Tuesday, April 2, 2013

C'est notre destin

U know what guys, when I updet this entry, aku tegah stress sebenarnya. Stress sebab this week, aku akan di observe sebanyak 3 kali. n hari ini iaitu bersamaan dengan 2 April ( untuk mengelakkan ketidakfahaman ), baru je selesai 1 observe. tinggal lagi dua iaitu esok n lusa. CHAYYOK MALIN!

when I am stressed, kadang² aku ada mood untuk ber bla3 tapi aku tak suka ajak orang sembang bile stress, sebab takut termengumpat. Eh ye ke? 


whatever la. so, nasib la aku ada blog. Alhamdulillah, kadang² aku tulis je apa aku nak tulis, dan memang rasa sangat lega. Sebab when I have idea tentang apa yang nak ditulis, n if aku tak tulis mengenainya, sumpah hati aku tak tenang sehinggalah aku tulis pasal benda yang aku nak tulis tuh. EH PEHAl berbelit aku tulis nih? Anda faham ke? kalau faham, memang anda menjiwai saya :p


apa yang aku nak ceritakan ialah, semalam, semasa aku memandu, tetiba suka la otak menerawang ke tempat lain memikirkan perkara² yang indah. sedang indah dibelai impian² yang aku rasa tak kesampaian ( tengah driving nih, kadang² memang aku khayal ), aku pun tersedar lalu tengok kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya. Masing² memecut dengan lajunya n ada gak yang steady drive kereta yang memang kalah la kan kereta aku kalau nak buat perbandingan. Then, tiba² aku terfikir benda nih, 

' manusia ni kalau dah tau temapt nak dituju, dan memang bertambah tahu bahawa tempat tu menarik, memang akan terasa ketidaksabaran untuk tiba ke sana seperti perasaan bila kita nak melancong ke tempat orang lain. Certain orang, disebabkan terlalu tidak sabar sangat untuk tiba serta meneroka tempat itu, maka mereka memecut dengan laju kereta mereka ( even viva pun ko sanggup pecut sampai 140km/j. Hamek ko! ). Certain orang len plak, walaupun tak sabar, tetapi masih steady memandu sebab mereka masih waras. kenapa? sebab diorang tau risiko memandu laju, dan jalan raya ni ada undang² yang kena dipatuhi. kalau kita langgar peraturan jalan raya, maka ada la natijahnye. ' ( malin, 1 April 2013 )

jadi, apa yang kita boleh implikasikan daripada pemikiran aku nih? Perasan tak yang DnT kita pun macam nih? Perasan tak? kita tau penghujung ceritanya ialah syurga tetapi sedar tak, certain orang, terlalu 'pecut' sangat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling? macam touch n go. kenapa nak terkejar² sangat nih? sekarang nih, pemahaman ke silibus yang penting? 

peraturan jalan raya nih sama la dengan cara kita tengok masyarakat sekeliling. Apabila berada di dalam masyarakat yang jahil, tak guna nak 'pecut²' nih. Like I said, slow and steady. nanti pecut entah ke mana, masyarakat entah ke mana. 


and kita pun tau, highway ni bersimpang siur. macam tu juga lah dengan hidup kita nih. jangan fikir smooth jer, sebab kita bukan hidup sendiri. kita hidup bermasyarakat. 

PS : pesanan untuk diri sendiri, dalam keadaan iman yang semakin hari semakin menurun. Usrah, serulah aku dimana kau berada. 


No comments: