Sunday, August 18, 2013

raya mode.

selamat hari raya :) hehehehehe bulan syawal ni bulan ganti puasa. eh? :) hehehe jangan lupa puasa 6 ye kawan². well², raya kali ni raya sakan cek. raya pertama je stay rumah. start raya ke dua, aku dah pi mai pi mai tang tu dengan my sisters. hehehe. 

tapi raya tahun ni kurang ahli. kakak and adik bawah aku. diorang tak dapat cuti raya. alkisahnye di pagi raya ayah aku dapat call dari kakcik ( adik aku ) yang nangis². biasalah, first time beraya di tempat orang. alah, cam aku dolu² time kat france. kuikuikui merasa la ko bila tak dapat balik time raya. diorang ni balik malam raya ke tiga.

alkisah lagi, selalu time raya kakak aku merangkap angah la yang akan menjadi chef di dapur. disebabkan tahun ni dia tak dapat balik, maka aku la yang mengambil alih tempatnye. phewwwwwww nasib la pengalaman memasak di perancis telah banyak ku kutip. fisrt raya aku buat mihun sup, second raya aku buat lontong. third raya plak aku buat mee kari. hahahaha fourth raya buat roti jala dengan angah sebab die dah balik. angah menjala roti sementara aku plak menjala kari di atas dapur ngeh ngeh ngeh. nasib la ilmu memasak di dapur takde la seciput mana. boleh la nak masak kalau ada orang datang tu kan.

tapi, nak jadi cite plak, lidah aku buat hal time raya nih. semua benda aku rasa macam toya jer. malam raya tu aku buat kek coklat moist. kol 12 tengah malam u olls. dah siap bagai, aku rasa la kan kek tuh. eh, pehal tak sedap nih????!!!!! ikut hati memang aku nak campak buang dah kek tuh ( eh eh, selalu kalau kek aku tak jadi, memang aku baling luar tingkap je ), tapi disebabkan ni adik aku punya kepingin nak makan kek coklat moist, maka aku pun biaq la bawah saji. yang tak menahan, walaupun tak sedap, aku siap letak coklat bagai sebagai hiasan hahahaha.

bangun pagi esok, usai solat raya bagai, bukak saji, eh dah tinggal sikit kek coklat aku? melihat sekeliling, aku lihat sepupu aku melahap kek tu. oh mai???? kek tu tak sedap kot. deng. habis la aku lepas ni orang cop tak pandai masak. tiba², 

mak su : kakye, sedap la kek tuh. sapo masak?

kakye : ( dengan berat ati ) kakye. mak su sindir ko gapo nih?

mak su : dok la, betul la. die juicy gitu, pah tak manis, sesuai dengan selera maksu.

kakye : eh? ( diam sejuta diam) 

rupa²nya, lidah aku la payau. padan la semua makanan aku rasa tak sedap. almong london je yang aku rasa sedap hahahaha. tu memang biskut peberet aku. hantaran nanti almond london ye cik abang hahahaha. 

di sini, aku sertakan sekali berjuta keping gambar sekitar raya :) selamat melihat yooooor :p voila voilu voili 
































Friday, July 19, 2013

tanam buoh lanah

siapa faham tajuk entri this time? hehehehe...sape orang kelantan? u? u? and u? well, yang tak faham tu, sorry. maksud tajuk ni ialah tanam buah nanas. owhhh saje je nak berborak kosong di permulaan.

ok. now, saya menganggur setelah hampir sebulan lebih tamat pengajian. bukan tak nak cari kerja, tapi atas permintaan ayah saya, makanya saya stay di umah untuk membuat service di rumah. owhh, gaji dibayar dalam bentuk monthly payment for my Adam ( my car ). and road tax sekali. kalau nak duit belanja plak, minta je anytime anywhere. owhh sungguh heaven living like this..but, until when nak bergantung hidup dengan ayah kan? umur pun bukan sikit, dah banyak dah. kadang², bila terasa nak beli something, just minta je jumlah berapa and ayah akan kasi. u know what, when i was small, hidup kami tidak seperti ini. 

kami tak diberi kemewahan. kami diajar erti kesusahan. susah ooo hidup dulu. kalau la dari dulu kitorang diajar erti mewah, nescaya aku tidak seperti ini pada ketika ini. kalau dulu, apa je yang aku nak belum tentu dapat. tapi sekarang ni minta je, insyaallah akan dapat dalam sekelip mata. mampu ke aku nak didik anak² aku nanti? eh kawen pun belum hahahahaha.

setakat tu dulu la setakat nih.

ps : menjaga nenek yang baru kena strok. pray for her.


Wednesday, May 15, 2013

halwa gigi putih hahahaha

pada hari ni, di dalam kereta WXC 6222, kami bermain teka teki antara parents dengan anak beranak. :) hahahahahah

abah : teko, bunga apa warna hitam?

anak beranak :
1. bunga taik ayam
2. bunga lukisan
3. bunga mati
4. bunga dalam peti
5. etc²

abah : salah semua jawapan!

anak beranak : erk. ok, bendera putih.

abah : jawapan dio ialah bunga TAYAR!!!!!hahahahaha

cehhhhh ceittttt hahahahahaha!!!! korang mampu? 

ps : mengumpulkan teka teki

Monday, May 13, 2013

All I had is gone!


sekarang, lagu ni menjadi kegilaan aku. IMPOSSIBLE! ni semua gara-gara aku dengar version lelaki punya. yang di bawah ni merupakan penyanyi asal lagu nih.




haaa, sejak aku dengar version lelaki punya, ouh mai god, hati aku cair. Aku dah jatuh hati dengan his voice dah. hehehehe. well, dengar la kedua²nya, dan pilih la ikut selera masing². 



ps : falling out of love is hard. falling for betrayal is worse. 

a good deed

kalau dah berniat nak buat perkara baik tuh, jangan la fikir dua kali, sebab kali ke 3 anda fikir, anda akan tak jadi buat baik. sape yang pernah terjadi perkara ni kepada dia? as for me, sometimes, I do think twice untuk buat baik, ye la, takut orang kata macam² seperti, alah, saje r tu nak tunjuk baik etc². tapi lepas lama² fikir, aku cam rasa pelik dan janggal plak sebab fikir banyak kali nak buat benda baik hahahahaha. lain la kalau nak buat benda jahat tuh. 

this time, aku nak share pasal benda yang berlaku betul² depan mata aku. masa tengok nih, hampir menitis gak air mata tapi aku tahan je ( hati sayu ). hari sabtu ari tuh (kepada sape² yang pernah terbaca status aku pasal pergi basuh kereta tapi lupa nak bawa duit), aku hantar kereta ke kedai untuk dibasuh. masa tuh kol 6 ptg dh, orang kata x elok basuh lewat petang sebab akan cepatkan proses pengaratan berlaku, ye la, sebab dah tak de cahaya matahari untuk keringkan kan? aku bertekad untuk basuh kereta sebab kereta dah sangat kotor, sampai tak lalu untuk naik dah. 

nak jadi cerita, pergi lah hantar mak dulu kt rumah sepupu dia. sepupu dia pun suggest la pi basuh kat kedai nih. yang terkejutnya, orang yang basuh kereta aku ialah makcik yang berusia around 40 dengan sorang anak dia. time aku tengok makcik nih, luluhnya hati aku....sedih teramat. sanggup membasuh kereta demi mencari sesuap nasi. selalunya, orang lelaki yang basuh kereta kat kedai, sebab pekerjaan ni dianggap hanya untuk kaum adam. 


anak makcik tu yang gigih mengelap kereta aku. memang cekap menandakan dah banyak kereta dia basuh


nak jadi cerita lagi, duit aku tidak mencukupi untuk bayar duit basuh kereta which is RM18 ( paling mahal setakat nih untuk Adam aku ). so tu cite len, finally memang ada duit la untuk bayar.

yang betul nak share ialah tiba² sorang pakcik aiskrim ni stop depan kitorang la. I supposed he is the husband of that aunty but i was wrong. Pakcik ni datang hanyalah untuk memberi dua cawan aiskrim kepada makcik dan anak dia.... :'( sedangkan pakcik yang jual aiskrim tu pun mampu memberi aiskrim dengan percuma kepada mereka yang tidak mampu, apatah lagi kita ni yang hidup dengan penuh keinginan? :'(

Masa aku tau aku tak cukup duit untuk bayar basuh kereta tu, aku ingatkan nak bayar je RM 14 tu, ye la, sebab memang dah tak cukup duit kan, lagipun time tu aku fikir, makcik ni gila mahal bagi harga untuk basuh Adam aku. then tiba², Allah gerakkan hati untuk cukupkan jugak duit sebanyak RM18 tuh. tetiba, sape sangka kejadian seperti ini berlaku depan mata. serius, I feel humiliated sangat² sebab berkira nak bayar balance lagi RM4 tuh :'( ya Allah, kedekutnya aku nak share rezeki yang Engkau bagi ni dengan hambaMu yang lain :( takburnya aku nih! 

then makcik tu plak basuh kereta memang tip top la. semua sudut dia lap. :( ya Allah, memang tak bersyukur sangat kan aku nih?? 

ps : balik rumah dalam keadaan yang sangat malu dengan pakcik aiskrim

Friday, May 3, 2013

the end of practical





















so pictures do speak louder than words :) i will u olssss girls!!!! till next time.

