Friday, July 3, 2009

jenis2 org

ari ni aku nk share mklumat yg aku jmpa...mcm berguna je utk dijadikan pedoman dlm idup nih


1. Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
( besarnye kerajaan aku...terasa beb...)

2. Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
(time aku ditimpa musibah plak....:celaka sungguh org nih!!!!!!! astaghfirullah....)

3. Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
( bile susah je ingt tuhan tp bile senang hanyutttttttttttt......)

4. Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.
(eh....aku bersyukur..alhamdulillah)

4. Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
(sesetengah org...lek r, muda lagi...ish3)

5. Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
( eh eh eh....aku? hehehe)

6. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
(sempitnye umah aku)

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
(nk umh besar, kn wt byk amal....tb2 tersedak plak amal budak klas aku tuh..hehehe)

8. Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. (diam x dapat berkata)

9. Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg tidak mahu berkongsi maklumat dan menyampaikan maklumat kepada org len...sekian...

ps : kita dlm golongn yg mana?

No comments: