Tuesday, June 12, 2012

road trip

tanggal 28 mei hari tu, akhirnya tercapai juga niat aku untuk bawa parents aku jalan2 ke Europe. diorang selamat sampai pada pukul bape entah :) hehehe...

tapi, sekarang memang tak de mood sangat nak cite sebab entah lah, letih road trip hari tuh tak abis lagi. driving from besancon to munich memang mencabar kewibawaan seorang pemandu kereta. untuk memandu lagi, untuk melancong lagi, untuk jadi tourist guide lagi, then, time on the way balik, semua penumpang tidur kecuali pemandu....memang letih2 yang teramat sangat. sampai satu tahap, aku stop kat parking n tidur untuk 1 jam! hehehehe....nyawa tu lagi penting. ingat tuh. 

nanti nak cari mood untuk update trip bersama parents and peristiwa2 lucu yang berlaku sepanjang trip tuh hehe

ps : hari ni selasa. jumaat pagi I'm off from france. 

Saturday, June 2, 2012

apo keno la.


  • me not pinkish girl
  • me not shopping girl
  • me not make up girl
  • once I like something, I'll buy it no matter what.
  • me like superbike.
  • me bawa kereta laju2. bukan suka2, tapi sebab jalan tu boleh drive laju2
  • me like red too much
  • me not ayu mayu
  • me not lembut2
  • dah2 la kutuk diri sendiri hahaha
so, dengan ciri2 nih, aku ni kategori apa? not girl? tapi dalam surat beranak, ditulis dengan terang lagi bersuluh PEREMPUAN. tak pe, janji maintain hamba Allah :) 


Thursday, May 10, 2012

to mama.


best kan lagu nih? tambah plak ada suara comel budak2. cam comel je lagu nih. first time dengar lagu ni tak ingat dh umur berapa, tapi nak cakapnya first time dengar lagu ni terus menusuk kalbu. ummi ummi ummi.

aku tulis entri ni bukan lah bermaksud aku sambut hari ibu n so on. justnye, nak cakap TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada mama as known as Puan Azizah Hassan sebabnya menjaga aku as known as kakyang dengan baik sekali. ( entri untuk abah next time :p ) 

setiap orang akan menganggap yang mak masing2 merupakan mak yang terbaik di dunia. so do I. terima kasih mama sebab dari kecil jaga kakyang dengan elok. masakkan untuk kakyang, n even time kat sekolah dulu ( sekolah menengah agama persekutuan kajang ), u came to visit me every weekend. alah, biasalah bila berjauhan dari family, first anak plak tuh yang tiba2 tercampak jauh keluar dari kelantan, sure2 la nangis je keje nya. hehehehe. jadinya, bila mama dengar kakyang kol, n yang kedengaran hanyalah tangis esak, so u came with abah. :) every time datang, mama bawakan makanan yang banyak untuk kakyang coz u know that your daughter ni always makan2 n makan2 :) sweetnye time kecil2....*nak jadi kecik balik boleh x? miss the good old days very much.

ingat lagi tak yang kakyang nangis tak nak amik kos french nih? :) haishhh...old memory betul la. time tuh, abah berkeras nak suruh amik course nih. tapi kakyang berkeras nak sambung degree kat universiti malaysia je. tapi abah berkeras gak nak kakyang masuk course french nih!!! so bila masing2 berkeras, masing2 bawa kepala masing2, abah tak nak hantar kakyang kat UPM time hari pendaftaran :( sad kan? mama pun pujuk kakyang time tuh. mama kata France ni pun best apa, timba pengalaman n macam2 lagi. tapi kan, for me, mana2 Universiti pun sama. lastly, disebabkan keras kepala abah, kakyang pun amik la french course nih...tq abah sebab fikir masa depan kakyang. 

mama, kakyang nak ucapkan terima kasih gak sebab sudi melayan kerenah kakyang selama nih. kita selalu je gaduh kan mama? heheheh :) my birthday last year....seminggu sebelum birthday kakyang, kita gaduh teruk... :( even after that, kakyang tak tegur pun mama...ego kan anak mama nih? :( I am so sorry....tapi, kasih ibu tu untuk anaknya...mama masuk bilik kakyang, peluk kakyang n wish birthday kakyang dekat telinga.... :( tq mama for everything...sempat lagi mama cakap, haishhh bila la nak hilang degil nih... :) malam tu, kita keluar gi makan mee kg pek kat tanah merah :) kenangan betul. 


