Wednesday, May 14, 2014

please be aware

kisahnya, anak-anak murid aku semangat sangat untuk praktis for this coming sambutan hari guru. aku ni dah kemain letihnye. baru pi sekolah ari nih sebab baru abis kursus dan segala games rugby (owhh..lupa nak habaq, kat skola ni aku jadi SU ragbi since ayah aku jadi coach ragbi kan. so everywhere he goes, I'll follow him). 

kalau kira ngan jari ni kan, about a week la untuk praktis....adeiiiiii can u do this my students? I hope WE CAN DO THIS TOGETHER! 

Melihatkan kan semangat anak murid aku menyebabkan aku pun jadi berkobar2. ye la, ni tahun pertama perancis diperkenalkan di sekolah nih. for sure, everyone is eager to know at least a little bit about french language kan. voilaaa....haaaa, kali nih, meh le dengar puas2 time persembahan tu nanti. sure semua nganga mulut loas2 kan. amek kau hehehehehe


oiitttt tolong jangan gelak. hahahaha lagu nih aku ajar ke mana sahaja kaki aku jejak. SSP, Sains Jeli....sekarang tempat aku posting plak. next in line tak tau la kan. hahahaha....ok la, lagu bebudak. kasi lagu panjang2, kang sekali dengan aku fenin pale nih.....kuat sangat botol budu goncang bile student aku sebut french.....alah, normal la kan untuk beginner. aku dulu lagi teruk kot. hahahaha...first experience.

skola aku akan sambut hari guru pada 26 Mei nih. hermmm tema lak Back To School. maksudnya, cikgu cikgi kena pakai pakaian sekolah. and akan ada winner yang akan dapat award bersempena dengan penampilan paling menyerupai pelajar. eh, cikgu perempuan is not allow to put any make up on their face. kihkihkihkih 

ps : esok sambung lagi latih budak untuk koir. sekian

Monday, May 12, 2014

aihhh entah ke mana la kan

selamat petans semua. sure la petang kan sebab sekarang dah pukul 4.49 petang bersamaan dengan hari Isnin, 12 mei 2014. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan pada hari ini untuk menghembus nafas di atas bumi yang dipinjam dari Allah ini. cam ne jehidupan kekawan sekalian? baik? sihat? sakit? masalah kewangan? maka, istighfarlah untuk mencari ketenangan. bukan mencaci maki hamun bagai ye hehehehe. ok no offense. 

hajat di hati konon nak update blog paling kurang 5 post in a month, tapi haram jadah, sign in blog pun tak. kemanakah hilang kesemua semangat dan janji manis itu???! Don't ask me. ehhh, kan ke ko tuan punya badan? Cippodah. 

disaat aku sedang menulis ini, aku baru abis attend kursus. yes, Kursus. kursus PPGB. haaaa....cikgu baru, apa itu kursus PPGB? jeng jeng jeng. ekceli, I am not in the mood untuk attend kursus ni sebab aku tengah asyik menonton game yang ganas manas iaitu ragbi sempena dengan MSSK 2014 bertempat di Maktab Sultan Ismail pada 10-12 Mei 2014. what to do, petang 11 hb tu, got a phone call from opis kata aku kena p seminar guru baru di JPN. walawehhh....kena ah beb. final match ragby xleh tengok. gua sakit ati. gua sakit ati. gua sakit ati. berpanas selama 2 ari di padang, last2, cannot watch the final? sakit hati kan? plis r sokong aku nih. 

makanya, dengan berat hati, aku pun pi la JPN (yang sebenarnya kena bawa laptop and pendrive)! yes, cam ne aku nak tau semua benda tu????? pi sekolah pun tak kan. dalam hati, Ya Allah, semoga laptop2 nih tak digunakan semasa kursus. and yes, Allah makbulkan doa aku!!! Alhamdulillah. tak guna pun laptop time kursus tuh. ( dalam hati, kesian cikgu cikgi len yang bawa beg laptop berat2 )

haaaa....meh la aku explain sikit sementara malas lagi nak siapkan keje skolah kan. PPGB ini ialah satu program baru untuk cikgu2 yang baru dipostingkan. Full name dia ialah Program Pembangunan Guru Baru...haaa, kalau anda guru baru and masih tak dipanggil untuk PPGB ini, don't worry, JPN masing2 kan settle down kan. macam aku nih, baru posting 1 April 2014, hari ni dah 12 Mei 2014, dah attend satu kursus under PPGB. ok la, aku kire efficient la kan kerja dia. ok, tak nak elaborate pasal benda len. aku nk pokus ke PPGB.

