Friday, January 18, 2013

sekian lamanya...

it has been a while! yes, ni la ayat yang paling sesuai untuk describe blog nih :)

last update blog ni bulan september, now dah JANUARI 2013!!! wow, rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua. insyaallah, dengan kedatangan tahun baru ini, kita dapat upgrade iman kita seiring dengan kita upgrade ilmu kita. amin.

so, quoi de neuf ( dibaca dengan nada kwadenef yang bermaksud what's up ) ?

well, bagi diri sendiri plak, next week merupakan minggu terakhir di IPG KBA. sesiapa yang tak tahu apa itu IPG KBA, ia bermaksud Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. kenapa minggu terakhir? sebab 28 of jan dah start praktikal.

tapi, sedihnya sekolah praktikal still unknown...banyak sangat cabaran dan dugaan yang berlaku :(

dah nak abis belajar ni baru tahu yang tanggungjawab seorang cikgu ni sangat le besar n berat. AMANAH rakyat kot...haishhhh mampu ke nk pikul semua beban nih....

sekian, ni je dulu setakat nih.

***cuti hari tuh macam dah futur, alhamdulillah dikurniakan kawan yang saling memberi sokongan :) jzkk Allah.

ps : menghitung hari memikirkan nasib diri bakal ditempatkan di sekolah mana?

Friday, September 21, 2012

soalan lazim

apabila di sekolah rendah

  • cikgu hari ni ok?
  • pelajaran ok tak?
  • belajar apa ari nih?
  • cukup tak duit belanja
apabila di sekolah menengah ( untuk yang tinggal di asrama )
  • sihat tak?
  • nak suruh bank in duit tak?
  • balik tak cuti sekolah?
  • mu ado gewe dok lagi? kalau ada, putuskan.( hahahaha )
*part gewe ni la paling aku tak pernah terfikir dulu. yang ada dalam otak just fokus fokus fokus.

apabila di matriks 
  • cari gewe dok lagi?
  • if ada, orang mana?
  • if tak berkenan, sila putuskan
  • abah ada calon, nak?
apabila semakin meningkat remaja
  • bila nak cari 'partner' nih?
  • orang len dah kawen beranak, tapi hang?
  • nak kami carikan?
  • apasal lengah² je nih?
  • sampai bile nak membujang?
***tu dia, soalan berkisar pasal KAHWIN jer. 

sekarang, asal kol je parents, ha, ni la soalan paling lazim ditanya. puas dah kasi jawapan. honestly, saya selesa single :p 
**paling kesian ialah mak saya. asyik tanya je mengharapkan jawapan positif tapi sayang seribu kali sayang, kakyang still cam nih hahahahaha. biar lah anak orang lain kawen ke beranak, as long as kakyang ada abah mama :)

cuba bayangkan if dah kawen nanti, antara soalan lazim 
  • bila nak ada anak?
  • honeymoon mana?
  • nak anak berapa?
dah ada anak pula
  • bila nak tambah lagi?
  • pantang cam ne?
  • lepas ni nak boy ke girl?
haahahahahaha....soalan ni keep recycle. pelik kan hidup nih? even dah tau jawapan dia, kita still nak tanya gak. dah memang asam ragam dunia. dah memang adat resam kita tanya soalan² cam nih. 

ps : menunggu fasa di mana orang akan tanya, ko nih sampai bila nak membujang? nak jadi andartu ke apa? hahahahaha

Wednesday, September 19, 2012

all french teachers

'what's more, it all kicked off the moment you arrived in the car park. sometimes, i couldn't get the door open for all the students standing there with their wild excuses about why they hadn't done their FRENCH homework'. rujukan = the lazy teacher's handbook.

ps : situation ni berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar sana pun sama gak. maka, tabahlah anda wahai cikgu bahasa perancis.

jaga adik2 elok2.

simple tapi penuh makna. betul tak? itulah antara pesanan dari seorang ayah kepada anaknya. anaknya yang mana? haaaa...anaknya yang jadi kakak kepada adik2nya.

contoh, aku merangkap anak ke 3 dari 7, so aku dikira memikul tanggungjawap nih. as for now, kakak aku iaitu angah memegang nama nurul akmal is not in malaysia for the time being sebab die kat new zealand now, so dikira aku kena memikul tanggungjawap seorang kakak paling sulung la. kalau macam sebelum nih, angah banyak tolong adik2 aku sebab aku terikat dengan peraturan asrama. MUST BE BACK AT HOSTEL BEFORE 11 PM! 