I love both of u now n forever. minta maaf untuk salah silap selama nih.

ps : counting days abah n mama nak datang. hooorrayyyy!!! 

Thursday, May 3, 2012

Dari hati seorang malin

semoga readers semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...amin. Hari nih dah pun 3 mei 2012. kejap kan masa berlalu? perasan tak? rasa macam ari tu je baru new year 2012, tup tup tup pejam celik mata eh, dah masuk bulan 5 dah? dah nak pertengahan tahun dah.... =( apakah maksudnya? 

if dulu, masa mula² sampai France, yes, aku lah orang first yang tak sabar nak balik Malaysia. n even, tahun lepas pun, aku orang first yang cabut balik Malaysia direct after habis jawap exam. balik malaysia tu, memang tawakal habis la! but, this time....kenapa feeling die lain sangat².....? tinggal 43 ari lagi before aku back for good....sepatutnya aku bergembira sebab nak berjumpa dengan family tercinta....tapi kenapa lain sangat perasaan nih.....? =( tell me why....



dulu, sebulan sebelum balik Malaysia, akan start countdown....muka akan happy² je...ceria habis la senang cite,  sebijik macam bunga matahari nih. makin dekat nak balik, makin lebar senyum...

tapi kenapa this time aku tak seceria dulu? =( want to know why? because after this, aku tak akan datang balik dah France nih.... =( ouh sahabat, ketahuilah bukan negara Perancis yang aku rindu dan dambakan, tapi UKHUWWAH!!!!! =( yes, ukhuwwahhhh....the one yang aku cari dalam hidup aku




dari sebelum kenal tarbiyah hingga la saat nih, anda setia bersama....anda bersabar dengan kedegilan seorang malin.... I am stubborn....I know it....but then, bila manisnya ukhuwwah dikecapi, mengapa harus berpisah? =( ....ok, nak cakap aku pemurah dengan air mata, silalah, tapi aku rasa tak rugi mengalirkan air mata untuk persahabatan yang terbina ini...air mata aku tak sia²...dia mengalir sebab aku akan berpisah dengan kawan² yang tak jemu² berjuang bersama demi menegakkan Islam di atas muka bumi ini...susah senang bersama...bila aku down, there is always somebody for me...now, lepas kenal tarbiyah, even when I am alone, aku tak rasa sunyi sebab aku tau, aku still ada DIA....indahnya ciptaan Allah bila dia hadirkan sahabat² seperti anda untuk gtau yang Allah sentiasa disisi kita... =(

dulu, if aku ada masalah, aku akan sentiasa share dengan seseorang...senang cite, if aku ada masalah, memang aku tak leh keseorangan =( time nih, bukan main tak share sikit pun masalah dengan Allah..sombongnya aku =( then, anda hadir dalam hidup untuk gtau yang kita boleh sharing² even dengan Allah =( DIA mendengar....terima kasih sahabat sebab hadir dalam hidup aku..ketahuilah bahawa aku sangat appreciate saat² kita bersama :') a little bit smile for you 



berjumpa kerana Allah, maka berpisah juga kerana Allah :') let's smile again...doakan supaya aku tsabat di jalan ini...ya Allah, kenapa hati ni perit sangat? sahabat, faham tak perasaan di kala ini? =( ... ya Allah, tetapkan lah hati hambaMU ini :'( semoga sahabat²ku sentiasa di bawah limpahan rahmatMU ya ALLAH...amin...

sahabat, jom kita balik bersama..? :'(


ps : jzkk Allah 

Friday, April 27, 2012

coasters :)

Jumaat lepas iaitu bersamaan dengan 20 april, aku pergi ke europa park. ni anta coasters² yang aku naik kat sana :) enjoy nih. btw, ni bukan aku yang rakam hehehe..utube search je.



























and banyak² lagi coaster kat europa park parc tuh. best sangat² pergi sana :) syukur alhamdulillah ada rezeki dapat gi sana.

ps : no ps

Wednesday, April 25, 2012

spring timeee

presentation dah abis.
exam pun dah abis.
esaimen tinggal satu  je lagi.
semua kestressan dah berlalu pergi..
cam tak percaya pun ada bile berjaya lalui semua tuh 
this is student life. ^______^
quote kata² ayah aku
' enjoy la life student ni sementara tak berkerja lagi'.
quote kata² anak yang mithali ( hahaha )
' baik abah! sure I will'

owhh..maksud enjoy kat sini, bukan buat sesuka hati ye. pernah time first year kat France, aku pernah minta kat ayah aku nak masuk kelab malam. sebabnya selalu gile dapat invitation from CLA. Anak mithali tak? nak masuk kelab malam pun tanya ayah hehehe...niat time tuh bukan lah nak berjoget² sampai lupa daratan ke apa, just eager nak tau rupa kelab malam ni cam ne. tu je.

abah cool je bila dengar permintaan si anak. :) LIKE! 
' nak wat gapo la gi kelab male. tak perlu kot. tak perlu nak tau benda² gitu lagu mano. tak dapat pahala pun kalau tau lagu mana. dapat doso ado la. wak bazir duit bas kakye jah. ingat kakye, niat tuh tak menghalalkan cara. duk negara ore nih, keno pandai² jaga diri.'

BAIK ABAH!

eh apa kena la tajuk dengan isi cerita ye? memang tak de kena mengena :) huikhuikhuik

tinggal beberapa bulan je lagi sebelum back for good. so, every minute here, must appreciate it. now spring. spring. spring. iaitu musim bunga. tapi spring ni selalu hujan la. so, sebelum tuh, mari kita baca doa untuk hujan dulu. 


jom hafal doa nih. ^____________^

owh lupa nak inform, kat sini, hujan tak pernah ada guruh macam kat Malaysia. hujan kat sini, memang hujan je la. rintik² air. memang tak de bunyi guruh or petir² semua tuh. tak tau nape. tapi memang cam tuh. kenapa ye Malaysia ada petir n guruh? sape amik bidang kaji cuaca, boleh tolong explain tak? 


ni plak doa untuk dengar guruh. sila hafal gak ye kawang² :p

bon bon bon. jom dengar cite spring kat sini. alkisahnya, ari tu, konon gi photoshoot la kt Planoise. planoise ni tempat tinggal aku dulu. jauh gak la dari bandar. kat sana, ada bunga sakura :) . tak percaya. meh tengok gmbr² 















siap ada sakura putih tuh...

model² kecik 





cantik kan bunga sakura nih? ingatkan ada kt Jepun je. rupanya kat France pun ado. so tak payah nak susah² gi Jepun untuk tengok sakura, France pun ado :p 

akibat dari photoshoot ari tuh, bangun tido esoknye, muka bengkak. =.=' alergik...ye la, time bergambar tuh, peluk kayu bunga segala bagai :( tahan la natijahnya....tak pe la.

cantik kan ciptaan Allah? tenteram jiwa tengok. 

dats all from me :) 

ps : sile jangan jeles. kat Malaysia, ada bunga raya :) hehehe bergambar la dengan bunga raya bunga kebangsaan. 

Monday, April 16, 2012

puhhlisss

sedikit perbincangan dengan my beloved sister...the result : 

1. someone is trying untuk atur hidup aku. trying to interrupt with my choice.
2. someone is trying mengadu domba pasal hidup aku.
3. and banyak lagi benda negatif...

come on :( please....it's over dah la. over. OVER! sampai bila aku kena hidup atas kehendak orang? sampai bila orang tak puas hati dengan aku? :( u guys, kasi lah peluang. give me chance. aku bukan budak kecik dah. i am 24 this years. 24. ni bukan umur budak² dah.

darjat aku tak de bezanya dengan orang yang study kat Malaysia. no difference. sama je. semua dapat degre last sekali. sama je study oversea ke study insea ke study onsea ke hapa ke. aku paling tak suka if orang beza²kan taraf nih. i am for who i am. peluang ni dah memang rezeki. stop la cerita benda mengarut² nih. hidup puas ke dengan lelong cite nih?

don't take me for granted. sabar itu tak de batas. so memang aku tak akan cakap sabar itu ada batas. try bersabar semaksimum mungkin. amik nabi as contoh. manusia ni memang tak pernah puas. 

setiap orang ada pilihan hidup masing. so do I. aku dah ada impian aku sendiri. aku nak hidup aku sendiri. aku nak berdikari. if I need help; then i'll seek for it. :( sile sejarah jangan berulang untuk kali ke2. please don't. 

ps : dugaan aku selalu datan bile exam week ;) akan menghadapinya dengan tenang. amin. 

Sunday, April 15, 2012

Prasangka

' Wahai orang - orang yang beriman ! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari - cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah Maha penerima tobat, Maha penyayang.