cikgu baru sekali, meh la baca lagi apa aku nak tulis nih. dalam PPGB nih, kita sekalian makhluk baru di sekolah dikehendaki membuat satu folio (agak tebal folio ni) yang diletakkan di dalam fail tebal ring. untuk buat folio nih, kena rujuk Modul yang siri ke 3. modul latest siri nih, kalau ikut En. Zairul Anuar (timbalan pengarah unit latih dan pembangunan staf JPN), masih tak boleh didapati secara online sebab diorang tak finalise lagi. so, tunggu la ye. tapi tadi time kursus tuh, aku dah tengok apa benda yang perlu diisi. 


haaaa....ni yang aku snap contoh folio yang sempat dibelek2 tadi. hope akan membantu kepada sesape yang tengah buat folio tu ye.

dalam PPGB ni gak, kita kena buat kajian tindakan dan PROJEK. kajian tindakan tu tak sesusah yang disangka. insyaallah simple jer. kan dah biasa buat masa kat IPG dulu kan? yang susah sekarang ni ialah kita kena jadi pengarah untuk satu projek, buat kertas kerja, cari bajet, dan melaksanakannya. yang paling penting, kena ada pelaporan....walawehhh guys, macam best je kan jadi pengarah nih hahahahah.

Folio dan segala bagai nih, kita kena siapkan dalam tempoh setahun perkhidmatan. contohnya aku start posting 1 April 2014, maka by 1 April 2015, aku dah kena submit everything termasuk folio, kajian tindakan and projek. kajian tindakan and projek ni masukkan sekali dalam folio yang tebal tuh. ehhh, paham ke apa aku explen? aishh, rujuk je la isi kandungan fail yang aku snap tu :) 

harapnya kerja kerja sebegini tak membebankan kita para guru baru untuk terus membentuk lapisan masyarakat yang baik sahsiah. 

lupa nak habaq, ada soft copy gak, tapi sebab aku tak bawa benda alah usb tuh, makanya tunggu je la kawan aku emelkan dekat aku hehehe. hope info ni membantu la korang semua tambah2 sape yang blur pasal PPGB nih. 


ps : nasib aku simpan segala kerja2 n surat lantikan di sekolah . phewww

Wednesday, January 22, 2014

my olympus.

dalam hidup aku, aku tak pernah guna kamera selain brand Olympus. aku tak tahu kenapa tapi aku suka dengan brand Olympus. mebi sebab mak aku yang start beli olympus, and aku tengok pun ok, so aku pun guna la olympus gak. 

Before pergi Perancis, aku guna Olympus slide down. Tapi lama², aku boring guna kamera tu, sebabnya everyone guna DSLR. hehehehe entah kenapa hati ini meronta² nak DSLR gak. tapi before beli, aku tengok dulu DSLR kawan². hermmm, dah la besar, berat plak and macam membebankan je bile travel jauh² sebab nak bawa kamera. stop², this is my personal opinion about DSLR. so, guys out there jangan marah yer. jadi, lepas survey, aku decide untuk beli compact DSLR yang mana lagi kecil, easy to use dan paling penting, RINGAN! 

so, I went to Low Yat and start searching. cari punya cari, ada sorang promoter ni keluarkan brand Olympus E-PL1. first look, Oh my God, aku suka kamera nih even tak tahu apa function pun lagi. sebab kamera ni light sangat. hahahaha. berat tu penting sebab tak nak la bila pi travel nanti akan hesitate bawa kamera because of overweight. phewwwww....Kenangan tu mesti diabadikan di dalam gambar. 


sape yang nak tahu lebih pasal kamera nih, haaaa...klik olympus E-PL1

yang paling terkejutnya, aku baru dapat tau pasal kegunaan i-auto. tu pun tengah search² utube and tetiba terjumpa pasal kegunaan basic untuk kamera ni. dalam tu, dia ajar macam mana nak guna option i-auto. Wow! so senang rupanya. tak payah adjust² manually dah. tak sabar rasanya nak apply option i-auto nih.

