Tuesday, April 16, 2013

laki pun boleyyyy


gelak tak? pemanis muka di kala sakit otak memikirkan ayat² untuk buat karangan bahasa melayu. aiiiiii berkurun lama ku rasakan tidak pernah menulis karangan di dalam bahasa melayu. blog ni terkecuali la sebab ayat entah pape je kan :p well well well

btw, cantik gile rambut model laki nih. kalah owww girls out there. hahahahaha

one thing i wanna share, nowadays, seems like power bank is wajib untuk ada dalam beg. what is power bank? haaaaa..... ni la dia contoh power bank. aku guna jenis ni sebab aku tengok adik aku guna ok jer. ada banyak brand. brand ni iaitu Yoobao aku beli dekat MPH. untuk 11000 = RM189. aku tak tau la harga ni murah ke mahal tp since aku ada boucher buku 1 Malaysia tuh, so aku guna la. 



kenapa power bank nowadays diibaratkan macam laki yang ke dua? sebab nowadays, semua guna pakai fon. before this, aku ingatkan benda ni tak penting tapi sejak berada di padang seharian, dan tiada plug untuk cas fon, sedangkan anda nak buat fonkols banyak kali, haaa time ni la gunanya power bank. huhuuh :) direct after menonton ragbi di padang, terus aku kedai MPH untuk grab one. insyaallah tak rugi pun beli power bank untuk sape² yang guna internet di fon die. 

tapi, make sure before beli tuh, tengok dulu bape tahap power bateri anda. let say, S2 around 1700, so dengan power bank yang 11000 nih, aku boleh cas fon dalam 6 +++ cam tuh. baru berbaloi. ianya juga berguna apabila anda travel jauh² n ambil gambar kat fon. so USEFUL bak hang. jadi apa tunggu lagi, pi la cari satu untuk diri sendiri! dunia teknologi sekarang macam² ado :p jangan risau, bile beli power bank, dia kasi gak pelbagai jenis benda cucuk² ( hahahah aku x igt dh guna terme apa ) untuk fon lain, contoh nye, aku boleh cas handfon nokia yang lubang kecik tuh. :) so, jangan ingatkan bile anda pakai fon yang tak tacskrin, ada tak leh guna power bank ^____^

ps : habiskan lah boucher buku tuh. bulan 5 xleh guna dah

Monday, April 15, 2013

2 weeks ++++ more

eh kelip kelap kelip kelap, rupa2nya dah nak the end of practical. tak sedar kan? masa itu bergerak terlalu pantas ke? kalau kita buat something yang berbaloi, then time worth it. tapi, kalau membazir macam itu saja, then u have wasted your time yang Allah kasi iaitu 24 jam sehari.

owh baru teringat, sepanjang praktikal nih, aku rasa weekend lepas merupakan weekend terbaik buat aku sepanjang praktikal kat sini. antara perkara penting yang berlaku sepanjang hujung minggu ini ialah :
1. my parents datang
2. dapat tengok games rugby cobra under 16
3. dapat bawa mak pi shopping
 ******ouh, bagi sesiapa yang tak kenal diri aku lagi, I am not so into shopping sangat. maksud aku, kalau shopping, aku hanya mampu bertahan selama 2 jam sahaja. ini serius. more than that, kaki aku bengkak and kepala start pusing2. mak aku plak jenis survey barang dulu, haihhhh nasib badan la.
4. dapat bawa parents aku pi kampung baru, KL. jumpa kedai yang sangat best. if korang pi kampung baru, pi makan kat kedai tom yam 3000, sebelah masjid kampung baru. sedap gile bak hang!

ni la kedai tom yam tuh. cari ye nanti :)

5. dapat jadi delivery breakfast untuk team rugby ayah aku. hahahah ni kira point penting ke???? wateve la ko malin. ;p


tapi, aku telah mengecewakan kawan aku. sepatutnya nak pi reunion. tapi ada berlaku hal yang tidak diingini, maka aku tidak dapat hadirkan diri...i k now ada yang marah dengan aku, tapi aku tak tau nak explain macam mana. so i decide to let it go....