49 : 12

setiap manusia tu mesti dalam hidup die, die pernah berprasangkan buruk. owhh, apabila berbicara pasal prasangka nih, dia lebih kepada prasangka negatif ye kawang² sekalian :) rasanya tak pernah dengar lagi berprasangka positif. or mebi ada prasangka positif, tapi tak pernah sampai ke telinga si penulis.

selalunya, bila kita berprasangka? hehehehe..soalan cepumas betul. kadang², bila tengok jiran beli kereta baru, ada je mulut² yang berbunyi, ' eleh setakat kereta tuh , aku mampu beli 20 biji'...subhanallah...jiran senang sikit pun kita tak senang duduk...dari duduk bercakap benda yang tidak berfaedah, apakata kita ucapkan lah sekurang²nya alhamdulillah sebab jiran dikurniakan rezeki lebih. kan ke bagus kalau macam tuh?

kadang², bila tengok benda² pelik sikit, mulalah mulut terkumat kamit berbicara benda² yang buruk. walhal, kesahihan cerita tu belum tentu sure. bagaimana ye? contoh, apabila kawan kita mendapat high marks dalam kelas. sebelum nih dah la kawan tuh tak pernah dapat high marks. jadi, bila dia dapat high marks tuh, mulalah kedengaran cerita² yang tak sedap. antaranya...

1. kalau setakat tiru, baik tak payah bangga² diri. hampeh
2. sure die salin notes dalam kertas kecik tuh. tak kan la die mampu dapat high marks
3. sape duk sebelah die time exam? entah² die tiru budak pandai.
4. and so on....

selalu perkara ni terjadi bila kita masih di bangku sekolah kan? pantang benar tengok kawan high marks, pantang benar tengok kawan dapat markah lebih sikit. kalau boleh, kita nak lebih dari orang lain. kalau boleh, kita nak jadi top 3...tapi, fikir tak, if kita dapat semua tuh, puas ke? hepi tak? hepi tengok kawan merana sorang²? tepuk dada tanya iman.

prasangka ni tak semestinya jadi di kalangan orang yang kita kenal gak. boleh jadi gak first impression kita terhadap seseorang. hahahaha...bab ni memang aku pro la kawang². sebab apa? sebabnya first impression aku kat seseorang SELALUNYA SALAH!!!! poor me...kadang², aku tengok certain orang tu macam garang, tapi sebenarnya tak...bila aku tengok muka garang, mulalah otak ni berfikir yang bukan²....dalam hati, if aku tegur die, agak² die tampar aku tak? ', ' kenapa muka cam nak makan orang je. tak nak la aku tegur, kang tak pasal² kena marah.' ...and etc²...selalunya aku, untuk elak fisrt impression yang macam nih, aku akan tegur orang tuh. supaya aku tak keep thinking negatif about that person :)

tapi kena ingat² plak....tak semua manusia atas muka bumi ni baik...ni just peringatan plak...takut lepas nih, semua fikir positif, sampaikan pencuri masuk rumah pun fikir, 'tak pe lah, nak buat cam ne, dah memang keje die mencuri...'.....haishh.....jangan sampai jadi macam ni ye kawang²....mencuri tu dah salah di sisi agama...berpada² hidup di dunia zaman sekarang.

ps : berprasangka buruk = suuzon. 

Sunday, April 8, 2012

akhirnya tak jadi gak...bon

this morning, got a message from my sister...

my adik : kol abah. urgent.

reaction bila baca mesej nih, nanti² lah. 

then, dapat lagi mesej...

my adik : kye, mama suruh kol lalu ( now ) !!!

this time, baru lah aku on skype kat fon...apalah yang urgent sangat ye? thinking²....maka, telefon pun berbunyi...

mama : haaa...hantaq mesej banyak kali baru nak kol ( mak aku orang kedah ye harap maklum )
me : hehehehe....bkpo suruh tepon? kye nek bukit dengan sae² nih
mama : kakcik kata hang demam. nak bercakap sampai tak kluaq suara..bila demam?
me : ( adehhhh...bile plak aku demam nih? adik aku ni sorang! biasa la suara baru bangun tido tak bape nak klua sangat, dengan serak lagi =.= )
mama : kye demam ke?
me : dok la...standard la tuh soro gitu :)

then, start la masuk topik yang aku try elakkan...