hari isnin, aku telah dipertanggunjawapkan oleh ayah aku untuk hantar adik aku presentation ke bandar penawar. imagine guys, from Bangsar to Johor Bharu, hanya 3 jam 45 minit. yes. notakaki : abah, kyg minta maaf if surat saman had laju sampai umah ye, safety first but laju laju gak. korang, if nak bawa kereta laju, make sure tangan pegang kemas stereng. ni paling penting. n plis2 jangan sesekali khayal kalau kelajuan anda melebihi 100km/j> kerana ini sangat membahayakan nyawa anda serta penumpang. satu lagi, bila kita drive kereta laju, untuk certain kereta, bila anda potong kenderaan yang lagi besar dari kenderaan anda, contoh bas ke lori ke, haaa, time ni akan rasa seperti kereta anda ditolak ke tepi. time ni juga la pentingnye kemas stereng tuh. kalau rasa khayal n tangan tak gagah, bawa je kelajuan 80km/j. sebenarnya, khayal tu memang perkara haram bila bawa kereta nih.

on the way balik plak, from bandar penawar to seremban just 3 jam non stop driving. kenapa singgah seremban? sebab nak jumpa ayah aku. lama sangat dah ni tak balik kelantan. insyaallah, next week, aku balik kelantan. one of my friend said, ' dalam hayat aku, tak pernah lagi aku jumpa kelantanese balik kelantan almost every weekend'. hahahaha....gelak sinis dalam hati.

tapi, sekali lagi, jagalah adik anda elok2 sebab sape lagi kan anda nak jaga time nih? betul tak? kalau betul la adik2 anda dah kawen, u still have to take care of her, sebab hubungan adik beradik ni tak sama dengan hubungan laki bini. tak semua benda nak share dengan husband / wife. 

tak tau nape, terngiang2 lagi kata2 ayah aku semalam, 'kyg jaga adik2 elok2' 

ikut hati, nak je aku hantar adik aku gi kelas die hari2. sebab apa? now, adik aku tak dapat kolej dalam Uitm. n lesen die pun tak dapat lagi. yang die reti bawa motor, tapi paham2 la sendiri bila bawa motor nih, kadang2 orang men langgar je penunggang motor. entah la, tak tau cam ne nak luah kebimbangan di hati nih. adik2ku, please take care. plisss. angah jauh nih, kyg pun duk jauh nih....

'kyg, jaga adik2 elok2.'

ps : cam ne entah kelas adik aku hari nih? 

Tuesday, August 28, 2012

kekasih saya nama Adam

saya dengan segala hormatnya ingin perkenalkan kekasih saya yang terkini dan selamanya iaitu Adam. Yes, akhirnya aku telah menemui nama baru untuk kereta aku. ok gak ek nama Adam ni instead of panggil Alza hehehe :P peace no war! 

so starting from today, sila panggil kereta aku ADAM :)



ps : mari mengedit gambar banyak2

Fly with your friend


Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
Cos who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends

I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings


I quote : 

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


again, I quote : 

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


and again, :

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings


so, can you see the important of friendship is? 

jika anda menginginkan friendship yang setia, maka anda sendiri perlu setia terlebih dahulu. jangan hanya mencari kawan tatkala anda ditimpa musibah. jangan hanya mencari kawan dikala anda kesedihan tetapi carilah kawan disaat susah senang anda. 

jangan hanya mengharapkan perhatian yang lebih dari seorang kawan sedangkan U don't deserve it. macam mana nak mengharapkan orang bertanya  tentang keadaan anda sedangkan anda sendiri tidak bertanyakan tentang kawan anda? sila jangan mengamalkan dasar ATTENTION SEEKER! please la. apabila anda gembira, istilah kawan telah hilang dalam diari hidup anda. 

honestly, I don't like orang yang jenis attention seeker nih. banyak benda lagi yang aku kena buat daripada nak jaga hati dan perasaan orang lain. 

ps : mode suka mengedit gambar. perkara paling pelik berlaku dalam hidup aku hehehehe sebab sebelum nih, aku paling BENCI edit gambar :p