ps : counting days untuk abis praktikal 3 mei. budak2 suruh stay but sorry girls, madame can't stay la kat sekolah nih. hehehehe

Friday, April 12, 2013

Madame kecewa hari ini.

untuk menjadi seorang guru, dalaman mestilah kena kuat! yes yes dan yes! 

hari ini, air mata aku hampir menitis gara-gara kerenah pelajar tingkatan 4. what am I supposed to do? :'( nak marah, pun tak reti sebab tak sampai hati nak marah² or tengking student. 

alkisahnya,apabila pelajar present hasil kerja masing², semua orang tak dengar. how could them. how could they didn't listent. how could.... :( namun, aku menahan kesedihan di hati. untuk tidak mengalirkan air mata yang malu² nak keluar nih, I asked all of them to stand up n answer my question. 

tau tak apa? haaa, time ni la diorang kata tak dengar la, suara presenter slow sangat and so on. retak seribu hati aku :'( maka, aku pun dengan sedih hati meluahkan perasaan aku. 

madame : madame tau awak semua dah memang tak berminat untuk study french lagi kan? sebab tu buat smbil lewa. u don't appreciate others work. imagine, ingat senang ke nak buat dialog. bayangkan kalau anda buat something yang memang priceless to u, then when u present it, nobody listen. how could u feel? rasa best ke? best ke orang tak appreciate anda? 

and bla bla bla.....sedih bila teringat balik

I know french languange tak sepenting subjek² lain, tapi sebagai guru, we did prepare something for u student. kalau sebab tak nak berjasa kepada kerajaan, aku pun tak mengajar ank² orang sombong nih!!!!! korang ingat korang bagus sangat ker? dapat masuk SSP, rasa dah megah sangat ke beb? lebih baik aku mengajar kepada yang nak belajar jer. buat sakit hati mengajar student macam nih. tapi, ni la realiti dan cabaran yang perlu ditangani oleh seorang guru. please student, jangan cabar kemarahan aku. please. aku tak marah sembarangan. if I can control, i can. tapi kalau tak leh, terjungkit korang nanti. 

I love all my students. tak de kurang tak de lebih. sama rata. now, could u love me the same ways as I am? give and take ok? 

ps : ada hujung minggu untuk recover kesedihan. maka marilah bergembira bersama parents. 

Tuesday, April 2, 2013

C'est notre destin

U know what guys, when I updet this entry, aku tegah stress sebenarnya. Stress sebab this week, aku akan di observe sebanyak 3 kali. n hari ini iaitu bersamaan dengan 2 April ( untuk mengelakkan ketidakfahaman ), baru je selesai 1 observe. tinggal lagi dua iaitu esok n lusa. CHAYYOK MALIN!

when I am stressed, kadang² aku ada mood untuk ber bla3 tapi aku tak suka ajak orang sembang bile stress, sebab takut termengumpat. Eh ye ke? 


whatever la. so, nasib la aku ada blog. Alhamdulillah, kadang² aku tulis je apa aku nak tulis, dan memang rasa sangat lega. Sebab when I have idea tentang apa yang nak ditulis, n if aku tak tulis mengenainya, sumpah hati aku tak tenang sehinggalah aku tulis pasal benda yang aku nak tulis tuh. EH PEHAl berbelit aku tulis nih? Anda faham ke? kalau faham, memang anda menjiwai saya :p


apa yang aku nak ceritakan ialah, semalam, semasa aku memandu, tetiba suka la otak menerawang ke tempat lain memikirkan perkara² yang indah. sedang indah dibelai impian² yang aku rasa tak kesampaian ( tengah driving nih, kadang² memang aku khayal ), aku pun tersedar lalu tengok kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya. Masing² memecut dengan lajunya n ada gak yang steady drive kereta yang memang kalah la kan kereta aku kalau nak buat perbandingan. Then, tiba² aku terfikir benda nih, 

