Sunday, August 18, 2013

raya mode.

selamat hari raya :) hehehehehe bulan syawal ni bulan ganti puasa. eh? :) hehehe jangan lupa puasa 6 ye kawan². well², raya kali ni raya sakan cek. raya pertama je stay rumah. start raya ke dua, aku dah pi mai pi mai tang tu dengan my sisters. hehehe. 

tapi raya tahun ni kurang ahli. kakak and adik bawah aku. diorang tak dapat cuti raya. alkisahnye di pagi raya ayah aku dapat call dari kakcik ( adik aku ) yang nangis². biasalah, first time beraya di tempat orang. alah, cam aku dolu² time kat france. kuikuikui merasa la ko bila tak dapat balik time raya. diorang ni balik malam raya ke tiga.

alkisah lagi, selalu time raya kakak aku merangkap angah la yang akan menjadi chef di dapur. disebabkan tahun ni dia tak dapat balik, maka aku la yang mengambil alih tempatnye. phewwwwwww nasib la pengalaman memasak di perancis telah banyak ku kutip. fisrt raya aku buat mihun sup, second raya aku buat lontong. third raya plak aku buat mee kari. hahahaha fourth raya buat roti jala dengan angah sebab die dah balik. angah menjala roti sementara aku plak menjala kari di atas dapur ngeh ngeh ngeh. nasib la ilmu memasak di dapur takde la seciput mana. boleh la nak masak kalau ada orang datang tu kan.

tapi, nak jadi cite plak, lidah aku buat hal time raya nih. semua benda aku rasa macam toya jer. malam raya tu aku buat kek coklat moist. kol 12 tengah malam u olls. dah siap bagai, aku rasa la kan kek tuh. eh, pehal tak sedap nih????!!!!! ikut hati memang aku nak campak buang dah kek tuh ( eh eh, selalu kalau kek aku tak jadi, memang aku baling luar tingkap je ), tapi disebabkan ni adik aku punya kepingin nak makan kek coklat moist, maka aku pun biaq la bawah saji. yang tak menahan, walaupun tak sedap, aku siap letak coklat bagai sebagai hiasan hahahaha.

bangun pagi esok, usai solat raya bagai, bukak saji, eh dah tinggal sikit kek coklat aku? melihat sekeliling, aku lihat sepupu aku melahap kek tu. oh mai???? kek tu tak sedap kot. deng. habis la aku lepas ni orang cop tak pandai masak. tiba², 

mak su : kakye, sedap la kek tuh. sapo masak?

kakye : ( dengan berat ati ) kakye. mak su sindir ko gapo nih?

mak su : dok la, betul la. die juicy gitu, pah tak manis, sesuai dengan selera maksu.

kakye : eh? ( diam sejuta diam) 

rupa²nya, lidah aku la payau. padan la semua makanan aku rasa tak sedap. almong london je yang aku rasa sedap hahahaha. tu memang biskut peberet aku. hantaran nanti almond london ye cik abang hahahaha. 

di sini, aku sertakan sekali berjuta keping gambar sekitar raya :) selamat melihat yooooor :p voila voilu voili 
































Friday, July 19, 2013

tanam buoh lanah

siapa faham tajuk entri this time? hehehehe...sape orang kelantan? u? u? and u? well, yang tak faham tu, sorry. maksud tajuk ni ialah tanam buah nanas. owhhh saje je nak berborak kosong di permulaan.

ok. now, saya menganggur setelah hampir sebulan lebih tamat pengajian. bukan tak nak cari kerja, tapi atas permintaan ayah saya, makanya saya stay di umah untuk membuat service di rumah. owhh, gaji dibayar dalam bentuk monthly payment for my Adam ( my car ). and road tax sekali. kalau nak duit belanja plak, minta je anytime anywhere. owhh sungguh heaven living like this..but, until when nak bergantung hidup dengan ayah kan? umur pun bukan sikit, dah banyak dah. kadang², bila terasa nak beli something, just minta je jumlah berapa and ayah akan kasi. u know what, when i was small, hidup kami tidak seperti ini. 

kami tak diberi kemewahan. kami diajar erti kesusahan. susah ooo hidup dulu. kalau la dari dulu kitorang diajar erti mewah, nescaya aku tidak seperti ini pada ketika ini. kalau dulu, apa je yang aku nak belum tentu dapat. tapi sekarang ni minta je, insyaallah akan dapat dalam sekelip mata. mampu ke aku nak didik anak² aku nanti? eh kawen pun belum hahahahaha.

setakat tu dulu la setakat nih.

ps : menjaga nenek yang baru kena strok. pray for her.