Sunday, August 12, 2012

antara benda mengarut yang aku buat bile over stress

hai kawang² semua. sihat? tak lama lagi Mr handsome akan meninggalkan kita :( sedih tak? dah la setahun sekali je jumpa dengan Mr handsome nih. entah tahun depan ada ke tak kesempatan untuk berjumpa dengan Mr handsome kesayangan hati jiwa raga nih.....hope² akan diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan buah jantung pengarang hati ni ( eh betul ke pepatah nih? hahaha )

minggu depan dah raya. baju raya dah beli? kuih raya cam ne? bape jenis? langsir rumah dah tukar? owhhh, bila sebut bab langsir nih, sape la ek yang tukar langsir kat rumah aku tu ek? hahahaha....since aku la yang paling tinggi among adik beradik perempuan, so keje panjat tangga panjat dinding memang keje aku. tak de orang lain. haishhh, satu hal lagi, dilema nak balik raya ari apa nih :( kenapa la kitorang tak dapat cuti awal cam sekolah? kenapa? kenapa??????

yang peliknya, makin dekat raya, makin banyak HOMEWORK. gua stress. makin lama mau bikin gila otak ini. hari² dah macam mesin dah. taip² taip² taip². 

haaa.....korang kalau stress buat apa ek? nak tau apa aku buat time stress? kikikiki...ni la die. 
1. aku keluar rumah dengan off handphone. aku akan cari tempat yang tenang. contoh aku pernah ke pantai cahaya bulan lonely n tengok sunset kat sana. balik rumah kol 12 tengah malam. dengan muka bengkak sebab nangis, ayah aku senyap n diam.

2. habiskan satu kotak apollo. haaa, mampu tak? hehehe makan sambil nangis. then lepas tu, tiba² dapat semangat yang luar biasa. mebi sebab over makan kot :p 

3. aku akan bawa kereta laju². aku pernah bawa 160km/j. ermmmm...then dapat surat saman la. serik.

setakat ni, ini je yang aku buat untuk hilangkan stress. ayah aku pernah cakap, if aku dapat kereta, benda yang paling die bimbang is aku akan keluar sampai lewat malam. Abah², benda tu jadi bila stress je :) . aku still ingat kata² die time aku balik lewat malam dengan off fon ari tuh, ' kalau kakye lewat sejam je, lewat sejam je, abah akan repot polis'. sorry abah sebab kasi bimbang.

mana la tau kan, kot² lepas ni aku jumpa cara baru untuk hilangkan stress tuh :) tapi, doa kepada Allah jangan dilupakan, dalam pape keadaan pun, keep praying :) n keep praying. don't stop even one second. 

ps : lecturer, kasi la lagi banyak² esaimen. kasi kasi kasi lagi. kami memang suke. suke sangat². 

Tuesday, August 7, 2012

sabar diuji

lamanya tak singgah blog kesayangan nih....owhh now pukul 4.29 pagi waktu malaysia. apakah maksudnya? i can't sleep :) 

orait, straight to the point. benda yang paling menguji kesabaran is when you are driving in KL. sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka membebel sangat. cakap banyak yes, tapi bukan membebel. ok, sebenarnya dulu, aku seorang yang kuat sangat membebel. everything happened, mulut non stop bebel. but, alhamdulillah, perangai tu dapat dibuang.... :( unfortunately, bila kat KL, hal² macam ni memang teruji....this is my first time driving in KL. first time tuh, ya Allah, nak tercabut jantung eden...alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi, masih boleh bernyawa lagi....

orang² KL sekalian....anda ada 9 nyawa ke? bila kat cabang, sesuka hati keluar simpang tak tengok kiri kanan? anda ada 9 nyawa ke? bila moto pun tak pasang side mirror, hentam je la janji jalan ni aku punya. anda ada 9 nyawa ke? bila kat tol, sesuka hati je sodok kereta orang. anda ada 9 nyawa ke? anda ada 9 nyawa ke? bila tengah jammed, orang bagi signal nak masuk line, makin anda rapatkan kereta anda dengan kereta depan?

Masyaallah.....macam mana nak bertahan kalau keadaan macam nih? everytime, aku akan urut dada mengucap....I have only ONE LIFE...only ONE LIFE...

last week, kejadian di tol mana entah, keadaan jammed....jadinya, kita ni penuh berhemah la beratur...tiba² segerombolan geng² treler n lori entah datang dari mana menyondol masuk line. n aku salah sorang mangsa. imagine, tengah jammed nih....tiba² perasan satu tayar yang sangat besar berada di sebelah anda. aku SANGAT terkejut. what happen is, aku tak tahan sangat nak marah, aku hon treler nih! memang biadap n sangat kurang ajar. U don't respect drivers lain yang queue up berejam². punya la marah sangat sampai aku rasa nak turun kereta n bocorkan tayar treler nih!!!! Ya Allah, tingkatkan kesabaran hambaMu ini....tapi nasib baik, ada kawan dalam kereta time tu. dia yang tahan aku. sebab perangai² macam ni la banyak excident terjadi. mangsanya sape? kereta² kecik yang tak sebesar treler. wahai pemandu treler sekalian, kesian la dekat orang yang ada anak² kecik...tau la treler ko tuh besar gedabak, tak payah la ego n pentingkan diri sendiri. orang lain pun ada hal gak. 

