye la, ingatkan dapat naik kereta baru...tapi keadaan tak mengizinkan....its ok...now, aku dah x berminat dengan persona tuh, nak cari kereta lain la plak :)

ps : kesian untuk sape2 yang salah paham tujuan utama aku balik awal ari tuh :) sowi...saje je xnak kasi tau, sebab nanti lenguh nak bercerita, so aku just khabarkan di blog sahaja.

ps2 : nak amik lesen superbike buleh? ^_^

Wednesday, June 29, 2011

tiba2 rasa nak tulis kat sinih..

salam n selamat sejahtera semua kawan2 yang mengenali diri aku nih...lama dah ni tak updet blog? so how semua? masih ok ker? iman masing2 macam mana? dalam keadaan baik x? ke masih terkawal? if dalam keadaan baik, alhamdulillah...if terumbang ambing dah macam aku nih, u need to find a solution ASAP. haishhh, apabila kita memahami sesuatu perkara tuh, dan berada di kelompok yang tidak memahami, alamak...trasa sungguh berat tanggungjawap itu.erm, aku rasa ayat aku berbelit disini.kena amik kelas BM lagi ni nampak gaya.

well2, tiba2 aku trasa nk tanya pendapat semua orang kat sinih...what will u do if apa yang korang plan ni selama nih x menjadi? stress x? pressure x? rasa macam nak lari x dari dunia nih? korang plan bersama dengan orang lain, tapi apabila semua tindakan n action plan kita dah buat, tetapi rupanya sebelah pihak masih belum ambil mana2 tindakan....kecewanye perasaan aku time nih....to that person, all u have to do is asking your parents is it possible to come over at my house? berat sangat ke nak tanya tuh? aku sendiri masih tak paham apa kaitan dengan masih stadi dengan pertanyaan tuh...now, with what u have done, u will know the result soon..very2 soon..by that time, don't regret apa2 pun..jangan tuding jari ke sape2 pun. dan paling penting, do not blame me.

my father likes u..so do my mom n the whole family..aku tak tahu lagi dah macam mana nk settle hal nih...now, aku just let it be.tak nak dah pening2 pale pk pasal orang lain.kalu ade jodoh, x kemana pun kan? kalu xde, kena redha. 

satu lagi aku nak gtau kat sini, if nak kawen umor 30 tahun, so jangan sekali2 pk psl hal kawen2 ni sekarang.tau x ni melibatkan orang lain. n now, aku memang rasa terkilan sangat2.

dah la, jangan tanya pape.sebab sekarang aku stress dengan orang tuh.salam