ye la, kalau ikutkan kamera aku ni dah tak up to date dah sebab sekarang dah E-PL5. kamera aku ni pioneer untuk Olympus Pen nih. kalau compare dengan E-PL2, tak banyak beza pun. so far, aku berpuas hati dengan gambar² yang diambil. tu guna manually, hope bila option i-auto nanti, kamera akan Magnifique gitu. hehehehehe voila voilu.

ps : mengetes i-auto

Tuesday, January 14, 2014

I feel like talking

salam , hai , hello and selamat malam rakan². apa khabar anda? sihat ke pada tarikh 14 Januari 2014? tup², tak sedar dah pertengahan Januari dah. Masa dengan cepat meninggalkan kita semua. alang² dah update blog ni kan, aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada yang dah melangsungkan perkahwinan dan kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan. alhamdulillah, bahagia dengan banyaknya masjid yang terbina and hopefully akan berkekalan hingga ke nafas yang terakhir. amin.

( mode nak sangat cari gambar pengantin n lagu pengantin tapi malas sangat )

dan tanpa tak sedar gak, rupanya dh 7 bulan aku tanam anggur kat rumah nih. sape nak anggur, mai la amik kat umah aku nih, bertimbun siap boleh kasi free lagi ahaks :p. Dalam 7 bulan tuh, ada gak jadi cikgu ganti kejap kat Sains Jeli. ok la dari tak buat pape, boleh timba pengalaman murid. lagipun, ni kira pengalaman baru bagi aku sebab aku dapat mengajar dua jantina yang berbeza. dulu, time SBE ( School Based Experience ), aku p TKC, then praktikal lak aku p SSP. semuanya all girls schools. so, this time bila dapat ajar dua jantina berbeza, memang lain bebeno kerenah budaknya. jenis yang nak tarik attention cikgu jer, jenis yang memang menggedik menggatal segala meng memang dapat kat die pun ada, jenis yang pendiam dan macam² lagi la. semua tu tinggal kenangan sekarang.

Since dah duk kat rumah nih, nak pot pet pot pet dengan kawan memang susah sikit kan :( ye la, masing² jauh and bila terasa nak call, tak de orang layan. semua orang busy dengan gadget masing. aku memang setuju sangat bila orang kata teknologi ni memisahkan manusia di alam realiti. nak mesej orang plak, terasa cam ganggu jer. giler lonely kan? hahahahaha...bila dah jauh macam nih, baru rasa rindu kawan². betul lah, rindu tu hanya untuk orang yang berjauhan jer. aku rasa makin jauh di mata, makin jauh di hati.

tambahan plak, tibe² tadi mak aku cakap yang time interview spp ari tu, ada dalam 800++ graduan yang tak lulus....berita apakah ini???? and aku tanya balik, mana dapat tau. then mak aku cakap kawan dia GTAU die. oh nooo...mana kawan dia dapat berita tu plak? hope sangat yang khabar angin sebegitu tak benar ( walaupun geng aku ni tak dapat lagi surat lulus interview spp, think positif walhal orang len semua dah dapat ). kononnya time interview ari tuh, aku sendiri tanya pegawai tu bila kami posting, dia cakap insyaallah Januari. tapi, ni dah mid januari :( oh januari, jangan dikau bertindak kejam kepada kami yang keangguran nih....aku nak hidup, and hidup ni perlukan duit. moga² ada perkhabaran gembira dari abang posmen kelak. amin.

apa lagi aku nak membebel nih, owhhhh tahun ni bakal menyaksikan dua kawan baik aku di sekolah menengah dulu bakal mengakhiri zaman bujang. tahniah sahabat. tumpang gembira. btw, facebook aku sejak dari oktober tahun lepas memang penuh dengan invitation wedding sampai satu tahap, malas dah nak on fesbuk nih.

ok la, nantila aku bebel lagi. sekian dari kampung bandar hulu.

ps : irama menghitung hari di dalam hati semakin galak berbunyi



Wednesday, January 1, 2014

ho ho ho 2014.