' manusia ni kalau dah tau temapt nak dituju, dan memang bertambah tahu bahawa tempat tu menarik, memang akan terasa ketidaksabaran untuk tiba ke sana seperti perasaan bila kita nak melancong ke tempat orang lain. Certain orang, disebabkan terlalu tidak sabar sangat untuk tiba serta meneroka tempat itu, maka mereka memecut dengan laju kereta mereka ( even viva pun ko sanggup pecut sampai 140km/j. Hamek ko! ). Certain orang len plak, walaupun tak sabar, tetapi masih steady memandu sebab mereka masih waras. kenapa? sebab diorang tau risiko memandu laju, dan jalan raya ni ada undang² yang kena dipatuhi. kalau kita langgar peraturan jalan raya, maka ada la natijahnye. ' ( malin, 1 April 2013 )

jadi, apa yang kita boleh implikasikan daripada pemikiran aku nih? Perasan tak yang DnT kita pun macam nih? Perasan tak? kita tau penghujung ceritanya ialah syurga tetapi sedar tak, certain orang, terlalu 'pecut' sangat tanpa menghiraukan keadaan sekeliling? macam touch n go. kenapa nak terkejar² sangat nih? sekarang nih, pemahaman ke silibus yang penting? 

peraturan jalan raya nih sama la dengan cara kita tengok masyarakat sekeliling. Apabila berada di dalam masyarakat yang jahil, tak guna nak 'pecut²' nih. Like I said, slow and steady. nanti pecut entah ke mana, masyarakat entah ke mana. 


and kita pun tau, highway ni bersimpang siur. macam tu juga lah dengan hidup kita nih. jangan fikir smooth jer, sebab kita bukan hidup sendiri. kita hidup bermasyarakat. 

PS : pesanan untuk diri sendiri, dalam keadaan iman yang semakin hari semakin menurun. Usrah, serulah aku dimana kau berada. 


Friday, March 15, 2013

common sense atau sixth sense

situasi A ( di stesen minyak )
aminah : alamak, duit aku ada RM2 je nih!!!! cm ne nk isi minyak nih?
ali : oh ye ke?

Situasi B ( di klinik )
aminah : beb, duit aku x cukup nih nk byr ubt
ali : nah ( dengan cepat menghulurkan duit )

Situasi C
Aminah : aku demam nih......aku x larat gile
Ali : kesian ko ( smbil berlalu pergi ) 

Situasi D ( hari² tumpang kereta )
Aminah : alamak, minyak kereta dah nak abis dah.
Ali : pergi lah buh minyak.

Situasi E
Aminah : kita nak ke mana ari nih?
Ali : aku x kisah jer, nnt duit minyak aku byr sikit kat ko. ye la, tumpang kereta nih, bukan minyak je yang kena kira, letih driver lagi, then kilometer lgi. 

Situasi F 
Aminah : beb, aku ada beli makanan nih. kalau ko nak, ambil la.
Ali : ( tanpa segan silu menghabiskan semua makanan yang dibeli oleh Aminah )

Situasi G
Aminah : Alamak, makanan aku dah abis. dah la lapar.
Ali : Aku ada maggi dalam almari. ambillah.

dalam banyak² situasi di atas, yang mana satu memang orang tu ada common sense? aku rasa kesian yang amat bagi sape² yang idup dengan orang yang kurang common sense nih. ye la, bab ni bukan kena belajar kat sekolah pun. ni kira pandai² la fikir sendiri. umur dah boleh kawen, tak kan lah kita nak ajar satu² kan? betul tak? 



kesian nanti dekat anak² kalau kita sendiri bersikap kurang common sense. sekian

ps : diharap bersabar. 

Tuesday, March 12, 2013

tetiba saya tertidur

Bonjour classe! yes, saya nak ambil mood seorang guru yang mengajar di sekolah. kepada sesiapa yang ingin beristerikan seorang guru disebabkan membayangkan bahawa profesion guru ini hanyalah bermula dari 7.30 pagi sehingga pukul 1.30 petang, maka ANDA TELAH MEMBUAT KESILAPAN BESAR!!! ya, anda telah membuat kesilapan besar dengan memikirkan sebegitu rupa. kerana kerjaya guru pada hari ini bermula dari pagi sehinggalah sebelum mata dilelapkan. 