mama : awat kye deactivate fesbuk?
me : ( apa alasan aku nak kasi ek? )
mama : susah la nak kontek ( maksud tersirat die, sila aktifkan balik akaun anda ye )
me : owhhh saje je deactivate fesbuk tuh ( dalam hati cuak sebenarnya. cam pentingkan diri plak bile deactivate fesbuk tuh...tak fikir family di kampung yang nak tengok gambar² anak yang jauh di mata )
mama : kye ada gaduh dengan sape² ke sampai deactivate fesbuk?
me ; eh mano ado: ok jah nih..kye baik jah dengan semua ore...

maka perbualan diteruskan.....abis je sembang², aku bukak gmail, makanya aku tekan link aktifkan balik fesbuk...yes, aku aktifkan balik fesbuk aku. baru 3 ari deactivate :( tak tercapai hadaf aku. tapi tak pe lah...

if kita salahgunakan fesbuk, tu yang tak best tuh. kalau fikir elok², fesbuk ni boleh jadi tempat berdakwah ^_^ banyak info aku dapat dari fesbuk. tabik spring toink² dekat orang yang bersusah payah create page islamik². I LIKE! teruskan usaha murni anda. semoga Allah pandang usaha murni anda itu. amin :) 

ada sebab kenapa aku deactivate fesbuk tuh...tapi bia tuh antara aku dengan Allah je la tau kenapa :) hanya Allah je yang tahu kenapa aku sampai sanggup deactivate fb hehehe. dengan nekad plak tuh. if mak aku tak tegur, fb aku still deactivate till now...but then....

ps : nak amik satu² tindakan tuh, tengok kiri kanan dulu

Friday, April 6, 2012

tik tok tik tok...jam berdetik lagi.

Hari ni dah 6 april. maksudnye kelas tinggal lg 2 minggu je...ok kelas lagi 2 minggu...eh??? maksudnye tak lama lagi dah nak abis la degree nih :) hehehe and....tak lama lagi dah nak balik Malaysia...maksudnye abis je kelas, kena kemas rumah bertungkus lumus...sebabnya kargo akan hantar 5 mei.... n balik Malaysia plak 15 jun....so tak lama sangat dah kat France nih...kejap je kan rasa? rasa macam baru je jejakkan kaki kat sinih...ingat lagi...mula² sampai sini dulu, rasa lama plak 3 tahun tuh....but hari nih? tinggal kira ari je lagi untuk pulang ke tanah air....

 wardrobe yang memberi kepuasan kat aku sebab besar :) sekali dengan aku boleh masuk dalam tuh


 inilah katil bujang aku hehehe 


 rak buku yang diterbalikkan oleh aku sebab bila aku baring kat atas katil, rak ni boleh jadi meja hehe


 papan kenyataan bilik aku ^_^


 meja study aku 



ni speaker kesayangan aku. time stress, aku bukak lagu kuat² sambil nyanyi

voilĂ ²...bilik kesayangan aku. hampir dua tahun aku duk bilik nih....bila balik Malaysia, sure aku akan rindu gile² bilik nih sebab bilik ni simpan seribu satu kenangan...time stress, time aku nangis, time aku ngamuk...semua rahsia tuh ada dalam bilik nih..kadang², time gila datang, aku main bola dalam bilik haahaha...bola besar yang warna merah tuh...kalau nak tengok bola tuh, scroll atas balik, cari dalam wardrobe :) macam cari benda tersembunyi plak...

balik KL nanti, sure tak akan dapat bilik sorang kat hostel. paling kurang 2 orang dalam satu bilik. ermmm...if cam tuh, aku dah xleh guna speaker kesayangan aku :( kalau tak, sure kesian dengan rumet aku nanti...ye la, sebab speaker ni bunyi base die best..aku suka dengar lagu yang ada bunyi base...tak pe la bakal rumet aku, aku dah beli pun headphone yang ada system base... ^_^ so don't wory ye my futur roomie hehehe

rasa lepas ni bilik aku ni dah tak cam ni dah, sebabnya dah nak start packing² barang masuk kotak...so bile bilik bersepah tuh, aku kena tidor kat tempat lain la :( bilik ku sayang, jangan rindu kat aku tau....u r always in my heart...

ps : bilik aku memang kena ada rak buku. sebab aku tak suka sepahkan meja study dengan buku banyak² atas tuh. sebabnya aku tak leh stadi atas katil, aku tak leh study sambil berbaring. bukan sebab takut tertido ke apa, tapi sebab nanti bile baring terlalu lama, aku tak leh bangun hahaha sakit belakang :p 

Sunday, April 1, 2012

susahnya mengambil keputusan

usia semakin meningkat. bukan lagi zaman kecik² dulu di mana setiap keputusan, parents yang tentukan. setiap kali ada masalah, memang parents yang setel down kan. ye la, kecik² apa je tau. ye dok? 

to those yang tak berapa kenali si penulis or admin blog nih, mari lah kenali diri beliau hehehe 

1. paling tidak suka benda melekit². if tangan terkena air manis sikit, bulu meremang satu badan. 