kekawan. hari ini menandakan hari pertama untuk tahun 2014. tapi bagi aku, tak de pape yang special pun untuk tahun nih. nak kata bakal bertunang, jauh panggang dari api. hahahahaha...so untuk masa sekarang, bertunang berkahwin etc² yang melibatkan rumah tangga memang lambat lagi. tapi hope this year something interesting will happen la kan? :) AMINNNNN

pejam celik pejam celik, maka sudah berakhir tahun 2013. sebenarnya aku tersangat la rasa masa ni cepat sangat perginya walhal aku rasa macam baru abis SPM, tup² tahun ni dah 20+++ dah umur.. eh umur? aku lahir tahun 1988. kira sendiri ah. semua pandai Matematik kan? hehehehe parents pun dah bising bila nak kawen. aku rasa hal ini akan dialami oleh semua yang senasib dengan aku. erm, bukan tak nak kawen, tapi aku dah tersangat la selesa being single :)  kalau nak kawen tu tunggu la bila aku jumpa someone yang bila aku tengok die, aku rasa AWESOME! hahahaha ke ada orang yang sudi carikan? kenyit² mata sekali ahaks.

erm. tak tau dah nk tulis apa. jumpa next time lak. 

ps :  1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Monday, November 11, 2013

A vacation of course.

finally, a vacation after a very long time :p . thanks to my friend yang organise this trip until finally, ianya menjadi realiti. sudah semestinya setelah penat bekerja and membanting tulang, seorang manusia itu memerlukan SOMETHING untuk release stress or tension ketika bekerja. as for me, a vacation is more than enough ^_^

beberapa minggu sebelum terjadinya percutian ini, my friend texted me untuk tanya disponibility pada tarikh 7 - 9 nov. then, tanpa berfikir panjang aku reply YES. semestinyala jawapannya Yes sebab aku rasa aku worth untuk pergi bercuti setelah bekerja selama hampir 2 bulan di sekolah sebagai guru ganti ( erk....agak² bila dah jadi guru permanent macam mana la ye ). 

percutian kali ni as follow :
  1. aku bertolak from Kelantan ke Bandar Al Muktafil Billah Shah pada 6 Nov.
  2. sebaik sahaja sampai di sana, kami ( aku n kawan aku yang bernama Sykin, satu sekolah menengah dulu iaitu SMAPK ) bertolak ke Shah Alam kerana pada keesokkan harinya, akan bertolak terus ke Penang dari Shah Alam.
  3. on 7 Nov, kami bertiga ke PENANG.
hah? bertiga? eh, tetiba jadi 3 orang plak kan? hehehe ini sebabnya kami pergi jemput kawan yang sorang lagi yang berda di KL. walaupun nampak cam jauh je trip ni, ye la, aku dari Kelantan, then ke Terengganu, then Shah Alam baru la Penang, tapi ini semua terjadi sebab just nak guna 1 kereta je. so fine la. 

kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. sebaik sahaja tiba di Penang, destinasi kami yang pertama untuk merasa mee udang yang femes amos tuh yang terletak di sungai 2. udang laut beb, udang laut tapi malangnya, aku alergik udang nih, so wateba. aku minta mee biasa jer ;'( .

then, kami naik jambatan menuju ke Pulau Mutiara. hehs, last aku pi Penang ni masa umur 13 tahun kot, time ayah aku grad kat USM. so almost 12 years la kan hehehehe. sampai sahaja di pulau tersebut, kami terus ke Batu Feringgi. Tujuan utama cari chalet dulu. survey punya survey, aku rasa the best harga n ok la kan ialah RM120 per night. view memang mantap sebab bukak je pintu terus ngadap laut beb. memang kalau tsunami melanda, innalillah. Apa lagi, check in, campak beg dan kami terus bertukar pakaian untuk berparasailing. wiheeewwww, cuak n gelabah sebab this is the first time parasailing. RM150 untuk 2 orang. tak tau la ni harga murah ke mahal, tapi kalau mahal pun bedal je la kan? berada nun di atas laut membuatkan mulut aku non stop berkumat kamit. ye la, buatnye bot tu mati enjin n kitorg pun menjunam ke dasar laut macam mana? hehs. but worth to try :p . selain itu, mandi² di pantai, p nasi kandar beratur kat kedai nama Line Clear, n pasar kat batu feringgi tu. nasi kandar LIne Clear tu memang SEDAP. lain dari yang lain.

