dah berhabuk pun blog nih...mood nk berblog ni sekejap ada sekejap tak de...ingatkan sebelum bertolak ke mesir ari tuh, nak update blog nih tapi biasalah, tak berkesempatan. tup², dah sampai masa untuk bertolak ke mesir. cuti kali nih memang memberi seribu satu kesan kat hati. sampaikan dah abis cuti, terasa macam tak cukup lagi.
apa yang aku boleh cakap pasal mesir nih ialah dari benda sekecik² kuman hinggalah benda sebesar² gajah, semua tu korang boleh jumpa kat mesir. moto hidup aku dah berubah sejak balik dari mesir nih. EVERYTHING IS POSSIBLE! ziarah Mesir, banyak ragam dan gelagat aku jumpa. setiap minit, terukir senyuman kat bibir tengok gelagat diorang nih. kadang², mampu mengucap je. first thing yang korang kena tahu is kat Mesir, there is no traffic light. yes, memang tak de traffic light. so, fikir tak macam mana diorang memandu? haaa...untuk rasa situasi macam tuh, sila beli tiket ke Mesir now. sebabnya aku tak mampu dah nak explain. sebaik sahaja keluar dari airport, aku just mampu mengucap je...takutnya la nak lintas jalan. memang diorang racing je keje.
masa gi Mesir tuh, tak ramai sangat pelancong sebab revolusi ari tuh. even masa aku gi hari tuh, ada lagi bangunan husni mubarak yang terbakar, betul² sebelah muzium Mesir. tapi kan, bila tak ramai orang nih, best la kan sebabnya aku rasa eksklusif sangat². bila nak amik gambar, tak de la nak berebut² dengan orang ramai. tranquil je. gi pîramid pun best je. tak ramai org. sangat best la. for me, mesir ni best untuk diterokai.
aku pun gi ziarah gak makam² nabi, makam imam shafie, imam hassan al banna...banyak lagi...bila berada di tanah yang dahulu pernah menjadi tempat dakwah para² nabi, aku kelu. tak tahu nak cakap macam mana perasaan...even time mendaki bukit sinai, perasaan bercampur baur. hepi pun ada, sedih pun ada...bila tengok org arab ni kan, baru lah terfikir kat hati, patutlah Allah turunkan banyak nabi dekat diorang...disebabkan perangai diorang sendiri...untuk sape² yang ada sakit jantung, anda dinasihatkan untuk tidak pergi ke Mesir. jika tidak, ajal akan cepat menjemput anda :) tak de la, gurau je hehehehe
kalau orang tanya best tak journey ke mesir, siyes, aku tak tau nak story dari mana...sebab semua tu pengalaman yang berharga buat aku. honestly, aku terasa nk gi Mesir lagi :(
ni antara gambar² yang aku amik kat Mesir.
ps : moment inoubliable