ps : dugaan dan cabaran menjadi guru

Tuesday, April 16, 2013

laki pun boleyyyy


gelak tak? pemanis muka di kala sakit otak memikirkan ayat² untuk buat karangan bahasa melayu. aiiiiii berkurun lama ku rasakan tidak pernah menulis karangan di dalam bahasa melayu. blog ni terkecuali la sebab ayat entah pape je kan :p well well well

btw, cantik gile rambut model laki nih. kalah owww girls out there. hahahahaha

one thing i wanna share, nowadays, seems like power bank is wajib untuk ada dalam beg. what is power bank? haaaaa..... ni la dia contoh power bank. aku guna jenis ni sebab aku tengok adik aku guna ok jer. ada banyak brand. brand ni iaitu Yoobao aku beli dekat MPH. untuk 11000 = RM189. aku tak tau la harga ni murah ke mahal tp since aku ada boucher buku 1 Malaysia tuh, so aku guna la. 



kenapa power bank nowadays diibaratkan macam laki yang ke dua? sebab nowadays, semua guna pakai fon. before this, aku ingatkan benda ni tak penting tapi sejak berada di padang seharian, dan tiada plug untuk cas fon, sedangkan anda nak buat fonkols banyak kali, haaa time ni la gunanya power bank. huhuuh :) direct after menonton ragbi di padang, terus aku kedai MPH untuk grab one. insyaallah tak rugi pun beli power bank untuk sape² yang guna internet di fon die. 

tapi, make sure before beli tuh, tengok dulu bape tahap power bateri anda. let say, S2 around 1700, so dengan power bank yang 11000 nih, aku boleh cas fon dalam 6 +++ cam tuh. baru berbaloi. ianya juga berguna apabila anda travel jauh² n ambil gambar kat fon. so USEFUL bak hang. jadi apa tunggu lagi, pi la cari satu untuk diri sendiri! dunia teknologi sekarang macam² ado :p jangan risau, bile beli power bank, dia kasi gak pelbagai jenis benda cucuk² ( hahahah aku x igt dh guna terme apa ) untuk fon lain, contoh nye, aku boleh cas handfon nokia yang lubang kecik tuh. :) so, jangan ingatkan bile anda pakai fon yang tak tacskrin, ada tak leh guna power bank ^____^

ps : habiskan lah boucher buku tuh. bulan 5 xleh guna dah

Monday, April 15, 2013

2 weeks ++++ more

eh kelip kelap kelip kelap, rupa2nya dah nak the end of practical. tak sedar kan? masa itu bergerak terlalu pantas ke? kalau kita buat something yang berbaloi, then time worth it. tapi, kalau membazir macam itu saja, then u have wasted your time yang Allah kasi iaitu 24 jam sehari.

owh baru teringat, sepanjang praktikal nih, aku rasa weekend lepas merupakan weekend terbaik buat aku sepanjang praktikal kat sini. antara perkara penting yang berlaku sepanjang hujung minggu ini ialah :
1. my parents datang
2. dapat tengok games rugby cobra under 16
3. dapat bawa mak pi shopping
 ******ouh, bagi sesiapa yang tak kenal diri aku lagi, I am not so into shopping sangat. maksud aku, kalau shopping, aku hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja. ini serius. more than that, kaki aku bengkak and kepala start pusing2. mak aku plak jenis survey barang dulu, haihhhh nasib badan la.
4. dapat bawa parents aku pi kampung baru, KL. jumpa kedai yang sangat best. if korang pi kampung baru, pi makan kat kedai tom yam 3000, sebelah masjid kampung baru. sedap gile bak hang!

ni la kedai tom yam tuh. cari ye nanti :)

5. dapat jadi delivery breakfast untuk team rugby ayah aku. hahahah ni kira point penting ke???? wateve la ko malin. ;p


tapi, aku telah mengecewakan kawan aku. sepatutnya nak pi reunion. tapi ada berlaku hal yang tidak diingini, maka aku tidak dapat hadirkan diri...i k now ada yang marah dengan aku, tapi aku tak tau nak explain macam mana. so i decide to let it go....


ps : counting days untuk abis praktikal 3 mei. budak2 suruh stay but sorry girls, madame can't stay la kat sekolah nih. hehehehe

Friday, April 12, 2013

Madame kecewa hari ini.

untuk menjadi seorang guru, dalaman mestilah kena kuat! yes yes dan yes! 

hari ini, air mata aku hampir menitis gara-gara kerenah pelajar tingkatan 4. what am I supposed to do? :'( nak marah, pun tak reti sebab tak sampai hati nak marah² or tengking student. 

alkisahnya,apabila pelajar present hasil kerja masing², semua orang tak dengar. how could them. how could they didn't listent. how could.... :( namun, aku menahan kesedihan di hati. untuk tidak mengalirkan air mata yang malu² nak keluar nih, I asked all of them to stand up n answer my question. 