second day ialah misi mencari Penang strees art. hehehehe. Penang kan femes dengan street art nih. kami menghabiskan masa hampir 2 jam berjalan kaki di bawah sinaran mentari yang terik ( owhhh Penang sangat panas ). fort cornwalis juga tidak dilupakan selain menjejakkan kaki ke padang kota lama. alamak, lupa nak inform, aku rasa berat aku naik sepanjang 3 hari ni sebab asyik makan non stop jer. kami juga ke Chowrasta yang terletak dekat dengan Line Clear tuh. pi sana sebab nak beli segala mak nenek jeruk nih. sekilo dapar harga RM10. petang tu plak, lepak je depan fort cornwalis sebab memang mengadap laut kan. lepak sampai sunset n ke malamnye. tapi, time kitorg gi fort tuh, aku rasa macam rugi je masuk sebab die sort of tak terjaga sikit, and macam kecik. sayang la tempat sejarah macam tu tak dijaga. hope makin ok la in the future. 

third day, kami dah nak bertolak balik. so kami bersarapan di kedai mamak tepi jalan jer. makan roti canai. tapi roti canai kat sini pelik sikit la sebab roti tersebut dilimpahi kuah ( bukan my feveret makan roti canai dengan kuah melimpah² ni ). sp finally aku tak habis pun makan roti canai tuh ;( rasa sedap tapi still aku tak leh makan roti canai yang banjir dengan kuah. eh lupa nak gtau, kami naik feri on the way balik tuh. jeti tuh terletak sebelah fort cornwalis tu jer. hehehehe. 

di sini, aku nak share sedikit, , bila kita nak kenal dengan seseorang tuh, travel lah dengan orang tersebut. maka anda memang akan mengenali dengan lebih mendalam lagi. and this is sooooo TRUE! no doubt at all. 

maka, aku nak share la sedikit mikit gambar time kat Penang.

































ps : boleh tak aku malas nak rotate gambar? hehehe



Monday, September 23, 2013

so lonely.

I've been through a hard situation this week. menitis jua air mata ni menahan amarah yang amat. tapi beginilah adat resam apabila bekerja. bila dah berlaku, orang dah tak fikir salah sape, apa yang orang fikir, siapa punca?

u guys mesti pernah main telefon buruk kan? alaaaa....yang kita bisik kat someone ni and then that someone akan pass the message dengan berbisik dengan orang lain. orang yang last sekali dapat mesej tuh akan sebut dengan kuat. pernah main kan? so, this is what happen to me :( 

like I said, aku gtau pasal benda lain, tapi lastly bila sampai kat orang len benda lain. come on guys, ko tak dak hitam putih lagi, then surat pun ko tak tengok lagi, dah berani cakap confirm????!!!! jenis apa cam nih?! 

then sorang nih plak terlebih excited pi suruh ayah kol. tak pepasai libatkan ayah sekali. beb, kok ye pun ko nak pindah kan, sabar r dulu, tak lari ke mana pun sekolah nih! yang jadi mangsa nye aku tawu! sorry agak kasar sikit rasa entry this time sebab aku memang marah gile. bongok tak bongok punya orang.

and tak pepasal plak, tiba² sampai ke johor. what the chicken is this! aku cakap offer letter, bukan surat pindah! THIS IS OFFER LETTER. do u get it or not? bukan surat cakap ko confirm pindah. then, tinggal seminggu lagi borang pindah tu nak tutup tapi isinye belum. cam ne nak pindah? yang ganu tu plak gedik² dah nak mai sini. 

kalau nak pindah, sila jangan susahkan and burukkan nama orang. rezeki masing². ko jangan buat naya orang sudah r. kesian woi kat orang ko buat cam tuh. aku ni dah la jenis tak tahan masalah. finally orang tak cari ko, tapi orang cari aku. ni sebab telefon buruk punya pasal la nih. 