                                                           
cikgu pada hari ini, setiap ari balik kerja kol 4.30 minimum. owhh minimum...hehehe minimum kol 4.30 beb. maksimum sesuka hati anda. 

first week aku datang sekolah nih, aktiviti petang aku ialah tidur sebab tak tahan dengan bebanan kerja yang banyak. ingatkan life student tu dah hectic dah, rupanya ada yang lagi worst! tidur petang, bangun tengah malam. wow, best kan life cam nih? marilah kita berjumpa di dalam mimpi. marilah kita bershopping di dalam mimpi. ingat lagi perbualan dengan abah :

me : kakye tengah demam nih...
abah : ermmm tu la, sebab kakye letih dengan load kerja yang banyak nih
me : tak tau la

sejak datang ke sekolah nih, tetiba jer antibodi aku jadi lemah, dah sebulan lebih kat sini, dah 2 kali aku demam. poor me right? how to survive kalau kejap hujan kejap panas dengan otak penat fikirkan lesson plan yang tak sudah²?

cikgu praktikal memang penat hari² sebab lesson plan. saya setuju n saya ambil semua tu as cabaran hidup saya. every teacher pun ada experience macam tu. so jangan complaint banyak². once in a lifetime jer. yes, marilah cool down kan pemikiran anda, anda jadi cikgu praktikal once in a lifetime je. 

                                             

nasib lah n sangat² bersyukur my parents both are guru. so every time aku letih, i called them and diorang menenangkan jiwa raga aku yang tak tahu dah nak describe cam ne. keadaan ni telah menguatkan azam aku untuk terus sambung belajar. sebabnya i don't like to be in stress situation. who does right? dah la aku ni jenis tak leh tahan sangat dengan stress² nih. kalau stress, ada la kerja yang aku buat nanti ( hahahaha, aku pernah post pasal aktiviti yang akan aku buat bila aku stress ). 

kesimpulannya, semua profesion dan kerja letih. dan paling penting, guru sekarang bukan lagi seperti guru zaman dulu. owhhhhh, sangat heaven if guru boleh balik pukul 1.30 like before. mebi boleh macam tu tapi dalam mimpilah beb! hahahaha jadi, jejaka² di luar sana, sila hentikan mimpi anda yer jika anda ingin berkahwin dengan seorang guru hanya kerana dia dapat melayan kerenah serta menyediakan minum petang sebaik anda balik dari kerja. entah², your futur wife nanti balik kerja lagi lambat dari anda.

ps : jangan terasa di luar sana ye. post ni tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah xde. just pendapat aku jer sejak menjadi guru praktikal di Sekolah Seri Puteri. sekian. 

Saturday, March 2, 2013

rumah anak muridku

Satu hari, aku mengajar macam mana nk describe rumah masing². alkisahnye....

cikgu : ok pelajar, sekrang describe rumah kamu berdasarkan apa yang madame ajar.

pelajar : baik.

seketika kemudian....

pelajar A : madame, rumah saya 3 tingkat, macam mana nak describe?

cikgu : sepeciles

pelajar B : madame, rumah saya byk pièces nih. tak terdescribe plak..

cikgu : sepicilesss lagi

pelajar C : madame, macam mana nak cakap rumah saya sangat wow?

cikgu : besar sangat ke rumah kamu nih? 

pelajar D : madame, banyak sangat nak kena tulis ayat sebab saya pun tak ingat dah susunan rumah saya

cikgu : ( dalam hati, KAYA²nya student aku nih!!!! )

maka, si cikgu telah memikirkan cara untuk mengatasi permasalahan ini iaitu dengan memberi gambar rumah yang telah disiap dilukis!!!! SEKIAN

ps : terasa rendah diri berada di sekolah nih :(

Wednesday, February 13, 2013

so what will happen

hai everybody.... :) so kesihatan cam ne? sakit ke? sekarang ni sekolah cuti. sekolah aku amik cuti seminggu sebab nk genapkan terus cutinye, then lepas CNY ni, sakit kepala nk ganti cuti2 nih. owhhh lupa nak kasi tau, aku dapat praktikal di sekolah seri puteri, cyberjaya. sekolah ni best sangat surrounding die n aku tak menyesal dihantar praktikal sorang2 kat sekolah nih sebab keadaan di blik guru die yang mesra alam :) 