Wednesday, May 15, 2013

halwa gigi putih hahahaha

pada hari ni, di dalam kereta WXC 6222, kami bermain teka teki antara parents dengan anak beranak. :) hahahahahah

abah : teko, bunga apa warna hitam?

anak beranak :
1. bunga taik ayam
2. bunga lukisan
3. bunga mati
4. bunga dalam peti
5. etc²

abah : salah semua jawapan!

anak beranak : erk. ok, bendera putih.

abah : jawapan dio ialah bunga TAYAR!!!!!hahahahaha

cehhhhh ceittttt hahahahahaha!!!! korang mampu? 

ps : mengumpulkan teka teki

Monday, May 13, 2013

All I had is gone!


sekarang, lagu ni menjadi kegilaan aku. IMPOSSIBLE! ni semua gara-gara aku dengar version lelaki punya. yang di bawah ni merupakan penyanyi asal lagu nih.




haaa, sejak aku dengar version lelaki punya, ouh mai god, hati aku cair. Aku dah jatuh hati dengan his voice dah. hehehehe. well, dengar la kedua²nya, dan pilih la ikut selera masing². 



ps : falling out of love is hard. falling for betrayal is worse. 

a good deed

kalau dah berniat nak buat perkara baik tuh, jangan la fikir dua kali, sebab kali ke 3 anda fikir, anda akan tak jadi buat baik. sape yang pernah terjadi perkara ni kepada dia? as for me, sometimes, I do think twice untuk buat baik, ye la, takut orang kata macam² seperti, alah, saje r tu nak tunjuk baik etc². tapi lepas lama² fikir, aku cam rasa pelik dan janggal plak sebab fikir banyak kali nak buat benda baik hahahahaha. lain la kalau nak buat benda jahat tuh. 

this time, aku nak share pasal benda yang berlaku betul² depan mata aku. masa tengok nih, hampir menitis gak air mata tapi aku tahan je ( hati sayu ). hari sabtu ari tuh (kepada sape² yang pernah terbaca status aku pasal pergi basuh kereta tapi lupa nak bawa duit), aku hantar kereta ke kedai untuk dibasuh. masa tuh kol 6 ptg dh, orang kata x elok basuh lewat petang sebab akan cepatkan proses pengaratan berlaku, ye la, sebab dah tak de cahaya matahari untuk keringkan kan? aku bertekad untuk basuh kereta sebab kereta dah sangat kotor, sampai tak lalu untuk naik dah. 

nak jadi cerita, pergi lah hantar mak dulu kt rumah sepupu dia. sepupu dia pun suggest la pi basuh kat kedai nih. yang terkejutnya, orang yang basuh kereta aku ialah makcik yang berusia around 40 dengan sorang anak dia. time aku tengok makcik nih, luluhnya hati aku....sedih teramat. sanggup membasuh kereta demi mencari sesuap nasi. selalunya, orang lelaki yang basuh kereta kat kedai, sebab pekerjaan ni dianggap hanya untuk kaum adam. 


anak makcik tu yang gigih mengelap kereta aku. memang cekap menandakan dah banyak kereta dia basuh


nak jadi cerita lagi, duit aku tidak mencukupi untuk bayar duit basuh kereta which is RM18 ( paling mahal setakat nih untuk Adam aku ). so tu cite len, finally memang ada duit la untuk bayar.

yang betul nak share ialah tiba² sorang pakcik aiskrim ni stop depan kitorang la. I supposed he is the husband of that aunty but i was wrong. Pakcik ni datang hanyalah untuk memberi dua cawan aiskrim kepada makcik dan anak dia.... :'( sedangkan pakcik yang jual aiskrim tu pun mampu memberi aiskrim dengan percuma kepada mereka yang tidak mampu, apatah lagi kita ni yang hidup dengan penuh keinginan? :'(

Masa aku tau aku tak cukup duit untuk bayar basuh kereta tu, aku ingatkan nak bayar je RM 14 tu, ye la, sebab memang dah tak cukup duit kan, lagipun time tu aku fikir, makcik ni gila mahal bagi harga untuk basuh Adam aku. then tiba², Allah gerakkan hati untuk cukupkan jugak duit sebanyak RM18 tuh. tetiba, sape sangka kejadian seperti ini berlaku depan mata. serius, I feel humiliated sangat² sebab berkira nak bayar balance lagi RM4 tuh :'( ya Allah, kedekutnya aku nak share rezeki yang Engkau bagi ni dengan hambaMu yang lain :( takburnya aku nih! 

then makcik tu plak basuh kereta memang tip top la. semua sudut dia lap. :( ya Allah, memang tak bersyukur sangat kan aku nih?? 

ps : balik rumah dalam keadaan yang sangat malu dengan pakcik aiskrim

Friday, May 3, 2013

the end of practical





















so pictures do speak louder than words :) i will u olssss girls!!!! till next time.

ps : dugaan dan cabaran menjadi guru