macam nak pecah tau jantung aku bernafas sekarang sebab tahan marah. aku kalau nak buat perangai, no hal tapi sebab aku ni ada otak lagi, and aku x pikir diri sendiri jer. come on la, ketuk lutut ko bunyi tak otak!!!! ngenggggg

ps : mengantuk awal. sleep. byebai

Wednesday, September 4, 2013

be positif :)













































ps : biar hina di mata manusia, asalkan mulia di hadapan Allah

Monday, September 2, 2013

saya ok saya dah besar

best giler membajak buah nanas di rumah. hahahahaha if u know what i mean :p peace yoooo. tapi tu la, kita ni bukan budak lagi, bukan mak ayah nak kasi duit lagi dah ari² ( erkkkk...ayah aku yang bayar kereta aku sekarang ), bukan nak merengek nak benda tu benda nih. sekarang nih, dah besar, tak kan nak minta duit dengan parents lagi kan. huihhhh, tak kerja lagi ni yang jadi masalah nih. rezeki masing². certain orang umur baya aku nih dah kawen, siap ada yang beranak yang ke 4 dah. wow what an achievement! bak kata aku tadi, rezeki orang lain². insyaallah kalau dimurahkan rezeki, aku akan jadi cikgu ganti bahasa perancis di sains jeli bermula minggu hadapan sampailah cuti hujung tahun. boleh la kumpul duit sikit². nak tunggu posting memang harapan la, khabar berita pun tak de nih. 

selain itu, sejak aku memaku kaki di rumah tak bergerak² nih, ayah aku asyik tanya je bila nak kawen...haih abah abah...siapa tak nak kawen kan, tu sunnah nabi. tapi aku nih entahlah, dah ilang rasa nak berkasih sayang tu ( eh ahahaha ). kiranya terkunci rapat la. so now, hope nanti I'll fall in love after marriage, boleh? mesti wonderful je, eh ye la, hidup ni tak semua indah kan, tapi sekurang²nya nak gak la merasa bercinta lepas kawen nih. everything is halal. so, anyone want to marry me? hahahahaha bongok gile kan aku nih. tak pe la, sekali sekala otak lari station sikit, so dianggap ok :p peace lagi yooooo.

apa lagi nak updet? haih, nasib la ada blog nih, boleh la aku mengarang sikit², sekurang² sape² yang baca tu kononnya cam berbual dengan aku la :) hahahahaha

nanti aku updet lagi ok bile idea. blog ni bukan siyes², just untuk pendapat and sharing sajo :p

ps : tak sabar menanti ahad depan. semua akan berubah. blink²

Tuesday, August 20, 2013

of salt and onion hahaha

hahaha. hari ni hari paling lawak bagi aku. sebab apa? disebabkan semalam aku gaduh besar dengan adik aku, maka kami telah bertukar kerja. biar dia je yang memasak etc². keje aku hanya lipat kain. nak dijadikan cerita, die dah siap masak ni maka ayah aku pun balik la from skul. and for sure nak makan nasi yang dimasak oleh anaknya. 

aku : abah, start ari ni, anak abah hok ni masak.

abah : ( sambil buka saji n makan daging goreng ) .....ya Allah, masinnyo!!!! kye, masak balik daging nih.

adik aku : sory abah, terlebih garam....

die dah tau masakan die terlebih garam, bukan nak tanya aku cam ne nak edit. bergaduh punya efek. hamek kau. yang nak makan nasi pun tak jadi, tergelak je aku tadi hahahaha...len kali tanya la cam ne rasa ni ok ke tak. ni tak, seciput daging, garam segumpal. haih adik aku sorang nih.