***setiap yang berlaku ada hikmahnya insyaallah

nak citenye, hari esoknya start praktikal, aku masih di IPBA. semua kawan2 dah bergerak ke sekolah masing2. ye lah, aku kan sorang2, so kalau gi awal pun, nak sembang ngan sape? kena la cari kawan dulu. alkisahnye, aku bertolak pagi selasa tuh. konon klua kol 6.15 pagi lagi sebab nak sampai awal tapi silap....aku terlupa satu benda iaitu SESAT hahahahaha cissss....aku sesat di putrajaya. tu la malin, sape suruh tak pi cari jalan ke sekolah tu awal2? padan muka aku, nasib la sampai sekolah 7.25. kalau sampai lambat, sure kena marah dengan pengetua dah nih emmmmmm

sekarang nih, disebabkan cuti lagi, jadi aku pun saje la datang kt rumah kawan aku di ulu dungun nih. yes, memang ulu. but, i like here sebab sini memang kampung yang betul2 kampung. angin sejuk jer hehehehe. dah tu, duk bilik DOKTOR plak tuh, terasa cam diri ini doktor seketika. em, aku pun nk jadi doktor, tapi doktor pHD la amin2. 

tengah syok layan tenet nih, tiba2 ada orang bukak pintu, 'doktor, saya ada masalah...bla bla bla...'
erkkk terkial2 aku... hahahahaha nasib nurse datang tolong. 

best gak lawat tempat orang ble cuti nih heheheh :) 

ps : esaimen x siap2 lago...OMK

Monday, January 28, 2013

masa kecil²

ingat lagi tak masa kecik anda? best kan? tak de masalah. semua hal parents yang setelkan. hehehe...macam sekarang nih, umur dh banyak dah ( rahsia ke umur sebenar? ), semua kena setel sendiri. gi bank sendiri, bayar bil sendiri, bayar kereta sendiri....semua berdiri atas kaki sendiri dah...kalau nak suruh parents lagi, memang tak tau nak cakap la kan....

alkisahnya, masa kecik, bawa basikal laju², tak kena saman pun...dah besar nih, banyak la plak saman yang kena...peristiwa di rumah :

kakye : abah, ada sapa surat saman dok?
abah : surat saman sapo plok nih?
kakye : surat saman keto kakye la, hok sapo lagi
abah : tak dok pun....

senyap seketika....

kakye : abah, kakye kena saman
abah : kat mana?
kakye : bentong, bangi, 2 kt KL n 2 kt kedah
abah : hah???? semua jadi bapo?
kakye : 5!!!! hahahahaha

geleng pale je ayah aku :)

actually, bila tengok budak², akan teringat zaman kecil²...rindu saat n kenangan tuh....

and aku nak buat pengakuan la kat sini...memang tak pernah terlintas langsung niat di hati ni letih sebab balik kelantan 2 minggu sekali. kenapa certain manusia tak leh tengok aku balik kelantan? kenapa keep bad mouth me? lain la cite kalau aku balik kelantan tu sebab nk dating ke apa ke, tapi ni sebab nk jumpa parents....sebab nak jumpa parents....salah ke nak balik kelantan sebab nak jumpa parents? salah ke?

sampai ke minggu lepas orang keep asking me pasal balik ke kelantan...jadi, kalau saya balik kelantan kenapa ye? saya ganggu jadual anda ke?

when i was in secondary school, my father setiap minggu lawat anak dia ni kat SMAPK! SETIAP MINGGU!!!! sebagai anak, aku terharu sangat sebab parens sanggup datang sebab bimbangkan anak dia....itulah apa yang aku buat sekarang. balik kelantan 2 minggu sekali. sebab apa? sebab bimbangkan parents. tu pun orang still mengumpat and mengata....aku cakap tak balik every wiken pun tak caya! 