tau tak apa? haaa, time ni la diorang kata tak dengar la, suara presenter slow sangat and so on. retak seribu hati aku :'( maka, aku pun dengan sedih hati meluahkan perasaan aku. 

madame : madame tau awak semua dah memang tak berminat untuk study french lagi kan? sebab tu buat smbil lewa. u don't appreciate others work. imagine, ingat senang ke nak buat dialog. bayangkan kalau anda buat something yang memang priceless to u, then when u present it, nobody listen. how could u feel? rasa best ke? best ke orang tak appreciate anda? 

and bla bla bla.....sedih bila teringat balik

I know french languange tak sepenting subjek² lain, tapi sebagai guru, we did prepare something for u student. kalau sebab tak nak berjasa kepada kerajaan, aku pun tak mengajar ank² orang sombong nih!!!!! korang ingat korang bagus sangat ker? dapat masuk SSP, rasa dah megah sangat ke beb? lebih baik aku mengajar kepada yang nak belajar jer. buat sakit hati mengajar student macam nih. tapi, ni la realiti dan cabaran yang perlu ditangani oleh seorang guru. please student, jangan cabar kemarahan aku. please. aku tak marah sembarangan. if I can control, i can. tapi kalau tak leh, terjungkit korang nanti. 

I love all my students. tak de kurang tak de lebih. sama rata. now, could u love me the same ways as I am? give and take ok? 

ps : ada hujung minggu untuk recover kesedihan. maka marilah bergembira bersama parents. 

Tuesday, April 2, 2013

C'est notre destin

U know what guys, when I updet this entry, aku tegah stress sebenarnya. Stress sebab this week, aku akan di observe sebanyak 3 kali. n hari ini iaitu bersamaan dengan 2 April ( untuk mengelakkan ketidakfahaman ), baru je selesai 1 observe. tinggal lagi dua iaitu esok n lusa. CHAYYOK MALIN!

when I am stressed, kadang² aku ada mood untuk ber bla3 tapi aku tak suka ajak orang sembang bile stress, sebab takut termengumpat. Eh ye ke? 


whatever la. so, nasib la aku ada blog. Alhamdulillah, kadang² aku tulis je apa aku nak tulis, dan memang rasa sangat lega. Sebab when I have idea tentang apa yang nak ditulis, n if aku tak tulis mengenainya, sumpah hati aku tak tenang sehinggalah aku tulis pasal benda yang aku nak tulis tuh. EH PEHAl berbelit aku tulis nih? Anda faham ke? kalau faham, memang anda menjiwai saya :p


apa yang aku nak ceritakan ialah, semalam, semasa aku memandu, tetiba suka la otak menerawang ke tempat lain memikirkan perkara² yang indah. sedang indah dibelai impian² yang aku rasa tak kesampaian ( tengah driving nih, kadang² memang aku khayal ), aku pun tersedar lalu tengok kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya. Masing² memecut dengan lajunya n ada gak yang steady drive kereta yang memang kalah la kan kereta aku kalau nak buat perbandingan. Then, tiba² aku terfikir benda nih, 

' manusia ni kalau dah tau temapt nak dituju, dan memang bertambah tahu bahawa tempat tu menarik, memang akan terasa ketidaksabaran untuk tiba ke sana seperti perasaan bila kita nak melancong ke tempat orang lain. Certain orang, disebabkan terlalu tidak sabar sangat untuk tiba serta meneroka tempat itu, maka mereka memecut dengan laju kereta mereka ( even viva pun ko sanggup pecut sampai 140km/j. Hamek ko! ). Certain orang len plak, walaupun tak sabar, tetapi masih steady memandu sebab mereka masih waras. kenapa? sebab diorang tau risiko memandu laju, dan jalan raya ni ada undang² yang kena dipatuhi. kalau kita langgar peraturan jalan raya, maka ada la natijahnye. ' ( malin, 1 April 2013 )

jadi, apa yang kita boleh implikasikan daripada pemikiran aku nih? Perasan tak yang DnT kita pun macam nih? Perasan tak? kita tau penghujung ceritanya ialah syurga tetapi sedar tak, certain orang, terlalu 'pecut' sangat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling? macam touch n go. kenapa nak terkejar² sangat nih? sekarang nih, pemahaman ke silibus yang penting? 

peraturan jalan raya nih sama la dengan cara kita tengok masyarakat sekeliling. Apabila berada di dalam masyarakat yang jahil, tak guna nak 'pecut²' nih. Like I said, slow and steady. nanti pecut entah ke mana, masyarakat entah ke mana. 


and kita pun tau, highway ni bersimpang siur. macam tu juga lah dengan hidup kita nih. jangan fikir smooth jer, sebab kita bukan hidup sendiri. kita hidup bermasyarakat. 

PS : pesanan untuk diri sendiri, dalam keadaan iman yang semakin hari semakin menurun. Usrah, serulah aku dimana kau berada.