so bila adik aku masak terlebih garam nih, aku teringat la 1 peristiwa kat france. masa tu ramadhan. so bila turn aku masak, selalu aku akan buat air panas time sahur, and selalunya aku akan buat air teh la sebab tu senang and diterima ramai :) ....entah 1 ari nih, aku rasa aku mamai agaknya la. aku tertukar botol gula dengan botol garam. aku rasa aku dah amik botol gula, tapi tersalah gak. akibatnye kesian la kawan aku yang minum nih. mak aih, muka die aku xleh nak lupa sampai ari nih. ye r, imagine la kalau 1 jug tu kita biasa letak gula 2 senduk setengah, haaaa, bila tertukar botol ni, maka aku pun letak la garam sebanyak tu juga. puiiiiiiii tak berani aku rasa air tuh bile tengok reaksi muka dia cam tuh. hahahahaha sori fren. so sebagai tanda minta maaf, terus aku buat air yang len hahahaha :) pahit manis bersama housemate aku ^____^

semua orang pun ada kisah dengan garam betul tak? heeheheheni tips aku la, kepada sesape yang termasak lebih garam tuh, cam tadi adik aku buat daging goreng, so aku rebus balik daging tu sebab nak keluarkan masin dia, then masak cam biasa balik. kalau kuah tuh, tuang je spruh kuah n tambah air sikit, n edit la apa yang patut. ikut logik sikit :) yang x pandai lagi masak tuh, blaja la. better start from now. nanti dah ada anak, sape nak masakkan untuk anak ko???!!!! 

ps : baik makan masakan sendiri sebab kita tau apa benda di dalam dari makan kat luar. entah² banyak aji dari benda len. botak r pale gue nanti

Sunday, August 18, 2013

raya mode.

selamat hari raya :) hehehehehe bulan syawal ni bulan ganti puasa. eh? :) hehehe jangan lupa puasa 6 ye kawan². well², raya kali ni raya sakan cek. raya pertama je stay rumah. start raya ke dua, aku dah pi mai pi mai tang tu dengan my sisters. hehehe. 

tapi raya tahun ni kurang ahli. kakak and adik bawah aku. diorang tak dapat cuti raya. alkisahnye di pagi raya ayah aku dapat call dari kakcik ( adik aku ) yang nangis². biasalah, first time beraya di tempat orang. alah, cam aku dolu² time kat france. kuikuikui merasa la ko bila tak dapat balik time raya. diorang ni balik malam raya ke tiga.

alkisah lagi, selalu time raya kakak aku merangkap angah la yang akan menjadi chef di dapur. disebabkan tahun ni dia tak dapat balik, maka aku la yang mengambil alih tempatnye. phewwwwwww nasib la pengalaman memasak di perancis telah banyak ku kutip. fisrt raya aku buat mihun sup, second raya aku buat lontong. third raya plak aku buat mee kari. hahahaha fourth raya buat roti jala dengan angah sebab die dah balik. angah menjala roti sementara aku plak menjala kari di atas dapur ngeh ngeh ngeh. nasib la ilmu memasak di dapur takde la seciput mana. boleh la nak masak kalau ada orang datang tu kan.

tapi, nak jadi cite plak, lidah aku buat hal time raya nih. semua benda aku rasa macam toya jer. malam raya tu aku buat kek coklat moist. kol 12 tengah malam u olls. dah siap bagai, aku rasa la kan kek tuh. eh, pehal tak sedap nih????!!!!! ikut hati memang aku nak campak buang dah kek tuh ( eh eh, selalu kalau kek aku tak jadi, memang aku baling luar tingkap je ), tapi disebabkan ni adik aku punya kepingin nak makan kek coklat moist, maka aku pun biaq la bawah saji. yang tak menahan, walaupun tak sedap, aku siap letak coklat bagai sebagai hiasan hahahaha.

bangun pagi esok, usai solat raya bagai, bukak saji, eh dah tinggal sikit kek coklat aku? melihat sekeliling, aku lihat sepupu aku melahap kek tu. oh mai???? kek tu tak sedap kot. deng. habis la aku lepas ni orang cop tak pandai masak. tiba², 

mak su : kakye, sedap la kek tuh. sapo masak?

kakye : ( dengan berat ati ) kakye. mak su sindir ko gapo nih?

mak su : dok la, betul la. die juicy gitu, pah tak manis, sesuai dengan selera maksu.

kakye : eh? ( diam sejuta diam) 

rupa²nya, lidah aku la payau. padan la semua makanan aku rasa tak sedap. almong london je yang aku rasa sedap hahahaha. tu memang biskut peberet aku. hantaran nanti almond london ye cik abang hahahaha. 

di sini, aku sertakan sekali berjuta keping gambar sekitar raya :) selamat melihat yooooor :p voila voilu voili