hai semua ^_^..harap sihat2 ye...kalau sakit, pandai2 la bawa diri ke hospital amik ubat..ceh, pandai cakap dekat orang bila sakit gi hospital, tapi diri sendiri, gi hospital bila kronik jer...
kali ni nak share sikit apa yang dapat dari surat cinta DIA...alhamdulillah...segala tanda tanya dalam diri selama ni sudah terjawab...dulu, pernah terbaca artikel pasal artikel wardina susukan anak sampai umur 2 tahun...time tu, dalam hati, 'eh, 2 tahun? dah besar kot budak tuh...'..dalam hati tertanya2 gak, betul ke kena susukan anak2 sampai umur 2 tahun nih? dan alhamdulillah, dengan takdir Allah, aku jumpa dalil tu dalam al quran...
'dan ibu - ibu hendaklah menyusui anak - anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna.' ( al-baqarah : 233 )
dari petikan ayat ini, kita nampak kan selama mana seorang ibu tu harus susukan anak-anaknya. dari yang aku faham, Allah tak paksa hamba2Nya untuk susukan anak selama 2 tahun. sebab apa? sebab lagi jelas dan terang lagi ayat selepas tu, 'bagi yang ingin menyusui secara sempurna'. dari ayat ni, semua ni bergantung atas ibu tu sendiri, sama ada dia nak susukan anak dia sampai umur 2 tahun ke, ataupun sebelum tuh. aku suka baca part yang 'menyusui secara sempurna' tu. sebabnya hanya apabila kita susukan anak tu sampai umur 2 tahun, baru lah sempurna. sinon, tak sempurna penyusuan tuh. kalau ikutkan, zaman sekarang ni, sangatlah jarang seorang ibu tu nak susukan anaknya sehingga berusia 2 tahun disebabkan kesibukan bekerja segala bagai.
jadi, untuk pastikan anak tu dapat penyusuan yang sempurna, susukanlah sehingga usianya menginjak 2 tahun. dapat pahala lebey, tak rugi pape pun kan ^_^
ehem2, kalu nak tanya pasal pengalaman, memang silap orang sebab aku KAWEN pun belum ni..hehehe...just tulis entry kali ni untuk pengetahuan am jer.sebab semua orang akan bergelar ibu satu hari nanti.
voila2 entry kali nih....fikir2kan lah ye wahai ibu2 sekalian. susu segera tu memang sedap, tapi susu badan tu lagi banyak khasiatnye.
ps : masa kecik dulu minum air teh dalam botol susu sebab sedap

No comments:
Post a Comment