2. tidak boleh shopping untuk jangka masa yang lama. and it is prouven by my fren. hehehe...siyes, aku suka je tengok barang² kat kedai, tapi untuk shopping sampai berejam² tu memang tak boleh la. paling lama aku boleh ialah 2 jam. yes, 2 jam. sebab kalau lebih dari limit tuh, kaki aku akan bengkak n sakit kepala mula menyerang. 

3. seseorang yang tak boleh tengok barang² sepah. certain org suka sepahkan barang². ok, aku ok jer dengan orang yang suka sepah²kan barang² nih, but plis la, lantai tu sila bersapu. nak campak baju atas lantai ke, atas kipas ke, aku tak kisah tapi untuk lantai tak bersapu, me cannot go maaaa sebab aku mempunyai kulit yang agak sensitif :( so kadang² kulit muka aku nih alergik dengan habuk² n debu²..

4. seseorang yang tidak tahan masalah. ^___^ jangan disangka luaran nampak macho, tapi percaya lah bahawa saya merupakan seseorang yang tidak mampu menguruskan emosi apabila bermasalah. when i am in trouble, aku akan cuba sedaya upaya untuk lari daripada masalah itu. yeah, that's not good rite? kalau cam tuh, to my futur husband who ever he is, bear in mind ye :) sila bersabar dengan saya 

5. seorang yang menepati masa.kata orang, melayu selalu lambat. jadi, jadilah melayu yang tepati masa. aku agak bengang dengan orang yang tak tepati masa nih. sebabnye apa? masa orang yang menunggu tu membazir begitu saja. try to be puncture :) kalau ada masalah di tengah jalan, xpe gak. ni dak, memang dah sikap tak tepati masa. ok, aku tak suka laki jenis cam nih. 

6. bak kata kawan², aku ni jenis yang cerewet. tapi aku pun tak tau aku cerewet jenis cam ne :) ye la, diri sendiri kot. kawan tu ibarat cermin kita. so, aku percaya lah yang aku ni cerewet. :) 

7. apabila aku tak dapat benda yang aku nak, biasanya aku akan menangis!!!! yeah, ini adalah kenyataan. bukan min² or tipu². this is the real me. dari kecik lagi aku macam nih. but sekarang, kurang sikit nangis tuh, tapi aku akan try dapatkan gak apa yang aku nak eventhough harga die mahal. aku pun tak tau kenapa aku macam nih, tapi terima la diri aku seadanya. if aku tak beli barang yang aku nak, akan terbawa² sampai dalam mimpi. ini hanyalah cerita betul semata². tiada rekaan. 

8. ....habis dah! hehehe

so, aku rasa tu je point² penting pasal diri aku nih. I love all my friends with all my hearts. haishhh....tak lama lagi, sure sorang² akan kawen n kita dah tak akan lepak no more :( aku dah tak leh gi rumah kawan² aku bile malam. tak leh nak gedik² dah dengan kawan² aku. ye la, sebab bila diorang kawen, tak kan nak kacau umah tangga orang kan? apa lagi? kalau ada masalah, selalu gi rumah kawan or kawan datang rumah :( tapi kalau semua dah kawen??? haishhhh....aku tak ready lagi untuk kehilangan kawan² aku :( i am not ready yet...

ps : miss the good old days. 

Tuesday, March 27, 2012

just a ...

sejam lebih berbicara dengan abah, sejam gak berbicara dengan mama...walaupun masa first cakap dengan mama, first aku dapat is leteran n bebelan dari seorang ibu...

'hah, bakpo baru tepon?? marah ko mama la tuh? aduii...anak² zaman loni tak leh tegur sikit nah...kito ni duk bimbe kat dio..bulehnyo tak tepon...' bla bla bla n bla...

heart relief :) rindu nak dengar bebelan macam tu setelah lama aku merajuk :) abah gelak je...hehehe..minta maaf ye abah mama sebab tak kol hampir sebulan :) bukan sengaja tapi biasa lah hehehehe...









lega hati bila dapat sembang lama dengan parents. ;( 

ps : baru je lega hati sembang dengan parents, tiba² hati terdissappoiiiinnnteedd balik....