imagine tak macam mana pesakit jantung jantung bawa kereta dalam keadaan macam nih? tak ke nanti die akan terkena serangan jantung? 

time nak amik lesen, bukan main la dengar ceramah segala bagai, tapi bila praktikalnya, HAMPEH! this is what we call, masuk telinga kiri keluar ikut lubang hidung. 

kesabaran memang teruji. 

ps : kalau nak sangat show off your skills of driving, pi masuk hutan


Tuesday, June 12, 2012

road trip

tanggal 28 mei hari tu, akhirnya tercapai juga niat aku untuk bawa parents aku jalan2 ke Europe. diorang selamat sampai pada pukul bape entah :) hehehe...

tapi, sekarang memang tak de mood sangat nak cite sebab entah lah, letih road trip hari tuh tak abis lagi. driving from besancon to munich memang mencabar kewibawaan seorang pemandu kereta. untuk memandu lagi, untuk melancong lagi, untuk jadi tourist guide lagi, then, time on the way balik, semua penumpang tidur kecuali pemandu....memang letih2 yang teramat sangat. sampai satu tahap, aku stop kat parking n tidur untuk 1 jam! hehehehe....nyawa tu lagi penting. ingat tuh. 

nanti nak cari mood untuk update trip bersama parents and peristiwa2 lucu yang berlaku sepanjang trip tuh hehe

ps : hari ni selasa. jumaat pagi I'm off from france. 

Saturday, June 2, 2012

apo keno la.


  • me not pinkish girl
  • me not shopping girl
  • me not make up girl
  • once I like something, I'll buy it no matter what.
  • me like superbike.
  • me bawa kereta laju2. bukan suka2, tapi sebab jalan tu boleh drive laju2
  • me like red too much
  • me not ayu mayu
  • me not lembut2
  • dah2 la kutuk diri sendiri hahaha
so, dengan ciri2 nih, aku ni kategori apa? not girl? tapi dalam surat beranak, ditulis dengan terang lagi bersuluh PEREMPUAN. tak pe, janji maintain hamba Allah :) 


Thursday, May 10, 2012

to mama.


best kan lagu nih? tambah plak ada suara comel budak2. cam comel je lagu nih. first time dengar lagu ni tak ingat dh umur berapa, tapi nak cakapnya first time dengar lagu ni terus menusuk kalbu. ummi ummi ummi.

aku tulis entri ni bukan lah bermaksud aku sambut hari ibu n so on. justnye, nak cakap TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mama as known as Puan Azizah Hassan sebabnya menjaga aku as known as kakyang dengan baik sekali. ( entri untuk abah next time :p ) 

setiap orang akan menganggap yang mak masing2 merupakan mak yang terbaik di dunia. so do I. terima kasih mama sebab dari kecil jaga kakyang dengan elok. masakkan untuk kakyang, n even time kat sekolah dulu ( sekolah menengah agama persekutuan kajang ), u came to visit me every weekend. alah, biasalah bila berjauhan dari family, first anak plak tuh yang tiba2 tercampak jauh keluar dari kelantan, sure2 la nangis je keje nya. hehehehe. jadinya, bila mama dengar kakyang kol, n yang kedengaran hanyalah tangis esak, so u came with abah. :) every time datang, mama bawakan makanan yang banyak untuk kakyang coz u know that your daughter ni always makan2 n makan2 :) sweetnye time kecil2....*nak jadi kecik balik boleh x? miss the good old days very much.

ingat lagi tak yang kakyang nangis tak nak amik kos french nih? :) haishhh...old memory betul la. time tuh, abah berkeras nak suruh amik course nih. tapi kakyang berkeras nak sambung degree kat universiti malaysia je. tapi abah berkeras gak nak kakyang masuk course french nih!!! so bila masing2 berkeras, masing2 bawa kepala masing2, abah tak nak hantar kakyang kat UPM time hari pendaftaran :( sad kan? mama pun pujuk kakyang time tuh. mama kata France ni pun best apa, timba pengalaman n macam2 lagi. tapi kan, for me, mana2 Universiti pun sama. lastly, disebabkan keras kepala abah, kakyang pun amik la french course nih...tq abah sebab fikir masa depan kakyang. 