sakit hati sangat² dah. I miss my parents so much. apa la sangat jarak 440 km tu kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang yang diorang curahkan...selagi ada parents ni la, kalau boleh balik kampung la always....nanti dah terlewat, nak undur masa pun tak boleh....plis jangan dengki saya balik kelantan ye. 

sekian.

ps : jom balik kelantan plak raya cina nih eheheh :p

Friday, January 18, 2013

sekian lamanya...

it has been a while! yes, ni la ayat yang paling sesuai untuk describe blog nih :)

last update blog ni bulan september, now dah JANUARI 2013!!! wow, rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan selamat tahun baru kepada semua. insyaallah, dengan kedatangan tahun baru ini, kita dapat upgrade iman kita seiring dengan kita upgrade ilmu kita. amin.

so, quoi de neuf ( dibaca dengan nada kwadenef yang bermaksud what's up ) ?

well, bagi diri sendiri plak, next week merupakan minggu terakhir di IPG KBA. sesiapa yang tak tahu apa itu IPG KBA, ia bermaksud Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa. kenapa minggu terakhir? sebab 28 of jan dah start praktikal.

tapi, sedihnya sekolah praktikal still unknown...banyak sangat cabaran dan dugaan yang berlaku :(

dah nak abis belajar ni baru tahu yang tanggungjawab seorang cikgu ni sangat le besar n berat. AMANAH rakyat kot...haishhhh mampu ke nk pikul semua beban nih....

sekian, ni je dulu setakat nih.

***cuti hari tuh macam dah futur, alhamdulillah dikurniakan kawan yang saling memberi sokongan :) jzkk Allah.

ps : menghitung hari memikirkan nasib diri bakal ditempatkan di sekolah mana?

Friday, September 21, 2012

soalan lazim

apabila di sekolah rendah

  • cikgu hari ni ok?
  • pelajaran ok tak?
  • belajar apa ari nih?
  • cukup tak duit belanja
apabila di sekolah menengah ( untuk yang tinggal di asrama )
  • sihat tak?
  • nak suruh bank in duit tak?
  • balik tak cuti sekolah?
  • mu ado gewe dok lagi? kalau ada, putuskan.( hahahaha )
*part gewe ni la paling aku tak pernah terfikir dulu. yang ada dalam otak just fokus fokus fokus.

apabila di matriks 
  • cari gewe dok lagi?
  • if ada, orang mana?
  • if tak berkenan, sila putuskan
  • abah ada calon, nak?
apabila semakin meningkat remaja
  • bila nak cari 'partner' nih?
  • orang len dah kawen beranak, tapi hang?
  • nak kami carikan?
  • apasal lengah² je nih?
  • sampai bile nak membujang?
***tu dia, soalan berkisar pasal KAHWIN jer. 

sekarang, asal kol je parents, ha, ni la soalan paling lazim ditanya. puas dah kasi jawapan. honestly, saya selesa single :p 
**paling kesian ialah mak saya. asyik tanya je mengharapkan jawapan positif tapi sayang seribu kali sayang, kakyang still cam nih hahahahaha. biar lah anak orang lain kawen ke beranak, as long as kakyang ada abah mama :)

cuba bayangkan if dah kawen nanti, antara soalan lazim 
  • bila nak ada anak?
  • honeymoon mana?
  • nak anak berapa?
dah ada anak pula
  • bila nak tambah lagi?
  • pantang cam ne?
  • lepas ni nak boy ke girl?
haahahahahaha....soalan ni keep recycle. pelik kan hidup nih? even dah tau jawapan dia, kita still nak tanya gak. dah memang asam ragam dunia. dah memang adat resam kita tanya soalan² cam nih. 

ps : menunggu fasa di mana orang akan tanya, ko nih sampai bila nak membujang? nak jadi andartu ke apa? hahahahaha

Wednesday, September 19, 2012

all french teachers

'what's more, it all kicked off the moment you arrived in the car park. sometimes, i couldn't get the door open for all the students standing there with their wild excuses about why they hadn't done their FRENCH homework'. rujukan = the lazy teacher's handbook.

ps : situation ni berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar sana pun sama gak. maka, tabahlah anda wahai cikgu bahasa perancis.