mama, kakyang nak ucapkan terima kasih gak sebab sudi melayan kerenah kakyang selama nih. kita selalu je gaduh kan mama? heheheh :) my birthday last year....seminggu sebelum birthday kakyang, kita gaduh teruk... :( even after that, kakyang tak tegur pun mama...ego kan anak mama nih? :( I am so sorry....tapi, kasih ibu tu untuk anaknya...mama masuk bilik kakyang, peluk kakyang n wish birthday kakyang dekat telinga.... :( tq mama for everything...sempat lagi mama cakap, haishhh bila la nak hilang degil nih... :) malam tu, kita keluar gi makan mee kg pek kat tanah merah :) kenangan betul. 


I love both of u now n forever. minta maaf untuk salah silap selama nih.

ps : counting days abah n mama nak datang. hooorrayyyy!!! 

Thursday, May 3, 2012

Dari hati seorang malin

semoga readers semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...amin. Hari nih dah pun 3 mei 2012. kejap kan masa berlalu? perasan tak? rasa macam ari tu je baru new year 2012, tup tup tup pejam celik mata eh, dah masuk bulan 5 dah? dah nak pertengahan tahun dah.... =( apakah maksudnya? 

if dulu, masa mula² sampai France, yes, aku lah orang first yang tak sabar nak balik Malaysia. n even, tahun lepas pun, aku orang first yang cabut balik Malaysia direct after habis jawap exam. balik malaysia tu, memang tawakal habis la! but, this time....kenapa feeling die lain sangat².....? tinggal 43 ari lagi before aku back for good....sepatutnya aku bergembira sebab nak berjumpa dengan family tercinta....tapi kenapa lain sangat perasaan nih.....? =( tell me why....



dulu, sebulan sebelum balik Malaysia, akan start countdown....muka akan happy² je...ceria habis la senang cite,  sebijik macam bunga matahari nih. makin dekat nak balik, makin lebar senyum...

tapi kenapa this time aku tak seceria dulu? =( want to know why? because after this, aku tak akan datang balik dah France nih.... =( ouh sahabat, ketahuilah bukan negara Perancis yang aku rindu dan dambakan, tapi UKHUWWAH!!!!! =( yes, ukhuwwahhhh....the one yang aku cari dalam hidup aku




dari sebelum kenal tarbiyah hingga la saat nih, anda setia bersama....anda bersabar dengan kedegilan seorang malin.... I am stubborn....I know it....but then, bila manisnya ukhuwwah dikecapi, mengapa harus berpisah? =( ....ok, nak cakap aku pemurah dengan air mata, silalah, tapi aku rasa tak rugi mengalirkan air mata untuk persahabatan yang terbina ini...air mata aku tak sia²...dia mengalir sebab aku akan berpisah dengan kawan² yang tak jemu² berjuang bersama demi menegakkan Islam di atas muka bumi ini...susah senang bersama...bila aku down, there is always somebody for me...now, lepas kenal tarbiyah, even when I am alone, aku tak rasa sunyi sebab aku tau, aku still ada DIA....indahnya ciptaan Allah bila dia hadirkan sahabat² seperti anda untuk gtau yang Allah sentiasa disisi kita... =(

dulu, if aku ada masalah, aku akan sentiasa share dengan seseorang...senang cite, if aku ada masalah, memang aku tak leh keseorangan =( time nih, bukan main tak share sikit pun masalah dengan Allah..sombongnya aku =( then, anda hadir dalam hidup untuk gtau yang kita boleh sharing² even dengan Allah =( DIA mendengar....terima kasih sahabat sebab hadir dalam hidup aku..ketahuilah bahawa aku sangat appreciate saat² kita bersama :') a little bit smile for you 



berjumpa kerana Allah, maka berpisah juga kerana Allah :') let's smile again...doakan supaya aku tsabat di jalan ini...ya Allah, kenapa hati ni perit sangat? sahabat, faham tak perasaan di kala ini? =( ... ya Allah, tetapkan lah hati hambaMU ini :'( semoga sahabat²ku sentiasa di bawah limpahan rahmatMU ya ALLAH...amin...

sahabat, jom kita balik bersama..? :'(


ps : jzkk Allah